Showing posts with label bunga. Show all posts
Showing posts with label bunga. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Bunga Telur Project : Bunga Pahar Crepe Cousin

Assalamualaikum
150 kuntum bunga pahar crepe tema gold 
dan 20 biji bunga penanggah dari material felt
dah selamat hantar balik kampung

cousin mintak yang simple simple sahaja 
harap beliau suka :)




TQ lovely cousin for choosing Bunga Pahar Et Cetera :))


Monday, February 3, 2014

Bunga Telur Project : Bunga Pahar Eksklusif

Assalamualaikum
bunga telur project berjalan seperti biasa
setiap hari fikir nak siapkan design yang mana
sampai rasa semua nak buat, last-last satu pun tak jalan
normal la kan sejak zaman nak kawen dulu gitu la :p

sekarang tengah nak siapkan dan banyakkan sample sebelum tumpang display kat bridal kawan
ok sebelum tu nak terangkan kenapa bunga telur/pahar ni digelar eksklusif
hal ini kerana, ada material yang digunakan adalah lain dari yang lain dan berkualiti
selain itu, kekemasan setiap bunga diambil kira,
plus kreativiti
serta saiz bunga pahar ni pun lebih besar
bila letak kat pahar, satu pahar muat dalam 20-25 bunga je berbanding bunga telur biasa
memang eksklusif la untuk diberi kepada orang-orang istimewa masa majlis bahagia tu nanti

jadi wekeend lepas daku berjaya siapkan satu contoh bunga pahar stokin hydrangea
faymes bunga ni kan,
kata K.Shaja, ramai customer beliau minat betul bunga ni
memang repeat order


daku buat warna pastel pink dan pink belacan
stokin pink belacan sangat la susah nak jumpe
jenuh la nak cari kalau orang order
hehe
ade je mencelup stokin nanti

ok, yang lain-lain macam entri lepas
ada bunga dip daisy dan bunga pahar gantung kristal


sudi-sudikanlah panjangkan hasil seni daku ni ye ;)

siapa yang berminat PM daku laju-laju di FB
or 
WhatsApp saje ke 019.976.2917

p/s ~ rasa nak cuti tanpa gaji nak buat bunga banyak-banyak :p

Tuesday, January 28, 2014

Kelas dua hari bersama Shajaratul Design

Assalamualaikum
weekend lepas berjaya menghabiskan dua hari dengan menuntut ilmu baru
Alhamdulillah, dah bertambah ilmu sikit bab-bab buat bunga telur
sebelum ni buat main try and error je
belajar pun tak formal dengan orang kedai bunga
tapi bila masuk kelas lagi seronok 
banyak dapat tips penting
dapat kenal kawan-kawan baru yang sama minat 
yang penting dapat kenal dengan Kak Shaja yang banyak pengalaman

kelas 2 hari ni daku berjaya belajar 4 jenis bunga 
- Bunga Dip Daisy
- Bunga Dip Peonnies
- Bunga Dip Lily
- Bunga Kristal
skill nak mencelup dawai dalam dip pun dah improve
dah boleh celup tanpa lubang
yeay!
belajar mix warna dip serta dapat kenal serbuk ajaib bak kata Sarah

gambar memang tak sempat tangkap la semua dok tekun pintal dawai
mujur hari ahad Kak Shaja bawak kamera
jadi  daku cilok je la dari FB Shajaratul Design
semua gambar takde muka sebab semua pemalu kononnye :p


ni tangan Auntie Balqis, hehe
dok cantumkan bunga lily


3 bunga sepanjang 2 hari kelas,
bunga kristal yang gojes sangat, bunga peonnies, dan bunga daisy


daku interprem tangan je la ek, dah la gegar 
sibuk ape ntah padahal dah siap
berlakon je tu dengan Kak Has ;)

syukur sangat dah pandai buat bunga dip yang daku rasa nightmare nak buat
sebab dulu main try and error je
tapi terus terang cakap bunga-bunga yang daku belajar ni harganya rasa macam tak munasabah
tapi masa, idea dan workmanship yang perlu dinilai
serta hasilnya yang bombastik sangat ;)
siapa berminat nak cuba hasil kerja tangan daku boleh PM di FB or wasap je 0199762917 ;)


p/s ~ dapat buah tangan dari Kak Shaja, buku Mudahnya Menjemput Rezeki. TQSM kak ;)



Sunday, October 14, 2012

Bunga telur bertandang dah siap


ingat tak bunga ni ;)
dah siap dah last week 
hehe
sebelum balik Pahang last week pulun cantum 50 pcs jumaat malam tu
habis cramp kaki bontot semua bersila mengadap bunga ni
sebenarnya ada lagi lebih dalam 40++
tapi MIL cakap dah cukup dah 
hee
lega-lega



selamat sampai rumah MIL
bye-bye sayang
jumpe time majlis bertandang ye ;)

p/s ~ bunga telur gantung dulu pun still ada baki tak bercantum
boleh la jual nanti :p

Tuesday, July 31, 2012

Akhirnya siap!

Alhamdulillah bunga telur telah berjaya siap ikut target last week ;)
khamis malam siap terus packing masuk kotak, jumaat balik pahang
makanya bunga telur daku dah selamat tiba kat pahang
nanti bila-bila ma abah balik terengganu dorg bawak

ade lagi balance 25 kuntum bunga dah hampir siap jugak
yang ni backup-backup la mana tak cukup nanti kan :)
so dah boleh start la design bunga telur bertandang pulak
yeay!

kalau last week versi tak berwarna
kali ni daku tepek yang berwarna ye ;)





bunga ni memang terang warnanye sebab baju resepsi warna dusty pink yang kusam
jadi kena bagi aksesori warna meriah-meriah la sikit :D
 walaupun masih banyak DIY yang pending tapi harap dipermudahkan segalanya
mana yang sempat kita buat ok ;)
yang penting coolllll :D

p/s ~ siapa nak tempah boleh roger okeh ;)

Tuesday, July 3, 2012

Mock up bunga pahar/telur

setelah beberapa minggu bertungkus lumus menghadap 
akhirnya nampak la sikit bayangan bunga pahar daku nanti
boleh dikatakan hampir 50% siap
tinggal nak cantum kelopak-kelopak
nak cantum pada batang
letak riben , dsbnye

bunga pahar or bunga telur kali ni daku tukar guna stokin je
perancangan awal nak buat bunga telur dip
tapi apakan daya cecair dip yang daku suka susah nak dapat kat sungai besar ni
Jadi akibat terputus bekalan terus la terputus idea dan semangat
huhu
lama jugak la cari balik mood nak buat bunga pahar ni kan
so sebab tak nak bazirkan bahan-bahan asas yang ada especially dawai yang banyak tu
daku buat bunga stokin je ;)

lagipun bunga stokin dapat buat sambil tengok tv ;p
ralit tau sambil pintal dawai, pintal benang
sedar-sedar dah siap 
hihi
bunga dip kena menghadap sorang-sorang dalam bilik
dengan gabungan idea housemate dan adik daku maka bunga stokin la pilihan muktamadnye
tapi dua-dua bunga memang akan sebabkan sakit pinggang dan belakang -.-'

omak ai
banyak pulak sejarahnye kan
jom tengok mock up bunga pahar daku
buat design paling simple je sebab malas 
nak buat sangat tapi malas tu tetap ada kan
hehe

maafkan tarikh dan waktu pada gambar
malas nak edit :p

pelakon utama

pelakon tambahan
bunga tecik-tecik tomey :p
puas hati dapat buat sendiri
kalau nak tempah kat kedai kena fikir dua ratus juta kali la kot
daku takut jugak tak puas hari sebab rasa boleh buat sendiri 
dengan harga yang mahal pulak kan
bila buat sendiri sukahati la nak tambah reben or hiasan yang mahal-mahal kan
hadiah untuk tetamu yang sudi bawak rezeki ke majlis nanti kan ;)

p/s ~ abg cyg dah order bunga pahar untuk bertandang pulak -.-'
buat bunga telur gantung la :p


Thursday, March 22, 2012

Tutorial : Bunga Ros Crepe Besar

teringin nak buat tutorial tapi perasaan malas lagi kuat
haha
 so untuk tutorial bunga ros besar ni

boleh la tengok kat 

siap ada video lagi so sangat-sangat mudah :)
video url :
http://www.marthastewart.com/article/crepe-paper-roses#ooid=ByaG9lMjqKymTCKA8B36r7GrY6JQbFKA

 

nanti boleh la buat bunga ni;)

p/s ~ sape tak faham boleh ajukan soalan:)

Monday, March 12, 2012

Bunga Ros Besar

selamat hari isnin
selamat bercuti sekolah kepada cikgu sekolah dan budak-budak sekolah
bos pun cuti seminggu
housemate pun cuti seminggu
haih
kita yang takde anak-anak kena la bagi laluan pada yang ada anak
kita yang bukan cikgu cikgi pun kena la dok kat rumah je jadi jaga
hehe
tapi seronok kalau cuti lama sebab parking pejabat daerah ni lengang sikit
pastu kat rumah sewa pun dapat parking dalam porch :D

ok dah melalut
weekend lepas sangat tak produktif
hari bermalas-malasan je
bunga telur pun dipandang sayu sebab nak kena rombak balik
adeh
ok abaikan

ingat tak pasal daku gila bunga besar-besar
ala yang ni haa

giant paper flowers

dah lama nak buat lantas merajinkan diri buat jugak sabtu lepas
tapi size kecik je sebab nak dapatkan skill dulu
eceh
skill la sangat :D

meh tengok bunga besarku :p
  ada dua versi warna pink dan purple

waktu siang sangkut kat paku dinding tepi pintu untuk pencahayaan :P
waktu malam dengan kembar warna pink :D
 ok tak??
senang sangat la nak buat sebab size besar kan
tak tau lagi nak guna bila
saja-saja buat
tehe

pastu sambung berangan nak buat bunga foam ni 






weekend lepas-lepas ada pergi  Bright Sail
geram tengok bunga foam ni
belek-belek macam senang je nak buat
so rase nak buat la kan
tapi tak buat-buat lagi
tahap berangan memang tinggi
tahap rajin je tak mari-mari ni -.-"

p/s ~ produktif jugak la weekend lepas dapat dua ketul bunga :p

Thursday, February 16, 2012

Bunga Telur Dip

untuk makluman
daku DIY bunga telur
sebab berangan nak bunga telur dip tapi tak mampu nak bayar mahal
pastu berangan nak warna paling matching dengan tema
berangan lagi nak warna pastel yang sweet like sugar
eh
lebih lebih pulak

so 2 hari lepas dah beli cecair dip baru
tema adalah dusty pink maka pencarian adalah warna yang sewaktu dengannye
ingatkan dah jumpa
tapi balik rumah hampa sangat
warna sebenar dengan contoh display atas tutup berbeza 
vivacious red memang red la kan-.-
atas tutup tu kan dusty pink tapi
isi dalam merah kecoklatan
try buat nipis pun macam tak kena je warna ni-.-

makanya acha sepriasa pon menahan saya 
makanya semalam daku pun sekali lagi terjah kedai favret
lantas memborong lagi sekali

posing dulu sebelum buat sepah
1. Reben organza : RM 0.15 x 30m = RM 4.50
2. Kain nylon net : RM 3.50 x 2.5m = RM 8.80
3. Thinner : RM 10.90 x 1 = RM 10.90
4, 5, 6, 7. Cecair dip : RM 14.90 x 4 : RM 59.60
8. Pelilit bunga : RM 1.10 x 2 : RM 2.20
9. Lidi : RM 2.30 x 1 paket (100 btg ) : RM 2.30
10. Prada/glitter dust : RM .50 x 2 : RM 1.00
Total : RM 89.30

dengan melabur kurang dari RM 100 dapat bunga telur dip!!
yeay!!
4 jenis warna
dalam 4 warna cuma warna putih je ikut warna display-.-
yang lain ke laut jugak
makanya eksperimen pun bermula

mula-mula campur Vivacious Red + Comforting Pink
tapi warna idaman belum dapat
last try campur sikit campuran tersebut dengan Frost White


kacau dengan lidi sampai sebati 
akhirnya..

sweet like sugar :p
walaupun bukan warna dusty pink
tapi warna ni terlampau cute
hehe
so decide nak guna warna ni je :)

inti warna Comforting Pink
inti warna Vivacious Red
inti warna Purple
so antara 3 draf bunga ni
inti warna apa yang paling menarik?? ;)

p/s ~ buat bunga dip boleh excercise sebab berpeluh-peluh -.-"








Thursday, February 9, 2012

Gila bunga besar-besar

giant paper flowers

DIY: giant paper flower ~ maybe gold for Fall/Christmas?

large flower with paper pattern

Tutorial to make large Crepe Paper Roses created by Morgan Levine at Martha Stewart Website (there is a video too!!)

Crepe Paper Flowers

Lanvin's paper flowers

tengah gilakan giant size flower
rasa macam dalam taman astakona tak?? :p

semua tutorial boleh search di ~ DIY FLOWER WORLD
semua website yang berkenaan dah dipin or ditagged
senang la kan nak cari tutorial :)
kawan-kawan yang gila DIY jom buat bunga!! :p

p/s ~ dah terbayang bunga-bunga ni kat pelamin nanti ..sape nak tolong buat?? :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...