Showing posts with label bunga stokin. Show all posts
Showing posts with label bunga stokin. Show all posts

Monday, February 3, 2014

Bunga Telur Project : Bunga Pahar Eksklusif

Assalamualaikum
bunga telur project berjalan seperti biasa
setiap hari fikir nak siapkan design yang mana
sampai rasa semua nak buat, last-last satu pun tak jalan
normal la kan sejak zaman nak kawen dulu gitu la :p

sekarang tengah nak siapkan dan banyakkan sample sebelum tumpang display kat bridal kawan
ok sebelum tu nak terangkan kenapa bunga telur/pahar ni digelar eksklusif
hal ini kerana, ada material yang digunakan adalah lain dari yang lain dan berkualiti
selain itu, kekemasan setiap bunga diambil kira,
plus kreativiti
serta saiz bunga pahar ni pun lebih besar
bila letak kat pahar, satu pahar muat dalam 20-25 bunga je berbanding bunga telur biasa
memang eksklusif la untuk diberi kepada orang-orang istimewa masa majlis bahagia tu nanti

jadi wekeend lepas daku berjaya siapkan satu contoh bunga pahar stokin hydrangea
faymes bunga ni kan,
kata K.Shaja, ramai customer beliau minat betul bunga ni
memang repeat order


daku buat warna pastel pink dan pink belacan
stokin pink belacan sangat la susah nak jumpe
jenuh la nak cari kalau orang order
hehe
ade je mencelup stokin nanti

ok, yang lain-lain macam entri lepas
ada bunga dip daisy dan bunga pahar gantung kristal


sudi-sudikanlah panjangkan hasil seni daku ni ye ;)

siapa yang berminat PM daku laju-laju di FB
or 
WhatsApp saje ke 019.976.2917

p/s ~ rasa nak cuti tanpa gaji nak buat bunga banyak-banyak :p

Monday, August 13, 2012

Mock up bunga telur bertandang

Monday blues as usual.

haippp!
semangat-semangat!
nak raya dah kan :D
cepat sungguh masa berlalu kan dah nak raya dah
so how?
baju raya dah setel?
kasut?
duit raya?

hehe
tau dah mesti semua takde mood raya kan
mood kawen lagi hebat ;D

daku sempat la rembat jubah grey RM69 sepasang malam sabtu lepas
cukup la sepasang baju raya 
untuk hari pertama
hari lain pakai baju yang ade je ;)
konon-konon keluar malam tu nak cari barang buat bunga telur je
tapi last-last terjoin pulak orang shopping ;p
uish pekan sg. besar ni stay up sampai 10 malam bulan ramadhan ni
kalau hari biasa 7 malam pun dah tidur

dalam bulan ramadhan ni projek bunga telur bertandang dah berjalan
fasa pertama adalah 100 pcs bunga telur gantung
masih bunga stokin tapi size kecik
nak cepat dan mudah
abg cyg request 300 pcs
iyekan je la
sempat tak sempat belakang kira
try buat dulu kan ;)

moh kite tengok mock up bunga tersebut


ok tak??
hehe
bunga gantung ni kecik je tau
memang size yang comel je nanti boleh gantung dalam kereta ;)

ada lagi tambahan reben organza semalam nak bagi nampak gebu-gebu sikit ;D
pastu manik sesungut tukar gabungan puple dan putih
ikut tema la katekan :p

p/s ~ layan lagu raya jom!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...