Sunday, May 19, 2013

Blogku suam-suam kuku

Assalamualaikum
nak tanya, 
ada lagi tak yang baca blog ni
siapa yang masih follow dan baca sila la komen sikit ye
hehe
sebab dah tukar layout semua takut ruangan komen tak valid ke ape

kalau betul ada masalah tolong PM kat FB ye ;)
tengah mencari masa untuk berblog kembali ni ;)

Thursday, May 9, 2013

Kerja Kahwin : Zai & Ije, 4 Mei 2013, Raub (Tiffany blue + Pink)

Assalamualaikum
quick update tentang wedding job di Raub pada 4 Mei yang lepas
wedding member rapat semasa study UiTM dulu
kecik molek je orangnye ;)

daku dan partner berkampung di kampung beliau
malam tidur dalam kelambu macam baby
teringat lak kenangan zaman kecik-kecik ;p
eh, ok dah
quick update ape bebel camni -.-"

task kami adalah ;
i) mini pelamin nikah & sanding bersama photobooth props

  
 
 
 
 
  
 
 


ii) simple deco bilik pengantin



iiii) gubahan tapak dan bunga hantaran
; sirih junjung dan add on touch up oleh kakak ipar pengantin :)





Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
pengantin happy, famili beliau pun happy :D

p/s ~ slot untuk 2013 telah dibuka, PM daku jika berminat :)

Wednesday, April 17, 2013

Ulang bulan ke-5

 
17 Nov 2012 - 17 April 2013
dah 5 bulan rupanya
sekejap je masa berlalu
kan :)

pencapaian setakat ni 10 kg lemak tepu je
muehehe
masih berulang alik setiap weekend
cuma arahnya dah bertukar
dulu ke Lumut
sekarang ke Klang pulak

belum ada rezeki baby lagi
mungkin elok jugak sebab masih berjauhan
tapi sentiasa berusaha ;)

daku sekarang dah mula ambik tempahan gubahan hantaran dan juga mini pelamin
mula dari kecil - kecilan dulu ;)
juga terima tempahan bunga felt besar ni
bagi yang takde masa nak buat boleh PM daku untuk tempahan

 yang ni hantaran untuk majlis 4 Mei ni
belum habis touch up lagi yang dalam gambar ni




daku juga buat mini pelamin dan bilik tidur
hope semuanya berjalan lancar
nervous pulak kan buat pelamin orang
kalau pelamin sendiri boleh la nak try and error


sekarang belum ada masa lagi nak promote betul - betul kat blog ni
internet slow terbatas betul nak update blog
dah la bloglist ada yang hilang
haish
nanti la godek-godek semula

eh, hari rabu sepatutnya wordless kan
abaikan je la ye :p

Tuesday, April 16, 2013

Review Nikah/Resepsi : Meja Makan Beradap

Assalamualaikum :)
asyik tenggelam timbul je review kan
blog pun asyik terabai
tsk -.-"

untuk meja makan beradap ni diselenggara oleh sepupu daku dan suami beliau
memandangkan si suami bekerja di resort jadi takde masalah nak menghias meja makan
pulak tu dorg memang pandai masak
serah je la pada yang pakar :)

daku puas hati sebab dorg buat macam tahap katering dah gayenye
hehe
set pinggan mangkuk semua koleksi mama dan sedara mara
pinjam je la kan mana yang tak cukup tu :)

meja setup bawah porch je sebab nak jimat khemah
porch pon luas jadi elok la penuhkan ruang

eh, jom cuci mata tengok makanan
seronok jadi pengantin tapi bab makanan pengantin tak sempat nak bedal
padahal makanan semua best kan
huhuk

 
 
 
 
 
 
 

ni la sepupu yang incharge meja makan beradap
comey kan ;)

masa ni semua dok serbu makanan pengantin dah
hehe

Kek buttercream ombre daku asalnya kat depan meja makan beradap
masa nak potong angkat letak depan pelamin :)

hoih
lapar la tulis pasal makanan ni
lepas kawen ni berat naik 10kg -.-'
nightmarenye

meh nak tepek gambar latest
ni masa kenduri Awin last month
bulats~


p/s ~ dalam misi diet bersama cik abg hehe

Monday, March 25, 2013

Review Nikah/Resepsi : Video Nikah

Assalamualaikum
video nikah baru siap
huu
malu -.-"


B2B Terengganu boleh cari En. Palie 
cari je FB Palie Massa atau Massa Studio
friendly orangnye
tapi agak busy :p
gambar-gambar beliau pun superb!

daku puas hati dengan video ni
memang tak sangka dapat video yang ok kualitinye dengan rate RM500 je ;)
nerves jugak sebab kebanyakan rate video 1k ke atas
10 minit memang puas tengok ;)

tapi malu la lagi-lagi bab bagi ucapan -.-"
kena bahan dengan ofismate sebab pegang handbouqet macam pegang microfon je
cis cis!
skema habis -.-"

p/s ~ rasa macam baru semalam je nikah :p

Wednesday, March 20, 2013

Review Nikah/Resepsi : Kek Buttercream Ombre

Assalamualaikum
sihat ke semua??
hehe
maaf la asyik tenggelam timbul je review daku nih
dah masuk 4 bulan kahwin pun tak habis2 lagi -.-"

busy sangat dengan workloads dan tanggungjawab yang baru
so kena la pentingkan yang tu dulu kan, kan
sementara tunggu surau ofis kosong meh la daku sambung review :D

btw, ramai dah yang dah pregnant kan
alhamdulillah :)
daku belum ada rezki tapi usaha sentiasa ada di kala berkesempatan
hewhew
doa pun tak putus-putus ;)

ok jom review kek buttercream ombre comel ni
daku tak suka fondant sebab keras
comel tak kak ton??

 


daku memang aim nak kek ombre atau bertone ni
cantik kan bila ada tone
sayang sangat nak potong kek ni
kek bahagian dalam pun ombre tapi takde gambar pulak
harga maaf sangat memang lupa sebab adik yang bayar tapi bawah RM200 rasanye

jadi isu jugak kek ni sebab takde kotak dan tak muat nak simpan dalam peti sejuk
kena hentam sebab tak mintak kotak dan ambik kek malam sebelum majlis -.-"
awal sangat katanye selalu kek sampai hari majlis
time tu memang geram tapi buat dek aje
tula cabaran time kenduri kan
tak semua setuju dengan kita ;)



sebab kelam kabut last minit jugak lupa pasal pisau potong kek
masa nak potong kek baru teringat kan
apa lagi, daku ambik pisau potong bawang kat dapur balut dengan tisu dan ikat reben
tada!!
dah ada pisau :p
asal boleh je time tu kan

untuk B2B area terengganu boleh contact FB Baker's Tales Cupcake
atau boleh je terjah kedai di Arked Maidam, Chabang Tiga, Terengganu
betul-betul lepas trafik light depan sekolah chabang tiga, sebelah kiri :)

p/s ~ rindu nak blogwalking ;(

Saturday, February 23, 2013

Review Nikah/Resepsi : Baju Nikah

Assalamualaikum
sambung review lagi ;)

baju nikah ada sedikit drama sebenarnya
tapi dah lepas pun kan ;)
barang yang lepas jangan dikenang kan, kan 

untuk nikah temanya grey + yellow + cream 
tapi tak tau la cream selit tang mana
haha

jom usha baju daku


baju nikah adalah berupa dress dengan kain belah tepi
tak tau nak describe camne :p
asalnya nak letak banyak sangat manik plus lace semua
tapi akhirnya cuma rasa nak simple je
sebab rasa dah habis banyak duit dah
haha
cuma letak lace kat veil je la


daku cuma buat crumble kat hujung lengan
dan kat belahan kain tu
and i love it very much!!
macam pakai gelang tau manik crumble kat hujung lengan tu ;)
tapi kat belahan kain tak berapa nampak sebab terberat ke dalam -.-"
patut buat kat kaki kain kot kan
hehe

owh daku ada buat bunga poodle yang besar untuk lekat kat tepi pinggang
tapi tangan lagi besar dari bunga 
bunga telah dianaktirikan


veil pulak beli kain chiffon kat jakel
buat halfmoon
jahit lace setengah meter 
dan tambah manik
kiri kanan hujung lace buat crumble sama macam hujung lengan dan belahan kain

shawl pulak lebihan kain dress 
potong dan jahit tepi saje

baju nikah lelaki jugak yang senang
baju melayu


daku tambah manik je
gigih daku jahit manik pengikat kasih ni :p
sampin pulak beli kat pasar payang 

ok tu je la, nak tengok Running Man ;)

Friday, February 22, 2013

Review Nikah/Resepsi : MUA

Assalamualaikum semua
dah lama tertunda review
meh la daku sambung balik
hewhew :p

nak review MUA resepsi
sangat puas hati!!
bagi B2B Terengganu terutamanya boleh cari Anis dari Fizanis's Bridal
tak sempat nak lenguh bontot pun mekap dengan beliau ni
sempoi je mekap sambil borak-borak 
sambil beliau jawab call
haha
tapi mekap tetap superb ;)

inilah beliau in action 
time ni tengah pakai lipstick rasanye


actually dah ramai guna khidmat beliau
macam Puan Mila terus ambil pakej lengkap
senang kan ;)

p/s ~ makeup dua kali nikah/resepsi dan sesi outdoor esoknye cuma RM250 ;)


Monday, February 11, 2013

Live dari rumah mertua

Assalamualaikum
sihat ke semua??
blog daku ni dah dilanda sindrom malas
hehe
so malam ni update la sikit

sekarang depan tv dekat dapur rumah mertua
tengah layan tv9 
channel adalah mengikut taste orang yang pegang remote kat ruang tamu
haha
nasibla kan dua tv tapi satu astro jek

aktiviti rutin macam ni la
tengok tv bersama mertua, akak ipar dan anak-anak sedara ;D
lepas makan malam adalah aktiviti bebas 
suami daku pon bebas la keluar dating dengan kawan beliau
owh, petang tadi aktiviti menggoreng rempeyek
berpeluh-peluh la jugak kan musim-musim hujan ni ;)

cuti CNY ni memang banyak kenduri kan
bersambung-sambung dari minggu lepas
selamat pengantin baru kepada kawan-kawan yang dah selamat menjadi isteri ;)

last week sempat hadir kenduri member sekolah kat Maran
setengah jam je dari rumah
dua-dua pengantin ex-classmate
tahniah Hani + Elmie!!


oit, daku duduk ye bukannye makin bantut -.-"

sabtu baru ni shoot balik terengganu bertiga dengan suami dan mama
sempat jugak sampai kenduri bffku Milia
beliau sewa pelamin daku tapi ada modified sikit-sikit
hehe
rasa macam nak sanding lagi sekali je tengok pelamin sendiri ;p


gambar vibrate pulak dah-.-"

tak dapat cari gambar full dalam fb beliau
hehe
ni masa nikah


ni pulak masa beliau sanding
nak sanding jugak rasanye!
hehe


ok otak dah cramp tak tahu nak tulis apa
ingatkan entry tak bergambar rupanye ada gak gambar kan ;p

p/s ~ esok sarapan nasi impit kuah kacang & rendang ayam hutan special dari dapur mertua..hehe

Wednesday, February 6, 2013

Tutorial : Bunga Felt Besar

Assalamualaikum semua
maaf lewat lagi buat tutorial
sepatutnya publish selasa, tapi selasa MC pulak
batuk dah seminggu maka tonsil membengkak dengan jayanya
balik rumah makan roti telan ubat terus berdengkur sampai petang
malam pun tidur awal penangan ubat batuk
spekulasi pun timbul kat ofis kononnye ade orang baru -.-"
amin3..hehe

so hari ni jom kita tengok cara buat bunga felt yang besar ni
daku guna bunga felt besar untuk Pelamin DIY ni


ok ni adalah apa yang kita cuba buat hari ni ;)
sekuntum mawar bunga felt besar merah


Bahan-bahan :
1) Kain felt
(prefer yang lembut, kalau takde, yang keras pon boleh)
2) Gunting
3) Glue gam
4) Dawai bunga saiz 18 atau 20 (salah satu)
5) Pita pelilit bunga (warna ikut suka)
6) Bebola udang krismas (warna ikut suka)
7) Template (dalam gambar seterusnya)



Cara-cara : 
1) Potong kain felt ikut bentuk segiempat sama.
Daku takde ukuran tepat sebab takde pembaris.
Cuma ikut panjang dawai je.
Kebetulan sama pulak dengan petak tikar getah tu :p
So, saiz boleh adjust ikut keinginan masing-masing :)
Macam dalam gambar ni ada dua keping kain la.
Maksudnya untuk dua kelopak.


2) Lepas tu, potong petak tadi ikut template.
Template ni daku reka je.
Boleh lukis atas kertas pastu tekap je kat kain felt.
Template pink tu pon guna felt tapi yang nipis punye.


3) Potong ikut template sampai dapat 8 keping semuanya.


4) Gam dawai di belakang setiap kelopak.
Gam dari hujung ke hujung kelopak.
Tips : Buat garisan gam yang tebal dulu baru letak dawai.
Kalau rasa susah nak buat garis lurus freehand, garis dulu atas felt guna pen.
Pastikan betul kering baru ke next step.


5) Buat bentuk 'S' untuk 5 kelopak bawah. 


6) Cantum 5 kelopak 'S' tadi.
Lilit dawai guna dawai pelilit bunga sampai kemas.


7) Selitkan 3 kelopak last yang tinggal antara celah 5 kelopak 'S'.
Lilit dawai sampai kemas.
Lepas tu bentukkan 3 kelopak tu jadi bentuk 'S'.
Kembangkan dan adjust.


8) Step ni lupa nak snap gambar. Step letak bebola krismas tu.
Samada nak ikat guna dawai atau gam je terus kat tengah.
Ikut selera masing-masing k ;)

Jom cuci mata tengok bunga tempahan member baru-baru ni
Esok daku share pasal pelamin tunang DIY beliau ek..
 
 
 
So dah tau kan serba sedikit cara nak buat
maaf ye kalau ada yang kurang clear dan faham
sebarang soalan boleh tanya nanti daku update terus ok ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...