Showing posts with label OP. Show all posts
Showing posts with label OP. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Tips bergambar

setelah blogger makin maju ni
inilah post pertama
ceh, gebang lebih ye dok :p

hari ni cuma nak share tips-tips menarik dari FB Terengganu's Wedding Photographer Directory

tidak tertumpu pada tips bergambar je
tips perihal majlis pun dorg share ;)



a) Jika anda ingin mengikut cara ISLAMIK dalam berfotografi perkahwinan. Ini saranan kami sebagai jurufoto.

1) tidak perlu lagi shoot makeup
2) tidak perlu lagi pose yang keterlaluan, cukup sekadar portret
3) lebihkan kepada group photo bersama keluarga & tetamu
4) posing gantikan kepada potraiture
5) outdoor session di lokasi yg lebih privasi
6) indoor session di katil, di pelamin, kurangkan, lebihkan kepada flow event sahaja
7) berhenti waktu untuk solat, beri laluan utk ibadat
8) elakkan berposing di masjid atau surau
9) sarung cincin, serah cek, serah hantaran semua di rumah
10) sesi kompang boleh tukar dengan selawat beramai-ramai
11) pakaian menutup aurat
12) sesi karaoke tukar dengan ceramah agama ringkas atau tips-tips perkahwinan cara Islam utk didengari tetamu. 
*inshaAllah akan cuba sedaya upaya ikut guideline tersebut ;) 

b) Ketika bersembahyang di masjid terpencil di Benta, Pahang, editor/admin TWPD terbaca adab majlis pernikahan di masjid. Salah satu daripad adab itu ialah, usah terlalu ketelaluan bergambar di masjid sehingga mengganggu jemaah atau orang lain yg sedang beribadat. Selesaikan dalam suasana yang sopan dan berhemah. Sekadar berkongsi :) 

*dah ada yang share kan pasal adab ni ;)

c) Outdoor photoshoot tidak semestinya anda lengkap dengan pakaian pengantin serba serbi. kadang-kadang untuk meraikan penyatuan anda bersama pasangan... realiti pakaian kita seharian itu lebih bermakna. Contoh, kalau anda doktor, why not dengan dress doktor itu anda buat post-wedding outdoor... pasti menarik dan berkonsep :D 

*sesiapa ada uniform boleh la kan..hee

c) 2 orang atau 1 orang jurufoto sudah memadai untuk majlis perkahwinan di rumah. Tidak perlu sehingga 4-5 orang photographer. Hanya akan crowdedkan majlis. Apatah lagi ditambah dengan jurufoto tidak rasmi (sedara mara, adik beradik dan kawan-kawan) majlis akan tampak kelam kabut, pengantin pun tak tahu nak tengok kamera mana :D 

*betul-betul..kalah artis dah time tu :p

d) Aturcara majlis ketika kenduri berlangsung juga boleh diselangi dengan ceramah ringkas agama atau tentang topik2 perkahwinan. Gaya begini boleh menjadi tren atau pilihan lain kepada majlis-majlis yg sekadar ada karaoke atau tarian-tarian. :) Kenapa tidak cuba ? kan best. 

*dah ada yang buat jugak kan ;)

e) Di Terengganu, kebanyakan kenduri kahwin atau majlis perkahwinan yg dibuat di halaman rumah menggunakan khemah. Cara untuk nampakkan khemas majlis lebih tegap dan kelihatan lapang adalah dengan meninggikan khemah tersebut sekurang-kurangnya melebihi 7 atau 8 kaki. Barulah orang yang duduk dihadapan sampai belakang khemah semuanya nampak jelas. Kebiasaan yang majlis di Terengganu, khemah dipasang agak rendah dan suasana kelihatan kelam. (kalau orang tinggi sikit, kepala pun boleh cecah renda/hiasan khemah). 
*ok noted :)

f) Nak gambar wedding anda lebih cantik ? selain cantik dengan baju dan pelamin... bagi saudara mara, sahabat anda, ahli keluarga dengan tema warna baju. Jadi bila dalam photoshoot... fuhh best warna sedondon atau seirama. Tengok sedap je mata memandang... :D 

*ada jugak suka baju warna warni kan ;)

g) Walaupun anda susah nak senyum tetapi bila dah nak kahwin tu, belajar-belajarlah senyum depan orang atau depan cermin dalam bilik air. Senyum sikit pun jadilah. Kan sweet dalam foto. :) 

*kena praktis ni !

h) Kalau anda ada port idaman untuk buat outdoor... nyatakan kepada jurufoto anda seawal yg mungkin. Mereka boleh recce (re-key) lokasi tersebut dan mencari angle terbaik. 

*kat mane ye -.-"

i) Kadang-kadang bila nak group photo dengan keluarga sendiri jadi sukar sebab masing-masing taknak beri kerjasama. Jadi itulah gunanya tentatif... tentatif akan membantu ahli keluarga anda spend masa 5 minit atau kurang utk sesi fotografi berkeluarga. 

*mintak tolong emcee buat pengumuman ;p

p/s ~ malu la nak posing lebih-lebih :p


Monday, March 26, 2012

My OP

akhirnya setelah puas survey dan compare mana yang patut
maka pencarian OP pun tamat ;)
cuma OV je belum tamat-tamat lagi
haha

so presenting my OP
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
eh, eh
jom intai gambar la dulu ye ;)

 
 
 
 

berbaloi dengan tawaran beliau
bawah 2.5k untuk cover nikah+resepsi (one day) , outdoor (next day) dan bertandang (seminggu kemudian)
yes :D
rasanya gambar-gambar pun ok kan
daku dan abg cyg pun tak cerewet sangat 
so tak cakap banyak bayar deposit booking tarikh;)
setttteeeell !! :D

owh so our OP is..
pixelpixphotography.net 
nak tengok gambar lagi boleh ke FB @ Wordpress beliau ;)

p/s ~ banyak lagi tak setel tapi virus M melanda -.-"
kawan-kawan tolong like SINI dan  SINI ye ;)

Tuesday, March 6, 2012

Pencarian OP & OV

erk
terus jadi pemalas
haha
dah selasa baru nak membebel balik

tapi pelik la blogspot ni
entry post jumaat tapi jadi hari sabtu
pelik-pelik
ah lantak la labu

sekarang tengah fenin fikir pasal OP nikah dan resepsi pulak
haiyoo..
OP idaman yakni OP tunang haritu macam tak available pulak
baru je nak hip hip hore kan

lantas pencarian OP diteruskan
kriteria OP mestilah hensem, eh
mestilah menepati bajet dan pandai capture moment
pastu nak yang kelakar jugak
tak la malu-malu nak bercengkerama  berposing
hehe
wah demandnye
demand ada sebab kan
yela, ada je orang purak-purak
hasilnya haprak

tapi kan
kebanyakan jurugambar yang komersial datangnye dari area KL/selangor
belah pantai timur ni kurang publisiti kan
tapi nasib baik daku jumpe T.W.P


yeay!!
ianya merupakan himpunan jurugambar area terengganu
so senang la nak survey kan-kan :D

OV pulak masa nikah
penting ni!!
kalau boleh nak minta tolong sanak saudara je
tapi takut mereka-mereka ni kusyuk tengok pengantin sampai handycam fokus muka tok kadi pulak
haha
takkan nak rewind lafaz nikah lak :p
kes naya ni 
apa-apa pun masa ada lagi
mari kita mensurvey sampai lebam!

p/s ~ kalau ada yang best tolong suggest k :p pemalas punye olang!! :D

Thursday, January 26, 2012

Review : E-Day - OP

tak tau nak mula dari mana
sebab baru dapat beberapa keping gambar jek
sangat puas hati dengan gambar-gambar tu
so, kita review photographer dulu la eh :D
haha
macam ape je mukadimah

sebelum entreprem OP
meh tepek gambar tunang dulu eh
semua yang ada dalam FB daku;)






 







haha
amek kau
ni je gambar yang ada dalam simpanan
sekarang dah boleh reveal OP :p

jeng3
mempersembahkan...
sepupu sebelah rumah daku sahaja


hensem tak beliau?? :D
haha
sori mie, kakda cilok gambar ;p

so, siapa yang berminat boleh kontek beliau di FB
berbakat budak ni walaupun freelancer;)

p/s ~ tak sabar nak buat pre wed ;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...