Friday, April 25, 2014

Bunga Telur Project : Bunga Pahar Crepe Cousin

Assalamualaikum
150 kuntum bunga pahar crepe tema gold 
dan 20 biji bunga penanggah dari material felt
dah selamat hantar balik kampung

cousin mintak yang simple simple sahaja 
harap beliau suka :)




TQ lovely cousin for choosing Bunga Pahar Et Cetera :))


Thursday, April 24, 2014

Tempahan Bantal Hantaran

Assalamualaikum
lagi hasil kerja daku
12 tempahan bantal hantaran dari customer 
boleh PM page Bunga Pahar Et Cetera untuk discussion ;)


p/s ~ trimas untuk customer semua :)


Wednesday, April 23, 2014

Gubahan Project : Gubahan Duit Mas Kahwin

Assalamualaikum semua :)
short update setelah sekian lama membisu
hehew
sibuk dengan tempahan dan jugak preparation kahwin adik
maklumla wedding planner tak bergaji kan
bulan Jun ni majlis tapi daku tak start apa apa lagi -.-"

ok marilah berkenalan dengan produk terbaru dari Bunga Pahar Et Cetera
jeng jeng jeng




tempahan ni dari ofismate untuk kakak beliau
RM300 mas kahwin untuk Selangor
Alhamdulillah 1st time buat ni jadi jugak
tak sia sia belajar 
sifu kena bangga ni :p

orait, B2B yang berminat boleh PM di page Bunga Pahar Et Cetera
atau personal FB pon boleh tiada hal :)

p/s ~ kadang kadang nak assistant yang berguna selain si bulus yang sibuk mengacau tu.

Monday, March 24, 2014

Bukan rezeki kami lagi

Assalamualaikum
lamanya tak jenguk blog
nak tukar layout pun tak sempat :)
banyaknya nak cerita ceriti tapi biase la
utamakan kerja lain dulu

bulan lepas berkesempatan masuk wad
sebagai pesakit
haha
seronoknya la dok hospital klang -.-"
tapi tak boleh kondem la bayar RM10 je
owh tak lupa jugak merasa naik ambulans

daku warded lepas tumpah darah petang Isnin, 10 februari 2014
kalau ikut LMP daku pregnant dalam 3 bulan dah masa tu
tapi pregancy daku tak berkembang
ada kantung je babynye tak muncul-muncul
sebenarnya ni kandungan kedua daku
yang 1st gugur jugak masa early pregnancy Julai 2013

malas nak cerita sebenarnya, tapi sebagai ingatan
sekarang tengah jaga kesihatan
haha
amalkan petua mana yang patut kan
semua nasihat orang ramai diambil kira
mana yang boleh ikut daku ikut

sekarang tengah tunggu period tak datang lagi ni
doc suruh tunggu 3 bulan baru try pregnant
tapi rasa lambatnye nak tunggu 3 bulan tu hehe




so barang yang lepas jangan dikenang
dah ada pengganti yang comel pon
ni la buah hati pengarang jantung yang baru



comel tak??
ni first day beliau kat rumah
lepas makan terus lelap atas toto
penat agaknya

suami jumpa masa tunggu basuh kereta
 dia lompat atas paha
manja sangat
masa bawak dia balik tengah dalam pantang gugur dalam 6 hari camtu
memang rasa macam Allah ganti balik baby yang gugur tu :')
sebab daku bukan la peminat kucing sangat
suami je yang semangat dulu bagi kucing liar makan sebelum ni



nak kawan tapi malu-malu kucing
si kuning tu kucing liar yang biasa datang makan kat rumah



makan otak!! eh, makan kotak!! Grrr ;p
port favret main dalam bilik kerja daku



nakal sangat sampai kalau nak lipat kain sibuk la nak tolong lipat



paling susah kalau nak start buat bunga, suka sangat melompat atas meja
sekarang intagram daku penuh dengan gambar budak bulus ni je
memang kadang-kadang dok borak dengan dia je hee
yela orang takde anak kucing pon jadi la
hehe

eh, nak cerita pasal gugur, cerita kucing pulak yang lebih :p

p/s ~ moh le ramai-ramai like page bunga daku ye
insyaAllah yang ni serius bisnes ;)
Bunga Pahar Et Cetera

Monday, February 3, 2014

Bunga Telur Project : Bunga Pahar Eksklusif

Assalamualaikum
bunga telur project berjalan seperti biasa
setiap hari fikir nak siapkan design yang mana
sampai rasa semua nak buat, last-last satu pun tak jalan
normal la kan sejak zaman nak kawen dulu gitu la :p

sekarang tengah nak siapkan dan banyakkan sample sebelum tumpang display kat bridal kawan
ok sebelum tu nak terangkan kenapa bunga telur/pahar ni digelar eksklusif
hal ini kerana, ada material yang digunakan adalah lain dari yang lain dan berkualiti
selain itu, kekemasan setiap bunga diambil kira,
plus kreativiti
serta saiz bunga pahar ni pun lebih besar
bila letak kat pahar, satu pahar muat dalam 20-25 bunga je berbanding bunga telur biasa
memang eksklusif la untuk diberi kepada orang-orang istimewa masa majlis bahagia tu nanti

jadi wekeend lepas daku berjaya siapkan satu contoh bunga pahar stokin hydrangea
faymes bunga ni kan,
kata K.Shaja, ramai customer beliau minat betul bunga ni
memang repeat order


daku buat warna pastel pink dan pink belacan
stokin pink belacan sangat la susah nak jumpe
jenuh la nak cari kalau orang order
hehe
ade je mencelup stokin nanti

ok, yang lain-lain macam entri lepas
ada bunga dip daisy dan bunga pahar gantung kristal


sudi-sudikanlah panjangkan hasil seni daku ni ye ;)

siapa yang berminat PM daku laju-laju di FB
or 
WhatsApp saje ke 019.976.2917

p/s ~ rasa nak cuti tanpa gaji nak buat bunga banyak-banyak :p

Tuesday, January 28, 2014

Kelas dua hari bersama Shajaratul Design

Assalamualaikum
weekend lepas berjaya menghabiskan dua hari dengan menuntut ilmu baru
Alhamdulillah, dah bertambah ilmu sikit bab-bab buat bunga telur
sebelum ni buat main try and error je
belajar pun tak formal dengan orang kedai bunga
tapi bila masuk kelas lagi seronok 
banyak dapat tips penting
dapat kenal kawan-kawan baru yang sama minat 
yang penting dapat kenal dengan Kak Shaja yang banyak pengalaman

kelas 2 hari ni daku berjaya belajar 4 jenis bunga 
- Bunga Dip Daisy
- Bunga Dip Peonnies
- Bunga Dip Lily
- Bunga Kristal
skill nak mencelup dawai dalam dip pun dah improve
dah boleh celup tanpa lubang
yeay!
belajar mix warna dip serta dapat kenal serbuk ajaib bak kata Sarah

gambar memang tak sempat tangkap la semua dok tekun pintal dawai
mujur hari ahad Kak Shaja bawak kamera
jadi  daku cilok je la dari FB Shajaratul Design
semua gambar takde muka sebab semua pemalu kononnye :p


ni tangan Auntie Balqis, hehe
dok cantumkan bunga lily


3 bunga sepanjang 2 hari kelas,
bunga kristal yang gojes sangat, bunga peonnies, dan bunga daisy


daku interprem tangan je la ek, dah la gegar 
sibuk ape ntah padahal dah siap
berlakon je tu dengan Kak Has ;)

syukur sangat dah pandai buat bunga dip yang daku rasa nightmare nak buat
sebab dulu main try and error je
tapi terus terang cakap bunga-bunga yang daku belajar ni harganya rasa macam tak munasabah
tapi masa, idea dan workmanship yang perlu dinilai
serta hasilnya yang bombastik sangat ;)
siapa berminat nak cuba hasil kerja tangan daku boleh PM di FB or wasap je 0199762917 ;)


p/s ~ dapat buah tangan dari Kak Shaja, buku Mudahnya Menjemput Rezeki. TQSM kak ;)



Tuesday, January 21, 2014

Bunga Telur Project : Bunga Crepe/Tisu

Assalamualaikum
selamat tahun baru 2014 :p
ewah ewah, dah nak habis Januari baru nak wish
hehe

susah sangat nak update sebab huruf M bapak besar
sampai ada yang tanya kenapa lama tak update blog
sampai daku tertinggal nak mencoret tarikh penting contohnye macam birthday daku 17 Januari lepas
hehe
konon nak up entry dah masuk 27 tahun
tapi ayat semua terbina dalam minda separa sedar je
hampeh kan
tapi best birthday kali ni sebab dapat hadiah awal -.-"
boleh pulak cik abg cyg daku lupa tarikh
mujur hadiah best yang tak sangka daku dapat
nak beli sendiri memang kedekut la :p
TQ sayang!

tapi kemalasan daku bersebab okey
ada penghuni kecil yang sebabkan daku malas
bukan setakat malas, tapi lenguh badan, tak sedap badan
jadi kena manjakan badan ye kawan-kawan

pembuka 2014 daku mulakan dengan Bunga Telur Project
terima kasih la kepada BFF daku Ros yang sudi promote
dapat la tempahan baru tahun ni
Alhamdulillah kalau jadi, akhir tahun ni siap la tempahan beliau

so daku ada buat beberapa mock up bunga seperti request customer tersebut
harap beliau suka bila jumpa face to face nanti


kalau tahun lepas daku ada bagitau nak buat sewaan barang-barang kan
yang tu hold dulu la malas pulak nak godek-godek kotak
fokus daku tahun ni adalah Bunga Telur Project
semoga hasil yang sikit ni nanti dapat berkembang

weekend ni nak attend kelas bunga dengan Kak Shaja lagi
lepas tu boleh la siapkan contoh bunga telur stokin dan dip pulak
harapan daku agar semangat ni kekal dan tak hangat-hangat tahi ayam!

p/s ~ tak sabar nak pergi kelas bunga Kak Shaja!

Monday, December 16, 2013

Attend kelas by Kak Shajaratul

Assalamualaikum
selamat hari Isnin semua
dah minggu kedua bulan Disember dah
kejapnye masa berlalu
nak update blog pun tak sempat
nak snap gambar barang-barang yang nak disewakan pun tak sempat
niat ada tapi tak terlaksana je 

apa-apa pun di sebalik kemalasan dan kesibukan
daku sempat luangkan masa pergi kelas bunga dip, demo sirih junjung dan gubah duit mas kahwin 
makanye sabtu dan ahad daku pergi berguru dengan yang pakar
owh siapa B2B atau ex-B2B yang tak kenal Kak Shaja rugi la
hasil tangan dia semua cantik-cantik
meleleh air liur menengoknye
tengok dalam facebook pun dah kagum kan
daku dapat tengok live dan pegang memang tambah kagum
kemas je bunga-bungaan beliau
memang kena la dengan harganya

ni page beliau ye Shajaratul Design
ramai dah tau kan


hari Sabtu daku attend kelas ni la,
siap diskaun lagi yuran dapat RM150
daku pun agak bertuah sebab sepatutnya 5 orang tapi yang datang 2 orang je
daku dan seorang lagi, Kak Has
memang RM150 untuk sehari suntuk belajar bunga dip memang puas hati
Kak Shaja dah la peramah memang tak bosan langsung
dok gelak je


ni la hasil seharian
memang cun dari bunga telur dip daku yang tak jadi dulu tu
hehe

Photo: Jom ramai2 berkongsi ilmu....

Kelas PERCUMA untuk kepada yg ingin betul-betul belajar...

Untuk BOOKING tempat sila PM nama penuh anda , no telefon dan email address.( NO SMS/CALL  please )

Tempat TERHAD....1st come 1st serve. ( 30 seats only !! )

Ahad pulak kelas setengah hari je sebab cuma demo sirih junjung dan belajar gubah duit mas kahwin
percuma je
walaupun percuma tapi banyak tips-tips bisnes dari Kak Shaja
kelas percuma ni pun tak ramai
yang datang dalam 10 orang je sedangkan yang bagi nama 25 orang
hehe
bagus gak tak ramai senang absorb ilmu :)


dah dapat sekuntum bunga ros semalam
tahun depan adik daku kahwin bab duit mas kahwin dah setel la ;)
yang nampak bawah badan tu Kak Shaja ye
kecik molek je orangnya
sweet je
beliau tak suka publisiti, jadi daku bagi tengok tangan dan kaki je la ye :p

Photo: ADVANCE CLASS

Kepada yg ingin mendalami seni bunga dip dan stokin ... kita akan adakan kelas ( one to one ). Belajar sehingga pandai. Insyallah.

Hanya untuk 5 peserta shj 

SILA PM untuk maklumat lanjut. 
https://www.facebook.com/messages/ShajaratulDesign

bulan Januari next year daku dah booking nak attend advance class ni
hope takde aral melintang patah
sangat tak sabar!

InsyaAllah ada masa dan kesungguhan daku cuba try pergi sebanyak mungkin kelas
tapi dah pergi kelas kena la praktis nanti lupa kan
rugi pulak bayar mahal-mahal :)

p/s ~ lain rasanya bila jumpa orang yang berjaya, cakap semua ada isi dan motivasi

Sunday, December 1, 2013

Tempahan Bunga Felt

Assalamualaikum
Tempahan bunga felt besar untuk 2014 telah dibuka
Harga : RM 15 sekuntum
Saiz : +- 8 inci 

#Cara tempahan :
1) PM di FB daku @ WhatsApp/Msg : 019-9762917
*strictly no call until delivery time ye :)
2) Deposit RM50 setiap tempahan 
-deposit burn bila batalkan tempahan

#Penghantaran :
Free COD sekitar Klang, Shah Alam, area UPM (weekend sahaja)
B2B luar Selangor especially Pahang dan Terengganu bergantung kepada masa daku balik kampung la ye
tak boleh janji tapi boleh usaha :)
Pos laju kurang praktikal sebab kos tinggi

ok jom cuci mata tengok bunga felt besar ni
antara tempahan tahun ni la
ada gak yang tak snap gambar
plus lupa nak mintak gambar dengan customer
yang pada pelamin ni adalah yang latest la 
customer baru a.k.a kawan baru 
dua kali dah tempah
tQ Emma!! ;D

Emma ni owner Emma Anggun iaitu bridal di Telok Penglima Garang, Kuala Langat
boleh klik Emma Anggun dan add FB beliau k :)
dari pelamin, make up, spa semua ada
cantik-cantik tau!
ehem, komisen sikit :p






yang bawah ni 
kerja kahwin Zai dan Ije bulan Mei yang lepas
yang ni memang under daku semuanya







p/s ~ cepat-cepat ye tempah slot, nanti tak sempat nak berbunga besar :p


Friday, November 29, 2013

Bye November

Assalamualaikum
Jumaat last bulan November dah pun kan hari ni
sekejap je
next week dah masuk Disember
sebulan je lagi dah masuk tahun baru masihi 2014

nak akhir tahun ni busy sangat dan kadang-kadang macam tak busy sebab dah malas nak buat kerja
haha
cuma buat plan kerja tahun depan la pulak kan
Disember kita rilek-rilek aje deh

rindu nak bungkus nasi kukus
dah sebulan cuti buat nasi kukus 
budak-budak pun dah start tanya 


daku jual RM 3.50 je sebungkus
nasi kukus gulai ayam timun potong dan sambal belacan kaw punye
kadang-kadang daku letak kentang kira sedekah la kat budak-budak
kesian dorg makanan kafe mahal sekarang

keuntungan Alhamdulillah ada
walaupun duit memang short 
tapi tak kisah la sebab seronok :)

selain tu daku letak dadih dan buah potong
dadih agak slow tapi tetap habis
buah potong memang tak pernah tak habis
Alhamdulillah
walaupun sikit tapi puas :)

rasanya bila kawan-kawan yang berniaga sekarang pun rasa camtu kan
biar penat, tapi puas :)

p/s ~ kot dah pencen nanti boleh la jumpe makcik susu tepi jalan jual nasi kukus ye :p




Wednesday, November 27, 2013

E-day Adik Lelaki

Assalamualaikum
23 November lepas iaitu Sabtu adik lelaki daku telah selamat bertunang dengan pilihan hatinye
Alhamdulillah ma abah abah bakal dapat menantu kedua
yeay! tahun depan insyaAllah ada family member baru
seronok sikit boleh buli adik ipar :p
hehew

trademark adik laki daku tu tido dalam gambar -.-"
comey lote orangnye
kecik je tak macam kami adik beradik yang besar gajah ni 
hehe
bakal adik ipar orang Lepih
kalau orang KL cakap Kuala Lipis
haha
daku gerak dari Klang non stop ambik masa 3 jam
fuh!
krem ketiak tahan sirih junjung 
tobat la kahwin nanti gubah hantaran kat homestay -.-"

macam biase la tender hantaran daku yang ambik
gila tak hantaran buat petang Jumaat tu
pukul 3 pagi baru siap sebab sambil tengok Running Man dan keluar cari daun sirih last minit
nasib sini ramai kaum india
tu pon mujur la ada adik tolong
love u sista!
sampai demam esoknye
hee

maaf la gambar hantaran sangat-sangat tak sempat snap
daku nak sangat tunjuk gambar close up
tapi dah 3 pagi nak snap gambar pun tak larat dah


Tema blue periwinkle dengan sentuhan light pink peach
bunga semua artificial la of course
guna hydrangea, baby breath, dan rose


simple amat la hantaran tunang ni (tapak biru)
tapi sweet :p

ada 5 barang :
1) Sirih junjug + cincin
2) Baju nikah - daku gubah jadi macam kek yang ada bunga besar
3) Handbag + kasut + kain pasang sorong dalam handbag
4) Kek
5) Buah

daku puas hati cuma terkilan sangat takde snap gambar ;((

pelamin pihak perempuan diy rasanye
tak sempat nak posing lama-lama
masing-masing rushing

p/s ~ bulan Disember daku akan bukak order HB, bunga felt besar dan rental barang berkaitan okeh~ stay tune B2B!!

Tuesday, November 26, 2013

November bulan kasih sayang kami

Assalamualaikum rakyat jelata
MasyaAllah
dah lamanya tak update pape kan
memang dianak tirikan betul blog nan satu ni
bukan la sibuk sangat tapi kadar kemalasan terlampau tinggi
hatta nak menulis pun rase terbazir masa baik pergi tengok tv sambil makan sambil baring lagi
buruknye perangai orang dah kahwin takde baby lagi ni
haha
kalah orang ade baby sibuk uruskan anak ada gak alasan tak update ye :p

niat asal nak update awal November aritu
postpone lagi nak update 17 November sempena 1st Anniversary
tapi berangan je bila update dalam mimpi
haha
tak percaya dah setahun 
kejap sangat :)

jadi hari ni update jugak sebab selang seminggu iaitu harini adalah hari lahir abg cyg daku tuh
takde hadiah yang gempak ke surprise ke sebab beliau keje malam minggu ni
cuma pagi tadi daku sempat breakfast sama-sama
lagipun dah bagi hadiah anniversary last week

buat abg, selamat hari la yang ke 25
eh muda lagi la :p


owh sekarang sibuk orang buat komik via Bitstrips ni kan
jimat kertas tak payah buat kad
hehew
comey pulak rasenye :p

p/s ~ Makanya November bulan kasih sayang kami la sebab banyak rasa kasih sayang di situ..ececeh

Thursday, September 26, 2013

Dapat Domino's pizza free!

Assalamualaikum
malam semalam check email sebab nak tau winner contest Domino's Mega Raya Contest
alhamdulillah tersenarai jugak walaupun dapat saguhati je :)
makan free sape pon tak tolak kan kan
hehe
contest ni berlangsung masa bulan puasa aritu
beli dominos, dapat passcode dan main game kat FB dominos


hadiah utama imac, 2nd ipad, 3rd ipad mini & 4th ipod
daku aim ipad je
patutnye aim imac kan maybe dapat ipad mini
haha
apepon, rezeki belaka ni :)
lain kali buat lagi ye dominos
hehe

owh, kalau masuk contest online yang ada passcode macam ni
simpan je kertas passcode tu
in case dorg minta gambar/bukti macam dominos buat
daku dah terbuang banyak keping tau sebab sekali dengan discount voucher ;((
dah guna buang je la kan
mujur yang 3 keping jumpe balik dalam tong sampah
kalau tak habuk pon takde -.-"

p/s ~ dominos vs pizza hut, dominos win! hehe


Thursday, September 19, 2013

Sayonara Sabak Bernam

Assalamualaikum
dah sangat lama tak mencoret ni
tapi daku perasan masih ada silent readers yang datang
ada jugak sorang dua yang komen :)
thanx kepada yang sudi singgah atau tersinggah sebab kebetulan link daku naik 
hehe

daku dah say sayonara setelah hampir 3 tahun di Sabak Bernam
sekarang dah bertugas di cawangan Kuala Langat pulak
baru semalam masuk ofis ni
company yang sama cawangan je berbeza
tapi rindu pada Sg. Besar, ofis lama, kawan-kawan lama masih tersisa ;(
rindu nak pergi ofis dari rumah yang ambik masa 5 minit je!
haha

tapi di sebalik kesedihan tinggalkan Sabak Bernam
sangat happy sebab dapat duduk sebumbung dengan suami!
yeay! dah hilang title PJJ
hope kekal lama
kalau nak tukar keje pon bang tunggu dapat baby ye :p
cuma jarak ofis makin jauh la
40 minit ;((
tak boleh dah sambung tidur lepas subuh
hehe
tapi tula kebaikannye kan
tak la rezeki segan nak masuk kannn ;D

so, dah duduk area Klang ni daku akan aktifkan mana yang boleh
kalau ade nak sewa tray ke, rangka pelamin ke, barang-barang pelamin ke
nanti daku up entry ye
tunggu siap pindah barang dan kemas rumah sewa yang kecik itu
perabot yang ada pun cuma tv dan rak tv aje
mujur astro dah pindah


daku jugak dalam perancangan nak hantar nasi bungkus ke Kolej 12 UPM Serdang
try dulu kot-kot laku 
budak-budak hostel ni kebulur je kan ;)
banyak la plannye
nak masuk kelas bakeri la
itu la
ini la
semoga dipermudahkanNya
amin

baby?
masih belum ade rezki ;D
dah duduk sama ni boleh la cuba jaya kann
hehe

p/s ~ sekarang minat organizing pulak, asyik belek blog organizing je -.-"

Wednesday, July 24, 2013

Review Nikah/Resepsi : Bilik Pengantin

Assalamualaikum
bila mood nak menulis tu datang, mula la nak update blog
kalau takde mood, ke laut la blog ni

menyambung review wedding yang dah terbantut
sebagai kenangan dan tatapan kawan-kawan
daku persembahkan bilik pengantin daku
memang tak sempat nak mendeko-deko eric leong semua
simple je macam bilik tidur biasa
yang penting daku suka sangat dengan cadar tuh!
plus bantal-bantal bolat
masuk tema kan bilik ni :p

tambahan deko cuma pada tirai depan pintu, tirai pun sangkut dengan dawai je :p
melendut je ke bawah..haha

 

side table letak la pasu dengan pot pouri yang takde bau pon
dengan lampu tidur yang daku DIY lampshadenye
untuk tutorial klik je Tutorial Ruffle Lampshade ni k ;)
dekat dinding tepek gambar kanvas beli kat Mydin
 
  
 
 

pastu macam biasa la mesti posing dalam bilik kannn
manje-manje la sikit
hehe
 
 
 
 


ok la, itu aje
bye.

p/s ~ projectbaking malam ni adalah creampuff puff!!
esok nak bagi suami mam :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...