Wednesday, February 6, 2013

Tutorial : Bunga Felt Besar

Assalamualaikum semua
maaf lewat lagi buat tutorial
sepatutnya publish selasa, tapi selasa MC pulak
batuk dah seminggu maka tonsil membengkak dengan jayanya
balik rumah makan roti telan ubat terus berdengkur sampai petang
malam pun tidur awal penangan ubat batuk
spekulasi pun timbul kat ofis kononnye ade orang baru -.-"
amin3..hehe

so hari ni jom kita tengok cara buat bunga felt yang besar ni
daku guna bunga felt besar untuk Pelamin DIY ni


ok ni adalah apa yang kita cuba buat hari ni ;)
sekuntum mawar bunga felt besar merah


Bahan-bahan :
1) Kain felt
(prefer yang lembut, kalau takde, yang keras pon boleh)
2) Gunting
3) Glue gam
4) Dawai bunga saiz 18 atau 20 (salah satu)
5) Pita pelilit bunga (warna ikut suka)
6) Bebola udang krismas (warna ikut suka)
7) Template (dalam gambar seterusnya)



Cara-cara : 
1) Potong kain felt ikut bentuk segiempat sama.
Daku takde ukuran tepat sebab takde pembaris.
Cuma ikut panjang dawai je.
Kebetulan sama pulak dengan petak tikar getah tu :p
So, saiz boleh adjust ikut keinginan masing-masing :)
Macam dalam gambar ni ada dua keping kain la.
Maksudnya untuk dua kelopak.


2) Lepas tu, potong petak tadi ikut template.
Template ni daku reka je.
Boleh lukis atas kertas pastu tekap je kat kain felt.
Template pink tu pon guna felt tapi yang nipis punye.


3) Potong ikut template sampai dapat 8 keping semuanya.


4) Gam dawai di belakang setiap kelopak.
Gam dari hujung ke hujung kelopak.
Tips : Buat garisan gam yang tebal dulu baru letak dawai.
Kalau rasa susah nak buat garis lurus freehand, garis dulu atas felt guna pen.
Pastikan betul kering baru ke next step.


5) Buat bentuk 'S' untuk 5 kelopak bawah. 


6) Cantum 5 kelopak 'S' tadi.
Lilit dawai guna dawai pelilit bunga sampai kemas.


7) Selitkan 3 kelopak last yang tinggal antara celah 5 kelopak 'S'.
Lilit dawai sampai kemas.
Lepas tu bentukkan 3 kelopak tu jadi bentuk 'S'.
Kembangkan dan adjust.


8) Step ni lupa nak snap gambar. Step letak bebola krismas tu.
Samada nak ikat guna dawai atau gam je terus kat tengah.
Ikut selera masing-masing k ;)

Jom cuci mata tengok bunga tempahan member baru-baru ni
Esok daku share pasal pelamin tunang DIY beliau ek..
 
 
 
So dah tau kan serba sedikit cara nak buat
maaf ye kalau ada yang kurang clear dan faham
sebarang soalan boleh tanya nanti daku update terus ok ;)

25 comments:

  1. yeay! tima kasih...=)
    tutorial yang sgt membntu...

    ReplyDelete
  2. Hello, I wish for to subscribe for this website to
    take latest updates, so where can i do it please help out.
    Here is my web blog : acai berry weight loss before and after

    ReplyDelete
  3. terbaik!
    mmg comey
    kita wat lain sgt bentuk n kaedah
    pasni blh try kaedah cik susu plak ya
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..try jgn tak try ;)
      sempat lagi ni buat nurin..hehe:p

      Delete
    2. hahaha.buat utk adk kte plak jela nti ;)
      yg xjd tu dh wat dh..hehehe...amatur je kn cikgu

      Delete
  4. Wohoooo.... suka tutorial ni. Thanks dear. :)

    ReplyDelete
  5. hye ciksusu
    tq for the tutorial..
    hope btul2 la ad org baru yek..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye farah..;)
      hehe..sama2 hope dapat faham n folow ye..
      amin3..harap2 masin mulut semua org..;)

      Delete
  6. thanks syg ciksusu.. dh lame tau nina tgu. hehe akhirnye.. xsbr nk try ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome nina ;)
      sori lmbt tau..hehe..
      hope sempat nina buat ;)

      Delete
  7. tq share tutorial...bleh try ni nnt klau rajin.. =)

    ReplyDelete
  8. ala..kite pye fail la tang letak Christmas ball tu... :-(
    cmne ni...

    -wani-

    ReplyDelete
    Replies
    1. wani gam ke or guna dawai??
      kalau guna dawai kena selitkan dawai celah2 kelopak tu pastu ikat kat tangkai bunga tu..
      maaf takde gambar step letak ball tu ;(

      Delete
  9. hai nk tanya, mcm mana awk lekatkn bunga ni kt pelamin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye dear ;)
      guna safety pin je dear..
      pinkan kat kain backdrop dari belakang ;)

      Delete
  10. wooww comelnya. creative sgt syu =)

    ReplyDelete
  11. Sis, kt mane u beli bola krismas ye?

    ReplyDelete
  12. Very nice.. blh la yana try utk mjls t.. hehe..

    ReplyDelete

komen, jangan tak komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...