Showing posts with label bunga felt pelamin. Show all posts
Showing posts with label bunga felt pelamin. Show all posts

Sunday, December 1, 2013

Tempahan Bunga Felt

Assalamualaikum
Tempahan bunga felt besar untuk 2014 telah dibuka
Harga : RM 15 sekuntum
Saiz : +- 8 inci 

#Cara tempahan :
1) PM di FB daku @ WhatsApp/Msg : 019-9762917
*strictly no call until delivery time ye :)
2) Deposit RM50 setiap tempahan 
-deposit burn bila batalkan tempahan

#Penghantaran :
Free COD sekitar Klang, Shah Alam, area UPM (weekend sahaja)
B2B luar Selangor especially Pahang dan Terengganu bergantung kepada masa daku balik kampung la ye
tak boleh janji tapi boleh usaha :)
Pos laju kurang praktikal sebab kos tinggi

ok jom cuci mata tengok bunga felt besar ni
antara tempahan tahun ni la
ada gak yang tak snap gambar
plus lupa nak mintak gambar dengan customer
yang pada pelamin ni adalah yang latest la 
customer baru a.k.a kawan baru 
dua kali dah tempah
tQ Emma!! ;D

Emma ni owner Emma Anggun iaitu bridal di Telok Penglima Garang, Kuala Langat
boleh klik Emma Anggun dan add FB beliau k :)
dari pelamin, make up, spa semua ada
cantik-cantik tau!
ehem, komisen sikit :p






yang bawah ni 
kerja kahwin Zai dan Ije bulan Mei yang lepas
yang ni memang under daku semuanya







p/s ~ cepat-cepat ye tempah slot, nanti tak sempat nak berbunga besar :p


Thursday, May 9, 2013

Kerja Kahwin : Zai & Ije, 4 Mei 2013, Raub (Tiffany blue + Pink)

Assalamualaikum
quick update tentang wedding job di Raub pada 4 Mei yang lepas
wedding member rapat semasa study UiTM dulu
kecik molek je orangnye ;)

daku dan partner berkampung di kampung beliau
malam tidur dalam kelambu macam baby
teringat lak kenangan zaman kecik-kecik ;p
eh, ok dah
quick update ape bebel camni -.-"

task kami adalah ;
i) mini pelamin nikah & sanding bersama photobooth props

  
 
 
 
 
  
 
 


ii) simple deco bilik pengantin



iiii) gubahan tapak dan bunga hantaran
; sirih junjung dan add on touch up oleh kakak ipar pengantin :)





Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
pengantin happy, famili beliau pun happy :D

p/s ~ slot untuk 2013 telah dibuka, PM daku jika berminat :)

Wednesday, February 6, 2013

Tutorial : Bunga Felt Besar

Assalamualaikum semua
maaf lewat lagi buat tutorial
sepatutnya publish selasa, tapi selasa MC pulak
batuk dah seminggu maka tonsil membengkak dengan jayanya
balik rumah makan roti telan ubat terus berdengkur sampai petang
malam pun tidur awal penangan ubat batuk
spekulasi pun timbul kat ofis kononnye ade orang baru -.-"
amin3..hehe

so hari ni jom kita tengok cara buat bunga felt yang besar ni
daku guna bunga felt besar untuk Pelamin DIY ni


ok ni adalah apa yang kita cuba buat hari ni ;)
sekuntum mawar bunga felt besar merah


Bahan-bahan :
1) Kain felt
(prefer yang lembut, kalau takde, yang keras pon boleh)
2) Gunting
3) Glue gam
4) Dawai bunga saiz 18 atau 20 (salah satu)
5) Pita pelilit bunga (warna ikut suka)
6) Bebola udang krismas (warna ikut suka)
7) Template (dalam gambar seterusnya)



Cara-cara : 
1) Potong kain felt ikut bentuk segiempat sama.
Daku takde ukuran tepat sebab takde pembaris.
Cuma ikut panjang dawai je.
Kebetulan sama pulak dengan petak tikar getah tu :p
So, saiz boleh adjust ikut keinginan masing-masing :)
Macam dalam gambar ni ada dua keping kain la.
Maksudnya untuk dua kelopak.


2) Lepas tu, potong petak tadi ikut template.
Template ni daku reka je.
Boleh lukis atas kertas pastu tekap je kat kain felt.
Template pink tu pon guna felt tapi yang nipis punye.


3) Potong ikut template sampai dapat 8 keping semuanya.


4) Gam dawai di belakang setiap kelopak.
Gam dari hujung ke hujung kelopak.
Tips : Buat garisan gam yang tebal dulu baru letak dawai.
Kalau rasa susah nak buat garis lurus freehand, garis dulu atas felt guna pen.
Pastikan betul kering baru ke next step.


5) Buat bentuk 'S' untuk 5 kelopak bawah. 


6) Cantum 5 kelopak 'S' tadi.
Lilit dawai guna dawai pelilit bunga sampai kemas.


7) Selitkan 3 kelopak last yang tinggal antara celah 5 kelopak 'S'.
Lilit dawai sampai kemas.
Lepas tu bentukkan 3 kelopak tu jadi bentuk 'S'.
Kembangkan dan adjust.


8) Step ni lupa nak snap gambar. Step letak bebola krismas tu.
Samada nak ikat guna dawai atau gam je terus kat tengah.
Ikut selera masing-masing k ;)

Jom cuci mata tengok bunga tempahan member baru-baru ni
Esok daku share pasal pelamin tunang DIY beliau ek..
 
 
 
So dah tau kan serba sedikit cara nak buat
maaf ye kalau ada yang kurang clear dan faham
sebarang soalan boleh tanya nanti daku update terus ok ;)

Wednesday, December 19, 2012

Review Nikah/Resepsi : Pelamin DIY

harini nak review la sikit
lepas godek-godek gambar dalam FB
daku dah pening nak review apa sebab gambar sikit je
hehe
so main lompat-lompat la review ni kan :p

so daku nak decide nak review big project dalam majlis ni
pelamin DIY
love my dais so much!!!!
daku suka sangat pelamin ni
sangat-sangat!!
sayang nak tanggal semua bunga-bunga tu :p

moh tengok gambar pelamin DIY kami ni
hasil usahasama keluarga ni
sepupu sepapat dan semestinya orang kuat abah terchenta
hehe

gambar agak banyak sebab excited nak tunjuk
hehe
layankan je la ye ;)
mula-mula idea asal nak buat backdrop simple je macam mini pelamin dari
Azmah Ahmad Wedding Deco & Events ni
siap dah bayar deposit dah nak sewa rangka backdrop tu dengan B2B Mila owner AAWD

 

tapi abah terchenta sudah pun mms gambar panel yang sudah dalam pembikinan
maka backdrop tu cadangnye nak pakai untuk makan beradap
tapi kesulitan berlaku bila nak pickup rangka tu
so takde jodoh la nak pakai backdrop tu -.-"


proses pemasangan dah start masa raya haji lagi
hehe
sebab taknak kelam kabut kan ;)
panel dan platform tu abah guna plywood je
lebar sekeping plywood la kiranye
kalau dah minat bertukang tu kejap je la siapnye
terharu sungguh tengok abah semangat masa ni
mujur dapat cover air mata :p

Photo


Photo


lampu dah nyala yeay!!
abah touchup cat mana yang patut
cat pun lebihan cat rumah dulu


Photo


mula-mula nyala sebelah je lampu tu
maybe wiring agaknye
tapi esoknye abah dah berjaya betulkan :)


Photo


pakej pelamin bersama tv
ko hado??
hehe
masa ni semua adik-adik kecoh
seronok sangat ada pelamin bertelevisyen :p
bila tutup tv rumah sunyi je, so cepat-cepat daku angkat tv pasang atas pelamin tu
hehe


Photo


ni sehari sebelum kenduri
hari jumaat
pak long pun excited nak tolong
hehe
abah memang gigih la menyelit nak paku kain dan bunga ;)


Photo

jumaat tu memang macam pasrah je bila tengok bunga felt tu
macam sikit sangat
sekali teringat ada buat bunga crepe
bunga tu untuk gantung kat khemah asalnye
tapi khemah dah ada scallop
maka jadilah bunga untuk pelamin
lepas sepupu-sepapat try and error cucuk guna safety pin
lepas terketuk tangan masa nak paku
siap jugak pelamin tu ;)


semua barang pelamin adalah milik sendiri kecuali kerusi, payung dan kain bulu
tapi kain bulu pun mama ada beli buat tambahan untuk tutup bahagian depan
in case kain bulu Kina tak cukup
nasib baik beli sebab memang tak cukup nak tutup tepi platform
hehe
nampak tak bantal tu??
gigih daku buat dulu
berjaya buat 8 biji je sebab dah malas
hehe
4 biji lagi landing dalam bilik pengantin

cuma satu je yang kurang
lapik kaki -.-"
masa ambik kerusi tak teringat langsung



 estimate kos untuk pelamin ni dalam RM500 lebih
nak bagi kos betul-betul resit ntah kemana
barang-barang pulak semua beli merata-rata
pasu kaca kat KK Home Deco Sacc Mall S.Alam
bunga-bunga plastik kat Cowboy Kuantan
ade sikit bunga tambahan beli kat Mydin Mall Terengganu
kain felt dan kertas Kedai Rika Sg. Besar
tirai ombre, kain jersey backdrop dan kain bulu  beli kat Kamdar Manjung, Terengganu dan Kuantan
krismas ball untuk bunga felt beli kat JJ Bukit Tinggi
nampak tak merata-rata tu??
hehe

untuk bunga felt yang besar tu
daku memang tiru dari pelamin Rumah Kebaya Malaysia
dah mintak izin ye nak tiru
hehe
kebetulan masa pergi sana tak jumpa lak dengan owner
so mintak izin dengan designer je la :)

p/s ~ sekarang dalam proses nak siapkan order bunga felt tu untuk tunang member next month
siapa nak order boleh roger ye ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...