Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

Update sempena Ramadan Mubarak 2013

Assalamualaikum 
dah lama tak mencoret kat blog busyuk-busyuk ni 
biasa la vitamin M tu sentiasa bertambah je kan ;D
daku sekarang masih PJJ dengan cik abg cyg
asal petang jumaat je pecut ke Klang
bulan puasa ni balik awal pukul 4 petang memang heaven la
jemu gak life camni, harap-harap ada la rezeki dok sekali pas raya ni ;)

well, dah hari ke-9 kita berpuasa kan
salam Ramadhan semua!!
tertinggal keretapi pulak -.-"


so amacam puasa kali ni
dah upgrade apa yang patut??
sama-sama la kita ye baiki lubang-lubang yang kosong dalam hati
perlahan tapi istiqamah 

tahun ni berpuasa dengan Herbalife
Alhamdulillah energy konsisten sampai ke petang;)

macam tahun-tahun sudah, sehari sebelum puasa ada makan-makan kat ofis
sama la tahun ni
tahun ni menu lain la pulak kann
apekah menunye?


dari rumah bujang daku
menunya durian crepe dan puding kastad koktail je
bertungkus lumus dengan housemate merangkap ofismate, Yana
lain-lain menu ade kuew teow goreng, nugget, buah-buah dan almond london lagi
hehe


owh ni kuih raya 1st batch baru siap semalam
almond chocolate chip
sedap woo
untuk penggemar coklat ;)

projek biskut raya tahun ni daku share dengan Yana
sebabnye datang vitamin R nak buat biskut ni adalah kerana daku ade seketul oven dan seketul mixer
jadinye rugilah kalau tak guna sedangkan kelengkapan dah ada kan
sambil-sambil asah bakat buat biskut raya ni ;)
tapi yang order tetap ada cuma kurang la dari tahun lepas
kerepek-kerepek masih beli
sabak bernam kan syurga kerepek ;)

p/s ~ terima kasih untuk beberapa follower baru dan readers yang sudi singgah ;)
lebiu!

Friday, July 20, 2012

Hal-hal sebelum Ramadhan

wow!
tak percaya esok dah 1 Ramadhan kan
cepat sungguh masa berlalu
daku harap Ramadhan kali ini lebih baik dari segala segi
dan harap dapat setel banyak segi jugak la pasal kerja kahwin ni :D

apa-apa pun
selamat berpuasa la ye kawan-kawan
niat sebulan je terus k takut nyanyuk banyak fikir kan sekarang ni
hehe

ok ni hal-hal kecik before puasa




pekeliling cuti raya dan waktu bekerja dah dapat rabu lepas
nampak tak bos semangat nak raya tajuk sebut raya dulu :p
sama macam tahun lepas
masuk kerja diawalkan 30 minit
balik kerja diawalkan sejam
dan cuti raya 5 hari
hehe

sebab excited nak puasa tipikalnya mesti nak buat makan-makan kan
so rabu malam semangat la buat kuah kacang dengan si nad



satu kuali besar terus baru puas :p



siap masak dalam 11 lebih
saja tak nak crop masa & tarikh bagi bukti makan nasi impit kuah kacang malam-malam
gemuk la -.-'

esok kat ofis makan nasi impit dan laksa
dan dadih
nyum nyum
kalau rasa nak makan boleh la beli hari ni
esok tak la kempunan :D







so, selamat berpuasa sekali lagi ye
kawan-kawan yang balik kampung tu hati-hati k
kirim salam orang kampung :D

 p/s ~ rindunye zaman puasa masa study :(

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday!!


sila jangan main game Angry Bird okeh
cian mereka nanti terpaksa marah-marah
haha

p/s ~ preeeeee...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...