Tuesday, January 28, 2014

Kelas dua hari bersama Shajaratul Design

Assalamualaikum
weekend lepas berjaya menghabiskan dua hari dengan menuntut ilmu baru
Alhamdulillah, dah bertambah ilmu sikit bab-bab buat bunga telur
sebelum ni buat main try and error je
belajar pun tak formal dengan orang kedai bunga
tapi bila masuk kelas lagi seronok 
banyak dapat tips penting
dapat kenal kawan-kawan baru yang sama minat 
yang penting dapat kenal dengan Kak Shaja yang banyak pengalaman

kelas 2 hari ni daku berjaya belajar 4 jenis bunga 
- Bunga Dip Daisy
- Bunga Dip Peonnies
- Bunga Dip Lily
- Bunga Kristal
skill nak mencelup dawai dalam dip pun dah improve
dah boleh celup tanpa lubang
yeay!
belajar mix warna dip serta dapat kenal serbuk ajaib bak kata Sarah

gambar memang tak sempat tangkap la semua dok tekun pintal dawai
mujur hari ahad Kak Shaja bawak kamera
jadi  daku cilok je la dari FB Shajaratul Design
semua gambar takde muka sebab semua pemalu kononnye :p


ni tangan Auntie Balqis, hehe
dok cantumkan bunga lily


3 bunga sepanjang 2 hari kelas,
bunga kristal yang gojes sangat, bunga peonnies, dan bunga daisy


daku interprem tangan je la ek, dah la gegar 
sibuk ape ntah padahal dah siap
berlakon je tu dengan Kak Has ;)

syukur sangat dah pandai buat bunga dip yang daku rasa nightmare nak buat
sebab dulu main try and error je
tapi terus terang cakap bunga-bunga yang daku belajar ni harganya rasa macam tak munasabah
tapi masa, idea dan workmanship yang perlu dinilai
serta hasilnya yang bombastik sangat ;)
siapa berminat nak cuba hasil kerja tangan daku boleh PM di FB or wasap je 0199762917 ;)


p/s ~ dapat buah tangan dari Kak Shaja, buku Mudahnya Menjemput Rezeki. TQSM kak ;)



Tuesday, January 21, 2014

Bunga Telur Project : Bunga Crepe/Tisu

Assalamualaikum
selamat tahun baru 2014 :p
ewah ewah, dah nak habis Januari baru nak wish
hehe

susah sangat nak update sebab huruf M bapak besar
sampai ada yang tanya kenapa lama tak update blog
sampai daku tertinggal nak mencoret tarikh penting contohnye macam birthday daku 17 Januari lepas
hehe
konon nak up entry dah masuk 27 tahun
tapi ayat semua terbina dalam minda separa sedar je
hampeh kan
tapi best birthday kali ni sebab dapat hadiah awal -.-"
boleh pulak cik abg cyg daku lupa tarikh
mujur hadiah best yang tak sangka daku dapat
nak beli sendiri memang kedekut la :p
TQ sayang!

tapi kemalasan daku bersebab okey
ada penghuni kecil yang sebabkan daku malas
bukan setakat malas, tapi lenguh badan, tak sedap badan
jadi kena manjakan badan ye kawan-kawan

pembuka 2014 daku mulakan dengan Bunga Telur Project
terima kasih la kepada BFF daku Ros yang sudi promote
dapat la tempahan baru tahun ni
Alhamdulillah kalau jadi, akhir tahun ni siap la tempahan beliau

so daku ada buat beberapa mock up bunga seperti request customer tersebut
harap beliau suka bila jumpa face to face nanti


kalau tahun lepas daku ada bagitau nak buat sewaan barang-barang kan
yang tu hold dulu la malas pulak nak godek-godek kotak
fokus daku tahun ni adalah Bunga Telur Project
semoga hasil yang sikit ni nanti dapat berkembang

weekend ni nak attend kelas bunga dengan Kak Shaja lagi
lepas tu boleh la siapkan contoh bunga telur stokin dan dip pulak
harapan daku agar semangat ni kekal dan tak hangat-hangat tahi ayam!

p/s ~ tak sabar nak pergi kelas bunga Kak Shaja!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...