Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Tutorial : Bunga Felt Besar

Assalamualaikum semua
maaf lewat lagi buat tutorial
sepatutnya publish selasa, tapi selasa MC pulak
batuk dah seminggu maka tonsil membengkak dengan jayanya
balik rumah makan roti telan ubat terus berdengkur sampai petang
malam pun tidur awal penangan ubat batuk
spekulasi pun timbul kat ofis kononnye ade orang baru -.-"
amin3..hehe

so hari ni jom kita tengok cara buat bunga felt yang besar ni
daku guna bunga felt besar untuk Pelamin DIY ni


ok ni adalah apa yang kita cuba buat hari ni ;)
sekuntum mawar bunga felt besar merah


Bahan-bahan :
1) Kain felt
(prefer yang lembut, kalau takde, yang keras pon boleh)
2) Gunting
3) Glue gam
4) Dawai bunga saiz 18 atau 20 (salah satu)
5) Pita pelilit bunga (warna ikut suka)
6) Bebola udang krismas (warna ikut suka)
7) Template (dalam gambar seterusnya)



Cara-cara : 
1) Potong kain felt ikut bentuk segiempat sama.
Daku takde ukuran tepat sebab takde pembaris.
Cuma ikut panjang dawai je.
Kebetulan sama pulak dengan petak tikar getah tu :p
So, saiz boleh adjust ikut keinginan masing-masing :)
Macam dalam gambar ni ada dua keping kain la.
Maksudnya untuk dua kelopak.


2) Lepas tu, potong petak tadi ikut template.
Template ni daku reka je.
Boleh lukis atas kertas pastu tekap je kat kain felt.
Template pink tu pon guna felt tapi yang nipis punye.


3) Potong ikut template sampai dapat 8 keping semuanya.


4) Gam dawai di belakang setiap kelopak.
Gam dari hujung ke hujung kelopak.
Tips : Buat garisan gam yang tebal dulu baru letak dawai.
Kalau rasa susah nak buat garis lurus freehand, garis dulu atas felt guna pen.
Pastikan betul kering baru ke next step.


5) Buat bentuk 'S' untuk 5 kelopak bawah. 


6) Cantum 5 kelopak 'S' tadi.
Lilit dawai guna dawai pelilit bunga sampai kemas.


7) Selitkan 3 kelopak last yang tinggal antara celah 5 kelopak 'S'.
Lilit dawai sampai kemas.
Lepas tu bentukkan 3 kelopak tu jadi bentuk 'S'.
Kembangkan dan adjust.


8) Step ni lupa nak snap gambar. Step letak bebola krismas tu.
Samada nak ikat guna dawai atau gam je terus kat tengah.
Ikut selera masing-masing k ;)

Jom cuci mata tengok bunga tempahan member baru-baru ni
Esok daku share pasal pelamin tunang DIY beliau ek..
 
 
 
So dah tau kan serba sedikit cara nak buat
maaf ye kalau ada yang kurang clear dan faham
sebarang soalan boleh tanya nanti daku update terus ok ;)

Monday, May 21, 2012

Tutorial : Ruffle Lampshade

ruffle lampshade versi daku ;)



mai kawan-kawan kita pakat hias lampu bilik pengantin nanti
baru romantik kan, kan?? :p


bahan-bahan :
1) gam multi purpose
2) paper cup
3) berus (nak sapu gam senang)
~ daku bantai je berus mekap




1) Leperkan paper cup.


2) Lipat dua, tak simetri pun takpe.


3) Lipat lagi.


4) Kepakkan.


5) Kepakkan kiri dan kana bagi ade bentuk wave.


6) Lipat hujung.


7) Sapu gam.


8) Pastikan gam dah separuh kering baru lekatkan paper cup.


9) Lekatkan ikut suka hati :p 
 
 


10) Taadaaa!!
 
Sekian, terima kasih :)

p/s ~ nak senang, bentukkan paper cup banyak-banyak baru lekatkan.

Thursday, March 22, 2012

Tutorial : Bunga Ros Crepe Besar

teringin nak buat tutorial tapi perasaan malas lagi kuat
haha
 so untuk tutorial bunga ros besar ni

boleh la tengok kat 

siap ada video lagi so sangat-sangat mudah :)
video url :
http://www.marthastewart.com/article/crepe-paper-roses#ooid=ByaG9lMjqKymTCKA8B36r7GrY6JQbFKA

 

nanti boleh la buat bunga ni;)

p/s ~ sape tak faham boleh ajukan soalan:)

Wednesday, December 28, 2011

Tutorial : Bunga Ros Kertas



Bahan-bahan :
kertas warna-warni, gunting/cutter, soletep, gam (missing in action)
Cara-cara :
1) Potong kertas sebanyak 3 bahagian secara melintang. 
Pastikan sama besar. Sambung tiap bahagian dengan soletep. 
Suka hati nak mix kaler or kaler sama.



2) Mula menggulung dari bucu atas kertas.


3) Gulung-gulung-gulung dan gulung sampai agak panjang dalam 2 inci.
Nak kemas boleh gulung sambil lekatkan dengan gam.


4) Lipatkan kertas ke belakang.



5) Tangan kanan terus menggulung. Tangan kiri stay.
6) Terus gulung sampai tinggal sedikit lipatan.
7) Tangan kiri lipat kertas ke belakang.


8) Sama dengan step 5. 


9) Sama dengan step 6.
10) Sama dengan step 7

11) Sila la ulang step2 di atas sampai habis kertas ye. 
Sambil buat ejas2 bahagian kelopak. 
Tolak kelopak ke atas sebab kertas keras susah lentur.
Tolak bagi rapat dan kemas;) 
Kalau nak kemas boleh gam antara kelopak.

12) Taaadaaaa!!! :p

p/s ~ kalau tak jadi buat banyak kali sampai dapat skill..nanti baru senang nak folo tuto bunga telur reben organza even tutonye tak buat lagi :p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...