Friday, April 25, 2014

Bunga Telur Project : Bunga Pahar Crepe Cousin

Assalamualaikum
150 kuntum bunga pahar crepe tema gold 
dan 20 biji bunga penanggah dari material felt
dah selamat hantar balik kampung

cousin mintak yang simple simple sahaja 
harap beliau suka :)




TQ lovely cousin for choosing Bunga Pahar Et Cetera :))


Thursday, April 24, 2014

Tempahan Bantal Hantaran

Assalamualaikum
lagi hasil kerja daku
12 tempahan bantal hantaran dari customer 
boleh PM page Bunga Pahar Et Cetera untuk discussion ;)


p/s ~ trimas untuk customer semua :)


Wednesday, April 23, 2014

Gubahan Project : Gubahan Duit Mas Kahwin

Assalamualaikum semua :)
short update setelah sekian lama membisu
hehew
sibuk dengan tempahan dan jugak preparation kahwin adik
maklumla wedding planner tak bergaji kan
bulan Jun ni majlis tapi daku tak start apa apa lagi -.-"

ok marilah berkenalan dengan produk terbaru dari Bunga Pahar Et Cetera
jeng jeng jeng




tempahan ni dari ofismate untuk kakak beliau
RM300 mas kahwin untuk Selangor
Alhamdulillah 1st time buat ni jadi jugak
tak sia sia belajar 
sifu kena bangga ni :p

orait, B2B yang berminat boleh PM di page Bunga Pahar Et Cetera
atau personal FB pon boleh tiada hal :)

p/s ~ kadang kadang nak assistant yang berguna selain si bulus yang sibuk mengacau tu.

Monday, March 24, 2014

Bukan rezeki kami lagi

Assalamualaikum
lamanya tak jenguk blog
nak tukar layout pun tak sempat :)
banyaknya nak cerita ceriti tapi biase la
utamakan kerja lain dulu

bulan lepas berkesempatan masuk wad
sebagai pesakit
haha
seronoknya la dok hospital klang -.-"
tapi tak boleh kondem la bayar RM10 je
owh tak lupa jugak merasa naik ambulans

daku warded lepas tumpah darah petang Isnin, 10 februari 2014
kalau ikut LMP daku pregnant dalam 3 bulan dah masa tu
tapi pregancy daku tak berkembang
ada kantung je babynye tak muncul-muncul
sebenarnya ni kandungan kedua daku
yang 1st gugur jugak masa early pregnancy Julai 2013

malas nak cerita sebenarnya, tapi sebagai ingatan
sekarang tengah jaga kesihatan
haha
amalkan petua mana yang patut kan
semua nasihat orang ramai diambil kira
mana yang boleh ikut daku ikut

sekarang tengah tunggu period tak datang lagi ni
doc suruh tunggu 3 bulan baru try pregnant
tapi rasa lambatnye nak tunggu 3 bulan tu hehe




so barang yang lepas jangan dikenang
dah ada pengganti yang comel pon
ni la buah hati pengarang jantung yang baru



comel tak??
ni first day beliau kat rumah
lepas makan terus lelap atas toto
penat agaknya

suami jumpa masa tunggu basuh kereta
 dia lompat atas paha
manja sangat
masa bawak dia balik tengah dalam pantang gugur dalam 6 hari camtu
memang rasa macam Allah ganti balik baby yang gugur tu :')
sebab daku bukan la peminat kucing sangat
suami je yang semangat dulu bagi kucing liar makan sebelum ni



nak kawan tapi malu-malu kucing
si kuning tu kucing liar yang biasa datang makan kat rumah



makan otak!! eh, makan kotak!! Grrr ;p
port favret main dalam bilik kerja daku



nakal sangat sampai kalau nak lipat kain sibuk la nak tolong lipat



paling susah kalau nak start buat bunga, suka sangat melompat atas meja
sekarang intagram daku penuh dengan gambar budak bulus ni je
memang kadang-kadang dok borak dengan dia je hee
yela orang takde anak kucing pon jadi la
hehe

eh, nak cerita pasal gugur, cerita kucing pulak yang lebih :p

p/s ~ moh le ramai-ramai like page bunga daku ye
insyaAllah yang ni serius bisnes ;)
Bunga Pahar Et Cetera

Monday, February 3, 2014

Bunga Telur Project : Bunga Pahar Eksklusif

Assalamualaikum
bunga telur project berjalan seperti biasa
setiap hari fikir nak siapkan design yang mana
sampai rasa semua nak buat, last-last satu pun tak jalan
normal la kan sejak zaman nak kawen dulu gitu la :p

sekarang tengah nak siapkan dan banyakkan sample sebelum tumpang display kat bridal kawan
ok sebelum tu nak terangkan kenapa bunga telur/pahar ni digelar eksklusif
hal ini kerana, ada material yang digunakan adalah lain dari yang lain dan berkualiti
selain itu, kekemasan setiap bunga diambil kira,
plus kreativiti
serta saiz bunga pahar ni pun lebih besar
bila letak kat pahar, satu pahar muat dalam 20-25 bunga je berbanding bunga telur biasa
memang eksklusif la untuk diberi kepada orang-orang istimewa masa majlis bahagia tu nanti

jadi wekeend lepas daku berjaya siapkan satu contoh bunga pahar stokin hydrangea
faymes bunga ni kan,
kata K.Shaja, ramai customer beliau minat betul bunga ni
memang repeat order


daku buat warna pastel pink dan pink belacan
stokin pink belacan sangat la susah nak jumpe
jenuh la nak cari kalau orang order
hehe
ade je mencelup stokin nanti

ok, yang lain-lain macam entri lepas
ada bunga dip daisy dan bunga pahar gantung kristal


sudi-sudikanlah panjangkan hasil seni daku ni ye ;)

siapa yang berminat PM daku laju-laju di FB
or 
WhatsApp saje ke 019.976.2917

p/s ~ rasa nak cuti tanpa gaji nak buat bunga banyak-banyak :p

Tuesday, January 28, 2014

Kelas dua hari bersama Shajaratul Design

Assalamualaikum
weekend lepas berjaya menghabiskan dua hari dengan menuntut ilmu baru
Alhamdulillah, dah bertambah ilmu sikit bab-bab buat bunga telur
sebelum ni buat main try and error je
belajar pun tak formal dengan orang kedai bunga
tapi bila masuk kelas lagi seronok 
banyak dapat tips penting
dapat kenal kawan-kawan baru yang sama minat 
yang penting dapat kenal dengan Kak Shaja yang banyak pengalaman

kelas 2 hari ni daku berjaya belajar 4 jenis bunga 
- Bunga Dip Daisy
- Bunga Dip Peonnies
- Bunga Dip Lily
- Bunga Kristal
skill nak mencelup dawai dalam dip pun dah improve
dah boleh celup tanpa lubang
yeay!
belajar mix warna dip serta dapat kenal serbuk ajaib bak kata Sarah

gambar memang tak sempat tangkap la semua dok tekun pintal dawai
mujur hari ahad Kak Shaja bawak kamera
jadi  daku cilok je la dari FB Shajaratul Design
semua gambar takde muka sebab semua pemalu kononnye :p


ni tangan Auntie Balqis, hehe
dok cantumkan bunga lily


3 bunga sepanjang 2 hari kelas,
bunga kristal yang gojes sangat, bunga peonnies, dan bunga daisy


daku interprem tangan je la ek, dah la gegar 
sibuk ape ntah padahal dah siap
berlakon je tu dengan Kak Has ;)

syukur sangat dah pandai buat bunga dip yang daku rasa nightmare nak buat
sebab dulu main try and error je
tapi terus terang cakap bunga-bunga yang daku belajar ni harganya rasa macam tak munasabah
tapi masa, idea dan workmanship yang perlu dinilai
serta hasilnya yang bombastik sangat ;)
siapa berminat nak cuba hasil kerja tangan daku boleh PM di FB or wasap je 0199762917 ;)


p/s ~ dapat buah tangan dari Kak Shaja, buku Mudahnya Menjemput Rezeki. TQSM kak ;)



Tuesday, January 21, 2014

Bunga Telur Project : Bunga Crepe/Tisu

Assalamualaikum
selamat tahun baru 2014 :p
ewah ewah, dah nak habis Januari baru nak wish
hehe

susah sangat nak update sebab huruf M bapak besar
sampai ada yang tanya kenapa lama tak update blog
sampai daku tertinggal nak mencoret tarikh penting contohnye macam birthday daku 17 Januari lepas
hehe
konon nak up entry dah masuk 27 tahun
tapi ayat semua terbina dalam minda separa sedar je
hampeh kan
tapi best birthday kali ni sebab dapat hadiah awal -.-"
boleh pulak cik abg cyg daku lupa tarikh
mujur hadiah best yang tak sangka daku dapat
nak beli sendiri memang kedekut la :p
TQ sayang!

tapi kemalasan daku bersebab okey
ada penghuni kecil yang sebabkan daku malas
bukan setakat malas, tapi lenguh badan, tak sedap badan
jadi kena manjakan badan ye kawan-kawan

pembuka 2014 daku mulakan dengan Bunga Telur Project
terima kasih la kepada BFF daku Ros yang sudi promote
dapat la tempahan baru tahun ni
Alhamdulillah kalau jadi, akhir tahun ni siap la tempahan beliau

so daku ada buat beberapa mock up bunga seperti request customer tersebut
harap beliau suka bila jumpa face to face nanti


kalau tahun lepas daku ada bagitau nak buat sewaan barang-barang kan
yang tu hold dulu la malas pulak nak godek-godek kotak
fokus daku tahun ni adalah Bunga Telur Project
semoga hasil yang sikit ni nanti dapat berkembang

weekend ni nak attend kelas bunga dengan Kak Shaja lagi
lepas tu boleh la siapkan contoh bunga telur stokin dan dip pulak
harapan daku agar semangat ni kekal dan tak hangat-hangat tahi ayam!

p/s ~ tak sabar nak pergi kelas bunga Kak Shaja!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...