Monday, September 24, 2012

Tips bergambar

setelah blogger makin maju ni
inilah post pertama
ceh, gebang lebih ye dok :p

hari ni cuma nak share tips-tips menarik dari FB Terengganu's Wedding Photographer Directory

tidak tertumpu pada tips bergambar je
tips perihal majlis pun dorg share ;)



a) Jika anda ingin mengikut cara ISLAMIK dalam berfotografi perkahwinan. Ini saranan kami sebagai jurufoto.

1) tidak perlu lagi shoot makeup
2) tidak perlu lagi pose yang keterlaluan, cukup sekadar portret
3) lebihkan kepada group photo bersama keluarga & tetamu
4) posing gantikan kepada potraiture
5) outdoor session di lokasi yg lebih privasi
6) indoor session di katil, di pelamin, kurangkan, lebihkan kepada flow event sahaja
7) berhenti waktu untuk solat, beri laluan utk ibadat
8) elakkan berposing di masjid atau surau
9) sarung cincin, serah cek, serah hantaran semua di rumah
10) sesi kompang boleh tukar dengan selawat beramai-ramai
11) pakaian menutup aurat
12) sesi karaoke tukar dengan ceramah agama ringkas atau tips-tips perkahwinan cara Islam utk didengari tetamu. 
*inshaAllah akan cuba sedaya upaya ikut guideline tersebut ;) 

b) Ketika bersembahyang di masjid terpencil di Benta, Pahang, editor/admin TWPD terbaca adab majlis pernikahan di masjid. Salah satu daripad adab itu ialah, usah terlalu ketelaluan bergambar di masjid sehingga mengganggu jemaah atau orang lain yg sedang beribadat. Selesaikan dalam suasana yang sopan dan berhemah. Sekadar berkongsi :) 

*dah ada yang share kan pasal adab ni ;)

c) Outdoor photoshoot tidak semestinya anda lengkap dengan pakaian pengantin serba serbi. kadang-kadang untuk meraikan penyatuan anda bersama pasangan... realiti pakaian kita seharian itu lebih bermakna. Contoh, kalau anda doktor, why not dengan dress doktor itu anda buat post-wedding outdoor... pasti menarik dan berkonsep :D 

*sesiapa ada uniform boleh la kan..hee

c) 2 orang atau 1 orang jurufoto sudah memadai untuk majlis perkahwinan di rumah. Tidak perlu sehingga 4-5 orang photographer. Hanya akan crowdedkan majlis. Apatah lagi ditambah dengan jurufoto tidak rasmi (sedara mara, adik beradik dan kawan-kawan) majlis akan tampak kelam kabut, pengantin pun tak tahu nak tengok kamera mana :D 

*betul-betul..kalah artis dah time tu :p

d) Aturcara majlis ketika kenduri berlangsung juga boleh diselangi dengan ceramah ringkas agama atau tentang topik2 perkahwinan. Gaya begini boleh menjadi tren atau pilihan lain kepada majlis-majlis yg sekadar ada karaoke atau tarian-tarian. :) Kenapa tidak cuba ? kan best. 

*dah ada yang buat jugak kan ;)

e) Di Terengganu, kebanyakan kenduri kahwin atau majlis perkahwinan yg dibuat di halaman rumah menggunakan khemah. Cara untuk nampakkan khemas majlis lebih tegap dan kelihatan lapang adalah dengan meninggikan khemah tersebut sekurang-kurangnya melebihi 7 atau 8 kaki. Barulah orang yang duduk dihadapan sampai belakang khemah semuanya nampak jelas. Kebiasaan yang majlis di Terengganu, khemah dipasang agak rendah dan suasana kelihatan kelam. (kalau orang tinggi sikit, kepala pun boleh cecah renda/hiasan khemah). 
*ok noted :)

f) Nak gambar wedding anda lebih cantik ? selain cantik dengan baju dan pelamin... bagi saudara mara, sahabat anda, ahli keluarga dengan tema warna baju. Jadi bila dalam photoshoot... fuhh best warna sedondon atau seirama. Tengok sedap je mata memandang... :D 

*ada jugak suka baju warna warni kan ;)

g) Walaupun anda susah nak senyum tetapi bila dah nak kahwin tu, belajar-belajarlah senyum depan orang atau depan cermin dalam bilik air. Senyum sikit pun jadilah. Kan sweet dalam foto. :) 

*kena praktis ni !

h) Kalau anda ada port idaman untuk buat outdoor... nyatakan kepada jurufoto anda seawal yg mungkin. Mereka boleh recce (re-key) lokasi tersebut dan mencari angle terbaik. 

*kat mane ye -.-"

i) Kadang-kadang bila nak group photo dengan keluarga sendiri jadi sukar sebab masing-masing taknak beri kerjasama. Jadi itulah gunanya tentatif... tentatif akan membantu ahli keluarga anda spend masa 5 minit atau kurang utk sesi fotografi berkeluarga. 

*mintak tolong emcee buat pengumuman ;p

p/s ~ malu la nak posing lebih-lebih :p


14 comments:

  1. Wah... Good info... Tq cik susu :)

    ReplyDelete
  2. tips b'guna...
    insya-Allah, boleh apply mana yg patut kan..hehe

    ReplyDelete
  3. Tips yg sngt bgus...kn take noted ni.....tq....

    ReplyDelete
  4. hehe, terengganu jgn risau. banyak tempat menarik.. cam kuala ibai, teluk ketapang, marang pun cantik.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula shizan, mmg aim tepi pantai je ni..hehe

      Delete
  5. tips terbaekkk!!!serius bride wajib taw cr bergambar. cm Sya time E! ri2 br taw rupe nye ssh nk amik pic.cmpt maLu dpn org.mmg complete "package"! huhu

    sya da foLLow kamu~
    sya-orked.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe sya, kte dulu pon kaku je time brgambr :p

      Delete
  6. OK. Noted! Hihi.

    *Segan gak nak posing bergambar nnt. Malu malu maluuuu.... *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan kan nana :P nanti semua tgok..hehe

      Delete
  7. tips menarik! boleh dipraktikkan nanti nie..hehe

    ReplyDelete

komen, jangan tak komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...