Monday, December 16, 2013

Attend kelas by Kak Shajaratul

Assalamualaikum
selamat hari Isnin semua
dah minggu kedua bulan Disember dah
kejapnye masa berlalu
nak update blog pun tak sempat
nak snap gambar barang-barang yang nak disewakan pun tak sempat
niat ada tapi tak terlaksana je 

apa-apa pun di sebalik kemalasan dan kesibukan
daku sempat luangkan masa pergi kelas bunga dip, demo sirih junjung dan gubah duit mas kahwin 
makanye sabtu dan ahad daku pergi berguru dengan yang pakar
owh siapa B2B atau ex-B2B yang tak kenal Kak Shaja rugi la
hasil tangan dia semua cantik-cantik
meleleh air liur menengoknye
tengok dalam facebook pun dah kagum kan
daku dapat tengok live dan pegang memang tambah kagum
kemas je bunga-bungaan beliau
memang kena la dengan harganya

ni page beliau ye Shajaratul Design
ramai dah tau kan


hari Sabtu daku attend kelas ni la,
siap diskaun lagi yuran dapat RM150
daku pun agak bertuah sebab sepatutnya 5 orang tapi yang datang 2 orang je
daku dan seorang lagi, Kak Has
memang RM150 untuk sehari suntuk belajar bunga dip memang puas hati
Kak Shaja dah la peramah memang tak bosan langsung
dok gelak je


ni la hasil seharian
memang cun dari bunga telur dip daku yang tak jadi dulu tu
hehe

Photo: Jom ramai2 berkongsi ilmu....

Kelas PERCUMA untuk kepada yg ingin betul-betul belajar...

Untuk BOOKING tempat sila PM nama penuh anda , no telefon dan email address.( NO SMS/CALL  please )

Tempat TERHAD....1st come 1st serve. ( 30 seats only !! )

Ahad pulak kelas setengah hari je sebab cuma demo sirih junjung dan belajar gubah duit mas kahwin
percuma je
walaupun percuma tapi banyak tips-tips bisnes dari Kak Shaja
kelas percuma ni pun tak ramai
yang datang dalam 10 orang je sedangkan yang bagi nama 25 orang
hehe
bagus gak tak ramai senang absorb ilmu :)


dah dapat sekuntum bunga ros semalam
tahun depan adik daku kahwin bab duit mas kahwin dah setel la ;)
yang nampak bawah badan tu Kak Shaja ye
kecik molek je orangnya
sweet je
beliau tak suka publisiti, jadi daku bagi tengok tangan dan kaki je la ye :p

Photo: ADVANCE CLASS

Kepada yg ingin mendalami seni bunga dip dan stokin ... kita akan adakan kelas ( one to one ). Belajar sehingga pandai. Insyallah.

Hanya untuk 5 peserta shj 

SILA PM untuk maklumat lanjut. 
https://www.facebook.com/messages/ShajaratulDesign

bulan Januari next year daku dah booking nak attend advance class ni
hope takde aral melintang patah
sangat tak sabar!

InsyaAllah ada masa dan kesungguhan daku cuba try pergi sebanyak mungkin kelas
tapi dah pergi kelas kena la praktis nanti lupa kan
rugi pulak bayar mahal-mahal :)

p/s ~ lain rasanya bila jumpa orang yang berjaya, cakap semua ada isi dan motivasi

10 comments:

  1. wah semangatnya..lepas nie boleh la lebih rancak bisnes kawen2.all da best =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq syaz ;) hope mcm tu la syaz..hehe..kalau boleh taknak la hangat2 taik ayam je..hihi

      Delete
  2. Wah...bestnyer...teringin nk blaja lipat duit tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah terer kte buat tutorial ek cik mah..hihi

      Delete
  3. wahh,serius ni..dah masuk kelas dah..apa2 pun good luck ye..chaiyok2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak start saila sikit2..hope tak banyak aral melintang patah..hihi

      Delete
  4. lepas ni dah mula berniaga lepas ni. jgn putus asa ya!

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. hye dear! tq sudi jenguk lagi..hehe..penyakit M tgh melanda :p

      Delete

komen, jangan tak komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...