Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Jom beli saham Bank Rakyat 2012

daku dah 
anda bile lagi 
Bank Rakyat, Saya Mesti Pilih!! :D
wah promote gitu kan

alhamdulillah akhirnya berjaya jugak daku beli saham Bank Rakyat
dah aim dari sekolah menengah lagi tau nak beli ni
sebab asyik terdengar orang cerita pasal dividen Bank Rakyat yang tinggi 
bab-bab yang mendatangkan untung ni memang daku suke la kan ;)

ok jom tengok syarat-syaratnye k
tadi tak sempat snap borang sebab alihkan kereta double parking
pak misai dah jeling-jeling :p


kalau kita rakyat yang baik so memang lepas syarat pun 
ade duit apply je ;)
yang penting isi borang, kepilkan sekeping salinan IC dan RM500 tunai ;)
tapi kalau takde akaun dengan Bank Rakyat, sila bawak duit lebih ye 
untuk buka buku akaun ;)

saham ni takde tarikh tutup
siapa cepat dia dapat
sebab tiap cawangan ade kuota mereka masing-masing
mujur kat Sg. Besar ni macam takde orang tau je 
sempat la beli
hehe
member yang bagitau pasal ni kerja kat kuantan
memang macam pisang goreng panas!

siapa yang dah ada saham ni boleh juga apply untuk tambah amaun 
tapi tunggu kelulusan dari HQ mereka la ;)

selamat bersaham :D
  
#imagefromGoogle :)



Thursday, March 29, 2012

Air Asia BIG Sale Is Back!!


more info log on to Air Asia ;)

walaupun nak terjah langkawi je untuk hornymoon daku
tapi tiket murah adalah penting sebab nak shopping ;D
haha
mungkin ma abah ikut sekali so kat sana sewa boleh sewa van la 
nasib baik ade ofismate orang langkawi so senang dapat info..
terbaekkk !! :p

tak sabar nak shopping!!
jangkaan daku pergi insyaAllah akhir bulan Januari 
sempat la kumpul duit after kenduri kan kan
abg cyg pun dah bagi greenlite 
hehe
eh rasa nak bawak pak mak mertua sekali la nanti ;)

p/s ~ kamu-kamu yang comey jangan lupe ye klik SINI & SINI ;)

Friday, March 16, 2012

Photography Contest

kawan-kawan yang berminat dalam fotografi boleh join ni :)
mana tau rezeki nak jadi pengantin kan :D



p/s ~ abg cyg jom join!! :D

Thursday, March 15, 2012

Prune Extract :D

oihh..
musim-musim hujan ni malas betul nak update 
ah salahkan hujan pulak
walhal takde story best kan

lagipu sibuk survey OP
memang sampai lebam la 
habis balik kerja terus on laptop yang baru nak rehat google cari potential OP
buat comparison table bagai
chat, emel, diskas-diskas
dan semalam dah dapat finalize!!
ok yang tu simpan dulu :D
nanti-nanti cerita 

sekarang daku tengah survey prune extract pulak
kebaikan prune pun banyak kan, antaranya :
~ Anti Oksidan yang tinggi (2 kali ganda berbanding berries)
~ Vitamin A dan Kerotin baik untuk kesihatan dan kecantikan mata
~ Vitamin A dan Kerotin membantu menentang jerawat dan menghasilkan kulit yang lembut
~ magnesium  membantu memberikan ketenangan kepada otot, menghilangkan tanda-tanda asma   dan kesakitan migrain
~ fiber tinggi  membantu mengurangkan berat badan dengan memberikan rasa kenyang yang lebih panjang

kan nak cantik kena la melabur sikit :D
tapi kena survey yang ok dan harga yang mampu milik  
ceh macam nak beli rumah :p

Brand's Innershine Prune Essence
siapa yang pernah minum ni??
daku pernah tapi sekotak je
haha
time ade promosi beli la nak try
sedap :D

harga : +- RM 24
kapasiti : 42 g x 6 botol = 6 hari
sebulan : RM 24 x 5 kotak = RM 120


MIKI Prune Extract
MIKI Prune Extract 
siapa pernah minum MIKI Prune Extract
first time baca kat sini
owh sebelum tu mari kita berkenalan dengan MIKI mouse ni

MIKI prune extract ni macam Innershine Prune Essence tu tapi lebih pekat 
daku bayang macam ubat batuk cap ibu dan anak
sebab cara consume pun lebih kurang
boleh telan begitu sahaja
atau bancuh dengan air 
MIKI ni keluaran jepun tapi buah prun dari california

MIKI Prune Extract - what's inside the box
3 kotak kecil dalam packaging kotak besar 
 harga : RM 130 sebotol / RM 330 sekotak besar
kapasiti : 280 gm x 3 botol

tak sebotol tahan lama mana
tapi kalau ikut logik mesti tahan lebih sebulan sebab pekat :p

nak berkenalan lebih boleh tengok sini
kebanyakan chineese yang minum ;)

so kawan-kawan yang ada pengalaman sila la share
daku tengah cari satu produk yang boleh diamalkan tanpa merabakkan poket :p
produk lain pun sila share ok ;)

p/s ~ kelab nutrisi dah stop sebab costly dan sekarang dah minum air 3 liter sehari ;D

#InnershineGoogleJe.MIKIhere 

Friday, March 9, 2012

Air untuk kurus

kesinambungan dari sini
ada beberapa orang
eleh dua orang je pon yang tanye iaitu Cik May & Munna :D

haha
takpe
consider daku menjawab soalan mereka la ye
konon nak buat entry semalam tapi kena pulak big bos datang terus meeting lantas pulang lewat menyebabkan mood hilang

oleh itu mari menyambung malam ini ;D
kawan-kawan suka minum air tak??
air apekah??
air manis ek??
nescafe kaw??
air bikarbonat berkarbonat??
isk3..
no no no
mak marah mak marah
tak elok tau

air memang elok sangat untuk badan since tubuh badan kita ni perlukan air
so the point key is kena minum banyak air
macam kikin cakap
"Nak senang turun berat badan,air kosong tu salah satu ubatnya"
tak caye??
baca sini
kalau tak dehydrated la kan
kulit kering dan kecut
takmo takmo

so daku dah buat kajian sikit
if kawan-kawan pergi free trial slimworld ke, london weight management ke or minum jus mate 5 ke
perkara pertama yang consultant dorang tekankan adalah minum air 3 liter sehari
kompem dah ni
sebab dah pergi dah trial tu :p
jus mate pulak dengar orang cerita
so, kita semua kena minum lebih 3 liter
tak boleh kurang
dulu kecik-kecik orang bagitau 2 liter kan??
tak berapa nak cukup tu
daku setuju sangat dengan 3 liter
sebab daku dah berjaya minum lebih :D

so camne nak minum sampai 3 liter
macam mustahil kan??
meh daku tunjuk cara;)

2 botol kat ofis
900 ml + 900 ml = 1800 ml
tak sampai 2 liter sebab dua-dua botol free
hehe
kalau beli sendiri kompem cari 1 liter ;)


daku suka minum dari botol sebab boleh target banyak mana
so sehari wajib habiskan 2 botol ni :)
kalau takde appointment kat luar sebotol kompem habis before lunch

ok, sekarang baki lagi 1200 liter tu nak cari mana??
sekarang daku join kelab nutrisi
hoho
banyaknye bebel baru sampai point sebenar -.-"
actually kelab nutrisi ni adalah tempat berkumpul untuk minum produk herbalife



paham kan??
hehe
konsepnya datang minum kat tempat yang disediakan
semua minuman owner kelab yang bancuh
sediakan duit je la
sekali minum RM 13
mahal la kan untuk minum je tapi kalau nak beli produk terus tanpa cuba lagi mahal kan?
sebab tak try dan tengok hasil
so kelab nutrisi ni ditubuhkan supaya kita boleh cuba sebagai permulaan
takde paksaan pun nak beli pakej produk ke
so daku suka konsep herbalife ni
lagipun memang dah lama nak cuba sebab orang cakap sedap shake dier :p
hehe

daku minum sekali sehari after balik kerja
so jom tengok apa yang daku minum
1) air aloe vera
rasa masam-masam
boleh hilangkan mengantuk :p
baik untuk usus
memudahkan usus terima nutrien penting
dan lain-lain *malas tulis hehe

2) teamix
 1 liter kena habiskan
haha
1st time minum rasa nak muntah
banyak sangat air masuk
2nd time sampai sekarang perut dah boleh terima
rasa kurang masam dari teamix
boleh bakar extra kalori
yes! :p
tadaaaa!! :D 
3) chocolate shake
 actually tak la sedap sangat
haha
manis buah je
rasa macam nestum je tapi sedap jugak sebab owner buat sejuk :p
kalau buat sendiri boleh la nak tambah buah-buah ke kan :)
banyak perasa lain rasanya
boleh google kalau nak tau :p
berasaskan soya untuk buat kita berasa kenyang ;)

last sekali minum lagi air masak segelas besar tu
haaa
mana tak cukup 3 liter kan??
terkucil-kucil sudah pasti
tapi best sangat sebab lawas ;)

actually daku minum sebab nak tengok kesan produk ni
nak cari cure untuk resdung dan eczema ni
setakat 5 hari minum ni badan rasa ringan
dan kulit rasa lebih moist especially tangan kanan daku yang tak pernah tinggalkan losyen ni ;)
salah satu sebabnye minum 3 liter air la kan ;)

selain tu herbalife ni sebenarnya nak ajar kita makan secara sihat
sebab lepas consume produk ni
perlahan-lahan kita boleh tinggalkan junk food especially untuk yang obes la kan :)
so bonusnya berat badan turun ;)
tapi kalau kita boleh control macam kikin tak payah consume produk pun kan
ofismate
owho
ni cik sufi
ofismate ku
harini dah 3 kali minum
beliau ni skinny sangat, ada resdung jugak
so kena paksa try :p
pastu beliau ni hantu nescafe
kalau tak minum sehari dapat migrain
tapi tadi beliau bagitau migrain tak datang walaupun tak minum nescafe ;)
lawas dah pasti kan :p 

eh enty ni bukan nak promote ye
cuma nak share :)
point penting adalah minum 3 liter air
kelab nutrisi adalah antara pilihan yang sihat je ;)

p/s ~ nanti daku bagi tips minum baki air 1200 liter tu selain minum herbalife :D

Monday, February 27, 2012

Kamu Lelaki Dayus??

share artikel dari  blogger NailahAzman 
cun juga kalau kawan-kawan sekalian share dengan tunang masing-masing
barulah cool ;)

Bila Lelaki Menjadi Dayus Menurut Islam?




Assalamualaikum.

Sesi berkongsi ilmu agama diteruskan dengan tajuk " Bila Lelaki Menjadi Dayus Menurut Islam? ".






Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :

  1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.   
  2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  4. Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.
  6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
  9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
  11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. 
  13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
  14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
 


Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.



Mungkin kita akan berkata dalam hati :




" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"




Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.




Awas wahai lelaki beriman!!! Jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.



Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.


Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.




Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :




من قتل دون أهله فهو شهيد




Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)




Cemburu dituntut Islam dan jangan marah jika ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan. 




Memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. 



Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.


Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.




Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.



Nabi SAW bersabda :


من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة 



Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 ) 



Sabda Nabi : 



وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله



Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : 

" Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" 

lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : 

"Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya ( Isteri dan anak-anaknya ). " - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Sumber adalah dari Nor Abdullah dan juga Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.


Sekian. Ma'asalamah!

Tuesday, February 14, 2012

Mas kahwin


" Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. " - (Surah An-Nisaa’: 4)

see, terengganu tak ditetapkan:)
nak letak seposen pun boleh
hehe
ramai la nak cari awek terengganu, kelantan, kedah, perlis
tapi boleh jugak demand sampai ribu-ribu kalau mampu ;)

p/s ~ kalau tolak kos kenduri dan sebagainya..alangkah bahagia poket abg cyg ;p


Friday, February 10, 2012

Hari-hari mahu

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

-.-"

eh..
macam wordless wednesday pulak
tepek gambar sekeping pastu senyap
hehek

kenapa ada gambar orang meraba massage tu??
tengok tajuk pastu tengok gambar
paham tak??
nak massage!!

dan yes semalam dah massage pun dengan mak jemah leha
beliau ni tukang urut a.k.a bidan kampung so best sangat makcik ni urut
lega urat-urat yang bersimpul
berderap tulang-tulang semalam
takde gambar sebenar sebab seksi sangat
bagi kain batik tapi serupa tak pakai
massage pulak tengah-tengah rumah -.-"
aish~

daku pergi dengan housemate berdua
si nad first time massage sebab sakit pinggang jatuh main air terjun thaipusam lepas
daku pulak dah jadi rutin tahunan dah
memang wajib la massage at least 2 kali setahun ;)
dan after kawen kena up lagi 3 bulan sekali 
tehee

sambil tengok nad kena belasah borak-borak la
mak leha pun bagi petua
hehe
i like la petua-petua ni ;)

pesan mak leha :
-sebelum kawen jangan amal jamu, dah kawen nanti bila bersama panas dan susah lekat (pregnant)
amalkan lepas bersalin especially perapat jenama air manchur (buatan indonesia)
mak leha cakap memang elok

-petua naik kan seri muka pulak : 
rebus 7 helai daun sirih yang bertemu urat dengan 7 cawan air
gunakan air rebusan yang hangat tu untuk cuci muka, mandi pon boleh katenye ;)

daun sirih bertemu urat : pangkal bermula tiap urat tu sama tempat
-perempuan kalau jatuh terduduk cepat-cepat pergi massage takut peranakan teralih
nanti susah nak pregnant jugak

-masa mandi, time sabun badan urut breast dari ketiak ke puting 
mak leha cakap bagi senaman elak breast cancer

hurm..
ape lagi ye..
tu je agaknya setakat yang ingat
haha
takyah la nak sensor sangat
baik untuk kesihatan kan :p

pesanan khas untuk daku pulak
mak leha tegur urat-urat hijau belakang pelipat kaki
bakal jadi vena varikos atau urat timbul

klik untuk baca ;)
owh huduhnye
so kena rajin massage kaki 
yes i like :p

p/s ~ mak leha ni walaupun umur dah 58 tahun tapi kulit masih firm..jeles-.-

#gambar:google&wanitasihat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...