Showing posts with label bunga kristal. Show all posts
Showing posts with label bunga kristal. Show all posts

Monday, February 3, 2014

Bunga Telur Project : Bunga Pahar Eksklusif

Assalamualaikum
bunga telur project berjalan seperti biasa
setiap hari fikir nak siapkan design yang mana
sampai rasa semua nak buat, last-last satu pun tak jalan
normal la kan sejak zaman nak kawen dulu gitu la :p

sekarang tengah nak siapkan dan banyakkan sample sebelum tumpang display kat bridal kawan
ok sebelum tu nak terangkan kenapa bunga telur/pahar ni digelar eksklusif
hal ini kerana, ada material yang digunakan adalah lain dari yang lain dan berkualiti
selain itu, kekemasan setiap bunga diambil kira,
plus kreativiti
serta saiz bunga pahar ni pun lebih besar
bila letak kat pahar, satu pahar muat dalam 20-25 bunga je berbanding bunga telur biasa
memang eksklusif la untuk diberi kepada orang-orang istimewa masa majlis bahagia tu nanti

jadi wekeend lepas daku berjaya siapkan satu contoh bunga pahar stokin hydrangea
faymes bunga ni kan,
kata K.Shaja, ramai customer beliau minat betul bunga ni
memang repeat order


daku buat warna pastel pink dan pink belacan
stokin pink belacan sangat la susah nak jumpe
jenuh la nak cari kalau orang order
hehe
ade je mencelup stokin nanti

ok, yang lain-lain macam entri lepas
ada bunga dip daisy dan bunga pahar gantung kristal


sudi-sudikanlah panjangkan hasil seni daku ni ye ;)

siapa yang berminat PM daku laju-laju di FB
or 
WhatsApp saje ke 019.976.2917

p/s ~ rasa nak cuti tanpa gaji nak buat bunga banyak-banyak :p

Tuesday, January 28, 2014

Kelas dua hari bersama Shajaratul Design

Assalamualaikum
weekend lepas berjaya menghabiskan dua hari dengan menuntut ilmu baru
Alhamdulillah, dah bertambah ilmu sikit bab-bab buat bunga telur
sebelum ni buat main try and error je
belajar pun tak formal dengan orang kedai bunga
tapi bila masuk kelas lagi seronok 
banyak dapat tips penting
dapat kenal kawan-kawan baru yang sama minat 
yang penting dapat kenal dengan Kak Shaja yang banyak pengalaman

kelas 2 hari ni daku berjaya belajar 4 jenis bunga 
- Bunga Dip Daisy
- Bunga Dip Peonnies
- Bunga Dip Lily
- Bunga Kristal
skill nak mencelup dawai dalam dip pun dah improve
dah boleh celup tanpa lubang
yeay!
belajar mix warna dip serta dapat kenal serbuk ajaib bak kata Sarah

gambar memang tak sempat tangkap la semua dok tekun pintal dawai
mujur hari ahad Kak Shaja bawak kamera
jadi  daku cilok je la dari FB Shajaratul Design
semua gambar takde muka sebab semua pemalu kononnye :p


ni tangan Auntie Balqis, hehe
dok cantumkan bunga lily


3 bunga sepanjang 2 hari kelas,
bunga kristal yang gojes sangat, bunga peonnies, dan bunga daisy


daku interprem tangan je la ek, dah la gegar 
sibuk ape ntah padahal dah siap
berlakon je tu dengan Kak Has ;)

syukur sangat dah pandai buat bunga dip yang daku rasa nightmare nak buat
sebab dulu main try and error je
tapi terus terang cakap bunga-bunga yang daku belajar ni harganya rasa macam tak munasabah
tapi masa, idea dan workmanship yang perlu dinilai
serta hasilnya yang bombastik sangat ;)
siapa berminat nak cuba hasil kerja tangan daku boleh PM di FB or wasap je 0199762917 ;)


p/s ~ dapat buah tangan dari Kak Shaja, buku Mudahnya Menjemput Rezeki. TQSM kak ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...