Wednesday, October 17, 2012

Tuesday, October 16, 2012

Jahit manik baju melayu

  antara projek yang sedang berjalan
manik pengikat kasih ;)
ececeh
hehe



sibuk je siapkan baju abg cyg
baju daku masih di awang-awangan
dah dapat tapi rasa nak alter sikit
pastu rasa macam malas je nak jahit manik sendiri
tempah je la :p
takut tak terbuat je
semalam dah la mimpi nikah pakai baju tak siap
nightmare betul ;(

sekarang nak fokuskan siapkan bahan-bahan pelamin diy
abah dah siapkan platform
siap dengan panel lagi
beyond expectation betul
tak sabar nak tengok balik raya haji ni! :D
terharu tengok gambar paltform yang abah mms semalam
kadang-kadag rasa menyusahkan abah pulak ;(

p/s ~ oh my esok dah 17 October!

Sunday, October 14, 2012

Bunga telur bertandang dah siap


ingat tak bunga ni ;)
dah siap dah last week 
hehe
sebelum balik Pahang last week pulun cantum 50 pcs jumaat malam tu
habis cramp kaki bontot semua bersila mengadap bunga ni
sebenarnya ada lagi lebih dalam 40++
tapi MIL cakap dah cukup dah 
hee
lega-lega



selamat sampai rumah MIL
bye-bye sayang
jumpe time majlis bertandang ye ;)

p/s ~ bunga telur gantung dulu pun still ada baki tak bercantum
boleh la jual nanti :p

Baju bridesmaid dan pengapit

dah setel yeay!
dua orang dah bagi by hand yakni Yati sebab satu ofis,
Nad bagi masa angkat barang nak balik sepang,
Milia dan Ros akan di pos esok sekali dengan kad jemputan,
Fyruz next week inshaAllah by hand ;)

asalnye nak beli sama je sebab belum decide siapa jadi pengapit
last-last yang warna dusty purple ni tak cukup meter pulak 
kena la ambil warna maroon yang paling kena dengan tema 
sebab tu terus tau siapa jadi pengapit sebab ada orang suka baju maroon tu :p
mujur ada yang suka
hehe

so inilah baju bridesmaid dan pengapit
kain cotton sulam benang 
biar la harga menjadi rahsia
hehe
tapi daku rasa happy sebab dapat belanja kain ni
hope dapat la berbakti kepada mereka selepas majlis
hehe
pakai g ofis ke, kenduri ke :p

bridesmaid

pengapit
pemilihan bridesmaid ni pening jugak
sebab daku rasa nak letak semua kawan-kawan tersayang
dengan adik angkat la semua nak masuk list
haha
tapi last-last bagi kepada mereka yang selalu menabur bakti dan budi
hehe

Yati ofismate daku
Nad ex-ofismate dan ex-housemate
Milia bff masa form 6
Ros bff UiTM
Fyruz bff sekolah menengah

so semua kira wakil fasa kehidupan la kan :p
kecuali sekolah rendah dan tadika sebab dah jarang contact

p/s ~ mama cakap nanti baju bridesmaid overshadow baju famili banyak sulam :p 







Friday, October 12, 2012

Kedai tilam murah di Terengganu

dua minggu lepas balik Terengganu 
berjaya jugak beli tilam untuk bilik pengantin
mula-mula mama offer master bedroom sebab luas, complete toilet perabot semua
daku ok je aslnye tapi tolak offer tu sebab tersedar bilik tu tema biru!
tiles dan dinding semua biru
tak masuk tema
jadi bilik sendiri je masuk tema sebab dinding soft pink tapi tiles coklat
hee

so sebab nak guna bilik sendiri kena la beli tilam baru
tilam sekarang ni tilam sementara je
tilam span yang makin lama makin nipis tu
mama plan nak angkut tilam dari Pahang je lepas abah pencen
tapi nampaknya dapat tilam baru la pulak ;)

eh, melalut pulak
ok2
mari-mari berkenalan dengan kedai jual tilam murah ni ;)


gambar senget sebab kereta gegar
kalau tengok memang tak macam kedai kan??
hehe
memang bukan kedai pun sebab ni macam stor je 
tapi proses jual beli tilam boleh dilakukan ok 
tilam dorg letak tingkat atas
bila panjat tangga je seram jugak sebab takut lantai roboh
haha

tilam kat sini murah sebab dorg jual ikut harga borong
menurut auntie kedai ni kebanyakan kedai perabot area KT semua order tilam dengan kedai ni
even customer beli satu je tetap dapat harga borong
best kan ;)

cuma daku tak pasti dorg ada tilam superbrand macam SweetDream ke Vono ke
sebab tilam daku jenama GoodSleep je
hehe
tapi jenama tak penting 
yang penting daku dapat tilam foam saiz queen berketebalan 8 inci dengan harga RM380 je ;)
mula-mula auntie kedai tu cakap caj RM10 untuk delivery
tapi beliau tak caj pun masa abah bayar ;)


p/s ~ dapat tilam murah terus hilang sedih Cik Putih cedera langgar tiang rumah :p

Borang nikah Part 2

Alhamdulillah
proses borang nikah berjalan lancar
sebenarnya ada drama sikit tapi dah malas nak tulis :p
daku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada B2B yang komen dalam entri Part 1 haritu
sebab buat daku alert dengan HIV test
terima kasih gak buat Shizan mintak tolong confirm balik maklumat dalam entry tu :p
terima kasih jugak Cik Awin sebab push suruh call semua KK satu Sabak Bernam
hehe
daku konfiden je takde masalah dengan test tu rupa-rupanya satu Malaysia ada masalah
haha
daku dah tanya KK tapi maybe yang bagi maklumat pun tak update agaknye -.-"
walaupun 2, 3 minggu kebelakangan ni serabut sikit dek kerana HIV test tu
tapi semua dah setel akhirnya :)
result pun dah dapat khamis lepas
alhamdulillah negatif ;)



jadi isnin hari tu kami pun cuti lagi sebab nak hantar borang nikah belah lelaki
yang ni pun ade isu jugak sebab nak pengantin hantar sendiri
boleh hantar wakil masa ambil je
agak menyusahkan tapi sebenarnye puas hati bila hantar sendiri
kebarangkalian kena sabotaj adalah kurang
hehe
aiseh, cuti memang habis la tahun ni
kenduri nanti kena ambik cuti tanpa gaji la jawabnye --"

sekarang borang nikah belah lelaki ada pada abah
abah daku cakap nak hantar raya haji nanti :)
yeay! boleh la hantar sekali :p

p/s ~ mujur tok kadi ganti dah dapat
lega sangat!

Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday!!



Subhanallah
semalam dapat tengok dan snap gambar fenomena halo matahari
cantik sangat
tapi tak boleh tengok lama-lama, silau :)
sebelum ni daku pernah share pasal fenomena moon ring
adik beradik lettew! ;D

Monday, October 1, 2012

Bantal untuk pelamin

dah 1 Oktober dah --"
masa makin suntuk ni
tapi macam-macam nak buat kan
haishh..
sambil-sambil buat bunga telur bertandang
daku siapkan bantal bulat ni


comel kan
daku punye tak la secomel ini sebab
lepas siap jadi petak pulak
haha
tapi seronok buat bantal ni
rasa nak buat banyak kali sampai jadi bulat 
almaklumlah amatur pegang mesin jahit ;D


bantal yang tak berapa bulat ni ada 5 warna
setiap warna ada dua 
total ada 10 biji bantal 
satu bantal guna setengah meter kain 

isi dalamnye fiber
lilit tepi guna tali jut untuk bunga telur gantung bertandang
tengah-tengah bantal jahit butang bungkus guna perca kain sama

niatnya nak guna untuk pelamin nanti
letak kat sudut ke kan
tak pun dalam bilik ;p
hehe
lepas majlis letak kat rumah pulak ;)

hope jadi la pelamin rekaan sendiri tu ye 
hehe

p/s ~ Cik Putih cedera lagi --" memang Tragedi Oktober la.

Friday, September 28, 2012

Kasut resepsi/bertandang

Last week hari Sabtu daku dan abg cyg menyoping barang hantaran di Alamanda, Putrajaya
mula-mula nak pergi Sogo tapi rasa membazir duit minyak pulak pusing jauh lepas ambil adik kat UPM
makanye ke Alamanda la kita
walaupun Alamanda tu boring tapi dapat la kurangkan sikit nafsu membeli kan
eh, yeke?? :p

tak jugak sebab tak jumpe barang-barang yang berkenan maka esoknye hari Ahad sambung menyoping di Shah Alam
baru la complete semua siap terborong lagi pasu kaca untuk pelamin
daku beli kat KK Home Deco, Sacc Mall
terus jadi member la nak discount punye pasal

okeh barang hantaran review lepas majlis la ye ;)

Sebelum ni memang aim kasut yang ni
tapi takde jodoh la dengan beliau :(
jodohnye dengan kasut primavera aje
tapi lagi suka sebab lepas majlis boleh guna untuk kerja dan jalan-jalan :D

warna pink purple jadi pilihan sebab nak bagi matching sikit
tak tau la matching ke tak
haha
yang penting boleh pakai dua-dua majlis ;)
nanti kita kasi touch up la sikit ye
sandal/kasut ni selesa dan kemas
tapi pakai zapper tau macam budak-budak pulak
tapi tak kisah la asalkan ada kan ;)

warna brown untuk sang teruna
hehe
yela, takkan nak bagi pink jugak kan ;p
mula-mula nak cari kasut putih
tapi fikir lepas majlis memang tak pakai
makanye brown je la yang praktikal
hitam pulak rasa kurang menawan
orang kerja ofis sesuai la kasut hitam
cik abg cyg ni kerja pakai safety boot memang tak sesuai

so dah banyak jugak yang setel ni
nanti la update checklist ;p
minggu ni balik terengganu nak cari tok kadi baru --"
beliau dapat g mekah pulak

p/s ~ tengah tunggu result HIV..hope dipermudahkan.

Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday!!


current project ;D
bunga telur gantung dah siap 70 pcs
ade baki lagi tapi macam malas nak buat sekarang :p
so beralih arah ke bunga telur crepe paper pulak

p/s ~ bila la nak start jahit manik baju melayu abg cyg ni --"

Monday, September 24, 2012

Tips bergambar

setelah blogger makin maju ni
inilah post pertama
ceh, gebang lebih ye dok :p

hari ni cuma nak share tips-tips menarik dari FB Terengganu's Wedding Photographer Directory

tidak tertumpu pada tips bergambar je
tips perihal majlis pun dorg share ;)



a) Jika anda ingin mengikut cara ISLAMIK dalam berfotografi perkahwinan. Ini saranan kami sebagai jurufoto.

1) tidak perlu lagi shoot makeup
2) tidak perlu lagi pose yang keterlaluan, cukup sekadar portret
3) lebihkan kepada group photo bersama keluarga & tetamu
4) posing gantikan kepada potraiture
5) outdoor session di lokasi yg lebih privasi
6) indoor session di katil, di pelamin, kurangkan, lebihkan kepada flow event sahaja
7) berhenti waktu untuk solat, beri laluan utk ibadat
8) elakkan berposing di masjid atau surau
9) sarung cincin, serah cek, serah hantaran semua di rumah
10) sesi kompang boleh tukar dengan selawat beramai-ramai
11) pakaian menutup aurat
12) sesi karaoke tukar dengan ceramah agama ringkas atau tips-tips perkahwinan cara Islam utk didengari tetamu. 
*inshaAllah akan cuba sedaya upaya ikut guideline tersebut ;) 

b) Ketika bersembahyang di masjid terpencil di Benta, Pahang, editor/admin TWPD terbaca adab majlis pernikahan di masjid. Salah satu daripad adab itu ialah, usah terlalu ketelaluan bergambar di masjid sehingga mengganggu jemaah atau orang lain yg sedang beribadat. Selesaikan dalam suasana yang sopan dan berhemah. Sekadar berkongsi :) 

*dah ada yang share kan pasal adab ni ;)

c) Outdoor photoshoot tidak semestinya anda lengkap dengan pakaian pengantin serba serbi. kadang-kadang untuk meraikan penyatuan anda bersama pasangan... realiti pakaian kita seharian itu lebih bermakna. Contoh, kalau anda doktor, why not dengan dress doktor itu anda buat post-wedding outdoor... pasti menarik dan berkonsep :D 

*sesiapa ada uniform boleh la kan..hee

c) 2 orang atau 1 orang jurufoto sudah memadai untuk majlis perkahwinan di rumah. Tidak perlu sehingga 4-5 orang photographer. Hanya akan crowdedkan majlis. Apatah lagi ditambah dengan jurufoto tidak rasmi (sedara mara, adik beradik dan kawan-kawan) majlis akan tampak kelam kabut, pengantin pun tak tahu nak tengok kamera mana :D 

*betul-betul..kalah artis dah time tu :p

d) Aturcara majlis ketika kenduri berlangsung juga boleh diselangi dengan ceramah ringkas agama atau tentang topik2 perkahwinan. Gaya begini boleh menjadi tren atau pilihan lain kepada majlis-majlis yg sekadar ada karaoke atau tarian-tarian. :) Kenapa tidak cuba ? kan best. 

*dah ada yang buat jugak kan ;)

e) Di Terengganu, kebanyakan kenduri kahwin atau majlis perkahwinan yg dibuat di halaman rumah menggunakan khemah. Cara untuk nampakkan khemas majlis lebih tegap dan kelihatan lapang adalah dengan meninggikan khemah tersebut sekurang-kurangnya melebihi 7 atau 8 kaki. Barulah orang yang duduk dihadapan sampai belakang khemah semuanya nampak jelas. Kebiasaan yang majlis di Terengganu, khemah dipasang agak rendah dan suasana kelihatan kelam. (kalau orang tinggi sikit, kepala pun boleh cecah renda/hiasan khemah). 
*ok noted :)

f) Nak gambar wedding anda lebih cantik ? selain cantik dengan baju dan pelamin... bagi saudara mara, sahabat anda, ahli keluarga dengan tema warna baju. Jadi bila dalam photoshoot... fuhh best warna sedondon atau seirama. Tengok sedap je mata memandang... :D 

*ada jugak suka baju warna warni kan ;)

g) Walaupun anda susah nak senyum tetapi bila dah nak kahwin tu, belajar-belajarlah senyum depan orang atau depan cermin dalam bilik air. Senyum sikit pun jadilah. Kan sweet dalam foto. :) 

*kena praktis ni !

h) Kalau anda ada port idaman untuk buat outdoor... nyatakan kepada jurufoto anda seawal yg mungkin. Mereka boleh recce (re-key) lokasi tersebut dan mencari angle terbaik. 

*kat mane ye -.-"

i) Kadang-kadang bila nak group photo dengan keluarga sendiri jadi sukar sebab masing-masing taknak beri kerjasama. Jadi itulah gunanya tentatif... tentatif akan membantu ahli keluarga anda spend masa 5 minit atau kurang utk sesi fotografi berkeluarga. 

*mintak tolong emcee buat pengumuman ;p

p/s ~ malu la nak posing lebih-lebih :p


Wednesday, September 19, 2012

Maafkan daku

takde wordless wednesday
cuma nak minta maaf sebab dah banyak miss update blog ni
heheh

macam la orang kempunan nak baca kan :p

ok ok update sikit la 
hee
last weekend balik terengganu
hajat nak beli tilam tak kesampaian sebab tilam yang dikehendaki naik harga pulak
nanti lain masa mama belikan
berjaya beli sampin nikah je kat Pasar Payang
ala, gambar dalam fon :p
tunggu nikah je la eh

pastu susun perabot bilik pengantin
hehehe
seronok dua ronok pon ade :p

ok tu je la
eh, jumaat ni pergi bangsar buat HIV test
isk
dah rugi cuti tahun
terpaksa buat jauh sebab....
tapi nanti la cerita :p

owh lastly tahniah kepada pengantin baru!!
daku bw tapi tak sempat nak komen
mata dah berat ni ;D

Ya Allah bosannye entry takde gambar
maafkan daku lagi sekali ye ;)

owh paling last minta maaf tak dapat update tutorial lagi :(
minggu ni sangat sibuk ramai staf  takde 
maaf ye-.-'


Monday, September 10, 2012

Wedding Puan Nuha

ahad lepas
eh semalam la kan :p
daku dan housemate nad berkesempatan ke majlis bertandang B2B nuha
mula-mula ingat dah lewat sebab gerak dari Sg. Besar dalam pukul 12
sampai sana dah dekat pukul 1
singgah beli hadiah jap
singgah balut hadiah jap
cari rumah pengantin
last-last sampai lebih kurang dengan pengantin rupenye
hehe
senang je nak cari rumah sebab betul-betul taman dekat Tesco Kuala Selangor ;)



sampai je dekat khemah dah nampak guestbook corner yang shomel ni ;)
sempat la daku menconteng dalam kad ucapan yang shomel jugak tu
makin buruk la contengan daku sebab kad kecik tulisan bapak besar :p
malu la kalau nuha baca
tu pun kalau nuha paham
hehe :p

pastu ape lagi
sambil dengar orang berkompang
cepat-cepat ktorg beratur
dah standy perut dari rumah lagi
lapar gila :D



ni pinggan daku
banyak kan
haha
kebulur dah ni :p

nasi minyak ni sedap sangat
lembut je
lauk lain pun sedap :)



pencuci mulut ada bubur kacang hitam, kek lapis dan kek coklat
yang ni share k :p
Alhamdulillah memang puas hati la dapat makan
TQ sangat nuha dan aziz sebab bagi ktorg makan sedap-sedap :p

lepas tu g jumpa nuha
busy sangat pengantin sampai tak tau bila nak tegur :p

sempat snap nuha potong kek
mujur tak kena siku dengan photog -.-"


cantik kan pelamin bertandang nuha
daku nanti takde pelamin bertandang
huhuk


daku dan nuha yang kecik comel
nampak tak betapa gergasinye daku
budak pipi sekilo ni tak pernah nak kurang kilonye :(

lepas beramah mesra jap dengan nuha ktorg pun mintak diri
salam mak mertua nuha dapat doorgift ni :)
 
mabruk nuha dan aziz
moga berkekalan hingga ke jannah
barakallah :)

p/s ~ lepas kenyang sambung tengok wayang dengan mata yang berat :p

Friday, September 7, 2012

Borang nikah Part 1

hari ni daku nak update tentang borang nikah la ;)
memang borang nikah target nak setel lepas raya
yela sebulan sebelum nikah kan kena submit

makanya pagi raya ke3 terus ke Pejabat Agama Daerah Marang 
sebelum tu singgah rumah tok kadi tapi beliau takde pulak pergi nikahkan orang
tempah tarikh via phone je la jawabnye
mujur takde orang booking lagi ;)


sampai kat pejabat agama kena tunggu jap sebab ada sorang je staf 
dia tengah entertain orang lak
yela, raya ke3 kan
nasib ada orang ;p
nak tunggu hari lain tak boleh sebab kena balik pahang awal abah dah start kerja

abg cyg pun daku kerah suruh ambil borang hari tu tapi malangnye kat sana ofis tak buka lagi
so raya ke6 baru dapat ambil
sudahnya raya ke7 yakni hari ahad tu mula la kelam kabut suruh daku tolong isikan borang tu dalam kereta sebab nak tinggalkan borang tu kat ma dia untuk setelkan cop dan sign semua tu
nak masuk rumah tak boleh sebab ada kenduri jiran depan rumah beliau
yang hebatnya tak payah tunggu attach checklist semua
maybe bakal MIL ada kenal orang dalam agaknye
haha

tulis alas peha je -.-'
borang daku pun dah hampir siap isi
cuma bahagian saksi je belum
lupa nak tanya abah sape nak jadi saksi
mujur skill baca jawi tajam lagi
kalau tak kena mintak tolong adik la bacakan
hee
tapi semua tulis rumi je la takut silap eja kang naya :p





Jadinye sekarang tunggu masa nak buat HIV test pulak
Tunggu rajin la baru buat
Hehe

p/s - perlukan tangan sotong! nak buat banyak benda lagi ni :(

Wednesday, September 5, 2012

Wordless Wednesday!!


sebab tu la abg cyg nak beli rumah kat sabak bernam ni
tak pasal-pasal daku kena mastautin kat sini -.-'

Monday, September 3, 2012

Kad Kahwinku

kalau sebelum ni tengok draf je kan
harini daku tepek kad yang dah siap ;)
Alhamdulillah siap tepat seperti yang dijanjikan yakni hari sabtu sebelum raya 
hehe
dah tiga minggu dapat baru nak update kan 
mood nak update blog memang kelaut la sekarang :(

ok ok
meh tengok kad kahwin daku ye ;)


tak sangka ada kad kahwin sendiri :p
hehe
memang tepat la tindakan daku siapkan kad kahwin sebelum raya 
sebab famili abg cyg dah start edar untuk famili-famili jauh 
maklum la, time raya je la baru nak jumpe kan ;)

daku dapat extra 50 keping kad dari LH Creative
so total 1050 keping la jadinye

terima kasih kepada kesesakan jalan yang melanda masa balik raya hari tu
1050 keping kad berjaya dilipat dalam kereta ;)
sampai je Triang nak drop abg cyg semua kad dah boleh divide dua 

lipat melipat :D

p/s ~ lagi 2 bulan 14 hari, banyak lagi yang pending -.-'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...