Monday, February 27, 2012

Kamu Lelaki Dayus??

share artikel dari  blogger NailahAzman 
cun juga kalau kawan-kawan sekalian share dengan tunang masing-masing
barulah cool ;)

Bila Lelaki Menjadi Dayus Menurut Islam?




Assalamualaikum.

Sesi berkongsi ilmu agama diteruskan dengan tajuk " Bila Lelaki Menjadi Dayus Menurut Islam? ".






Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :

  1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.   
  2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  4. Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.
  6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
  9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
  11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. 
  13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
  14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
 


Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.



Mungkin kita akan berkata dalam hati :




" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"




Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.




Awas wahai lelaki beriman!!! Jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.



Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.


Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.




Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :




من قتل دون أهله فهو شهيد




Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)




Cemburu dituntut Islam dan jangan marah jika ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan. 




Memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. 



Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.


Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.




Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.



Nabi SAW bersabda :


من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة 



Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 ) 



Sabda Nabi : 



وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله



Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : 

" Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" 

lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : 

"Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya ( Isteri dan anak-anaknya ). " - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Sumber adalah dari Nor Abdullah dan juga Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.


Sekian. Ma'asalamah!

4 comments:

  1. sdg berusaha sehabis baik utk tak nak mendayuskan suami sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kak..sdg berusaha..
      sikit2 pon ade usaha kan :)

      Delete
  2. semalam baru je tunang ai pesan..

    "nanti lepas kahwin beli tudng byk2..untuk pakai dalam rumah"

    ai dah ternganga.uhuk! (2bulan lepas kahwin kena ddk serumah dgn family dia dulu)
    ermm alahai

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..bgus tng munna..
      nk jge aurat munna la tu;)

      rumah bkl mentua nti rmai adk beradik laki ek;)
      kena la praktis2 ni pkai tdung dlm umah..hehe

      Delete

komen, jangan tak komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...