wah dah nak raya!
blog pun terabai je kan sebab puasa la kononnye :p
mood raya pun dah datang tapi still tak boleh nak lawan mood kahwin kan , kan
hehe
kat ofis pun dah siap gantung kad raya, kelongsong ketupat dan bendera Malaysia saiz kecik
jangan lupa ye bulan ni bulan Ogos
merdeka raya la kita kan ;)
semalam berjaya buat 5 jenis kelongsong ketupat nasi
nak tengok??
best sangat dapat belajar dan buat
rasa gian lepas dah pandai :D
![]() |
| dari kiri : ketupat bawang,ketupat jantung, ketupat sintok, ketupat katak,ketupat sate |
ralit sangat buat sedar-sedar dah pukul 3 petang -.-'
![]() |
| siap bersila |
tula mahaguru kami
yang lelaki tu
hehe
daku pandai basic je
tapi lepas berguru semalam terus terer buat yang paling susah :p
ketupat jantung
fuhh
terbelit-belit tangan
Alhamdulillah tercapai dah cita-cita daku nak belajar anyam kelongsong ketupat ni ;)
tapi belum pandai bajet beras nak isi dalam kelongsing tu lagi
hehe
rasanye ni last update sebelum raya ;)
next week cuti seminggu
makanya daku nak ucapkan Selamat Hari Raya
maaf kalau ada tersilap tulis dan sebagainya
takecare ye semua ;)
hati-hati di jalan raya
hati-hati di jalan raya
p/s ~ kad raya Kak Long dah dapat , TQ kak ;)
kad kahwin Nuha pun dah dapat ;) insyaAllah sampai ;)
p/s/s ~ hope kurang la jem sabtu ni sebab cikgu cikgi dah start cuti ;)

