Thursday, May 24, 2012

Petua buang angin dalam badan

semalam memang rasa tak sihat
lepas muntah
muka pun cemberut je
tapi kat ofis cover jugak pura-pura sihat 
hehe
jadi selepas amalkan sedikit petua yang terkumpul semalam
harini rase sihat dah :)
trimas kawan-kawan 

so jom share petua-petua buang angin ye
gerenti terkeluar angin :p

"Rebus halia dengan gula batu.minum panas2. InsyaAllah kalau amalkan hilang. Kalau nak moden sikit makan probiotic. Tablet atau air yogurt pun ok jugak."

sluuurpp!
selalu juga pesan teh/teh o halia kalau makan kat luar
sedap!
tapi kadang-kadang kedai guna kordial halia so tak pure halia


suka yang putih tu!
belum pernah try probiotic ;)
tapi kadang-kadang minum vitagen dan yogurt bliss ade probiotic kan 
hehe

"Minum yang masam-masam kot?"


boleh kurangkan loya dan pening 
boleh minum jus atau air limau suam tanpa gula
tak pun makan je limau kan
favret jugak ni ;)

"minum coke satu tin"

comelness!!
teringat member cari coke halia kat 7-11 ;)
eh, tak sure jenama coca cola ke ape :p
tapi berkarbonat dan perasa halia dan coke 
banyaknye dan -.-'


UPDATE !
Munn
"minum eno halia "


tak pernah minum lagi
dulu mama buat apam guna eno biase tu selalu curi minum :p

tQ semua ;)

p/s ~ tak sabar nak cuti! daku cuti esok dan 5 hari next week ;)
bye-bye blog ;)

 #gambardarigoogle

Wednesday, May 23, 2012

Monday, May 21, 2012

Tutorial : Ruffle Lampshade

ruffle lampshade versi daku ;)



mai kawan-kawan kita pakat hias lampu bilik pengantin nanti
baru romantik kan, kan?? :p


bahan-bahan :
1) gam multi purpose
2) paper cup
3) berus (nak sapu gam senang)
~ daku bantai je berus mekap




1) Leperkan paper cup.


2) Lipat dua, tak simetri pun takpe.


3) Lipat lagi.


4) Kepakkan.


5) Kepakkan kiri dan kana bagi ade bentuk wave.


6) Lipat hujung.


7) Sapu gam.


8) Pastikan gam dah separuh kering baru lekatkan paper cup.


9) Lekatkan ikut suka hati :p 
 
 


10) Taadaaa!!
 
Sekian, terima kasih :)

p/s ~ nak senang, bentukkan paper cup banyak-banyak baru lekatkan.

Sandwich telur scramble dan keju dan tuna

haha
teruknye nama kan
fail betul bagi nama



sandwich yang tak semenggah ni berjaya daku lahap ahad baru ni
nampak je huduh tapi sedap tau!
ada telur scramble + keju cair + tuna ayam brand
asyik-asyik makan roti wholemeal tawar je kan
sekarang dah ade resepi favret baru yang banyak kalori!!

p/s ~ jangan amalkan selalu :p

Thursday, May 17, 2012

Sakit Gigi

dah buat dah
dasar gigi sensitif
huh!

p/s ~ bikin orang marah saja.

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday!!

 
dah jumpe!! :D

&

Happy Teacher's Pet Day!!

selamat hari guru

p/s ~ rindu sekolah rendah, menengah, tingkatan 6 dan universiti :(

Tuesday, May 15, 2012

OST Seindah Sakura


Buatku Di Sana

Sering harungi sendiri kekurangan diri

Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia



Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah



*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa



**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati



Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana



[Ulang Chorus]



Ohhh



Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta



[Ulang *]



[Ulang *]

p/s ~ layan lagu ni pulak :)

#Sumber : di sini

Monday, May 14, 2012

DIY ruffle lampshade

projek hujung minggu daku dah berjaya
berdasarkan inspirasi ini :p
berkira-kira nak letak dalam bilik pengantin kalau ade tempat cucuk plug
haha

  




rasa tak aura romantik?? :p
bestnye tido malam-malam
hee
p/s ~ semalam abg cyg dah bebel bunga telur tak siap-siap lagi -.-"

Jom beli saham Bank Rakyat 2012

daku dah 
anda bile lagi 
Bank Rakyat, Saya Mesti Pilih!! :D
wah promote gitu kan

alhamdulillah akhirnya berjaya jugak daku beli saham Bank Rakyat
dah aim dari sekolah menengah lagi tau nak beli ni
sebab asyik terdengar orang cerita pasal dividen Bank Rakyat yang tinggi 
bab-bab yang mendatangkan untung ni memang daku suke la kan ;)

ok jom tengok syarat-syaratnye k
tadi tak sempat snap borang sebab alihkan kereta double parking
pak misai dah jeling-jeling :p


kalau kita rakyat yang baik so memang lepas syarat pun 
ade duit apply je ;)
yang penting isi borang, kepilkan sekeping salinan IC dan RM500 tunai ;)
tapi kalau takde akaun dengan Bank Rakyat, sila bawak duit lebih ye 
untuk buka buku akaun ;)

saham ni takde tarikh tutup
siapa cepat dia dapat
sebab tiap cawangan ade kuota mereka masing-masing
mujur kat Sg. Besar ni macam takde orang tau je 
sempat la beli
hehe
member yang bagitau pasal ni kerja kat kuantan
memang macam pisang goreng panas!

siapa yang dah ada saham ni boleh juga apply untuk tambah amaun 
tapi tunggu kelulusan dari HQ mereka la ;)

selamat bersaham :D
  
#imagefromGoogle :)



Sunday, May 13, 2012

Buat hal lagi


sabtu ahad ni hidung buat lagi
celik mata je dah achum achum
tangah taip ni pun sama
rasa terstop jantung-jantung semua
huh
hidung pun dah pedih dok tenyeh-tenyeh jek

tapi walaupun begitu
hee
projek hujung minggu tetap berjalan lancar ;)
beberapa orang dah tau dan teka dengan betul 
nak tengok hasilnye??
jeng jeng jeng

ruffle lampshade
ok fine
tak caye ek
memang la kan
sebab yang ni bukan daku punye :p

versi daku kontot je
esok la tunjuk k ;)
nak rest-rest malam ni
esok dah kerja -.-"
selamat bekerja! :D

p/s ~ mood DIY dah datang ;p

#imagebyShelterness

Thursday, May 10, 2012

Siapakah yg bertuah itu...by Nora Danish

malam ni bercontest je kejenye :p
ni last k
promise! 
hehe

Nora Danish yang comel dah ade blog tau ;)
siap anjur contest lagi 
dah la minat beliau memang wajib join la :p
nak join klik je sini ok 

suka ye pakcik ;)


"Saya meminati pelakon Nora Danish kerana beliau seorang yang natural pada mata kasar daku. Daku rasa beliau ni seorang yang optimis dan sangat tabah. Ibu muda yang sangat comel ni memang kalau pandang pun tak jemu, lagi-lagi sifat keibuan beliau sangat-sangat teserlah dengan kehadiran Rayqal. Kadang-kadang terfikir dan teringin nak tengok kehidupan beliau di luar kaca televisyen ;) Mesti seronok kan kalau Nora dapat share sesetengah perkara. Yelah, macam resepi, aktiviti dan petua-petua kecantikan beliau. Dan blog Nora Danish Dlover sangat tepat dengan inspirasi daku ;)

alamak, terskema pulak :p
takpela sekali sekala kan
hehe

dengan ini daku tag semua peminat beliau di alam maya ini :p



Blog alyzafisol.com Giveaway


tag :


1st Giveaway By Iena Eliena

baru sedar tag dari blogger Lina :p
sape nak join klik sini ;)


tag :

Wednesday, May 9, 2012

Makan-makan lepas berkursus kahwin

berdasarkan tajuk
makan-makan ni terjadi hari last kursus kahwin yang lepas
yakni pada 6 Mei 2012
kursus kahwin memang best la kan sebab nak kahwin :P

oit, melalut hape!
jom layan gambar JJCM ni
sebab boring hos JJCM baru sangat hampeh
moh la daku berJJCM syok sendiri

makan ABC di seksyen 2, Shah Alam ibarat mengimbau kenangan lama
ececeh
maklumla, port dating dolu-dolu :p
tapi dulu tempat teruk sekarang dah lawa

petang lepas je dapat sijil terus shoot sini dari JAIS
ala 5 minit je pun
terus g kedai ni ;)

ingat no tu ok ;)

 makan ABC la pe lagi kan
daku tepek gambar kecik dah la
kang ade yang telan air liur

abg cyg makan Special Chocolate Nut
 sedap! 
daku makan Kg. Tualang Tiga
tak faham tang mana yang tualang tang mana yang tiga
hehe
tapi licin jugak ;p

 lepas alas perut ronda-ronda cari pasal
makan malam pulak special sikit la
abg cyg belanje makan kat Ana Ikan Bakar Petai, Bangi
1st time berjaya makan kat Ana Ikan Bakar Petai ni
kalau balik Pahang, memang tak sempat la terjah kat Tanjung Lumpur tu
asyik silap timing je
datang-datang orang dah ramai
tapi kat Bangi ni masih terkawal sebab baru lagi kot
orang start ramai after isyak

eh, jom la layan gambar ye ;p

besar-besar belaka termasuk perut kamu cyg! :p
tugas pilih memilih bahan mentah beliau memang minat
bagus-bagus ;p

dari jauh dah nampak :p
posing sedas ;D
 masa ni perut dah lapar mintak penampar nasik
tapi cool dulu tunggu heronye si talapia bakar petai

full set 2 orang ;p
makan 2 orang tapi nasi mintak untuk 3 orang
haha
buruk lantak dua-dua ni -.-"
berasap!!
 lepas makan memang tersandar la kan
overall daku rasa ok la
tak la sedap sangat sampai termimpi-mimpi
lagi-lagi sebab takde tomyam putih kegemaran ;(
tapi lain kali kalau abg cyg belanje mesti pergi!
(counter balik kang dah tak nak ajak pulak)
hee



ok last but not least
kedai ni bukak tiap hari
5 p.m - 12 p.m
surau, toilet , parking dan playground kanak-kanak disediakan
boleh makan dengan ceria ;)

so nampak tak banyak kilo dah masuk dalam body ni
dengan itu marilah berdiet!
ganti puasa la weh!

p/s ~ sambil taip ni pun berpeluh-peluh penangan losyen halia bara..fuhh!

Wordless Wednesday!!


+


projek hujung minggu ini :D


Tuesday, May 8, 2012

Sunan Musafir Contest yang Sueperbs

luang masa join contest jap
bukan contest wedding k ;)
sape-sape nak join boleh terjah sini k :)


syarat-syarat :
  1. Buat satu entri bertajuk 'Sunan Musafir Contest yang Sueperbs'
  2. Copy dan paste gambar Sunan Musafir Contest tu dalam entri anda
  3. Link kan entri anda tu ke post ni
  4. Dalam entri tu ceritakan la sikit buku Ramlee Awang Mursyid yang paling anda suka, kenapa dan sebab anda nak dan patut dapat buku Sunan Musafir edisi kulit Keras ni.
  5. Tinggalkan link entri di ruang Komen 
ok sekarang nak jawab soalan no 4 :p
point 1st :  ceritakan la sikit buku Ramlee Awang Mursyid yang paling anda suka, kenapa


jawapan : semua buku RAM yang femes daku dah baca
kecuali Igauan Maut dan Pei Pan 
dah merata cari tapi tak jumpa
sape ada angkat tangan!! ;)

novel yang paling daku suka adalah novel ni ;)


Aku Darah Anak Malaysi @ ADAM
sebab ni novel RAM yang pertama daku baca
beli setelah terbaca time g rumah Pak Long masa darjah 6 rasanye
masa tu sepupu pinjam kat library kot
tapi berjaya beli masa dah sekolah menengah kalau tak silap
tiap tahun aim nak beli tau :p

buku ni best sangat sebab sekali baca je dah tak pandang novel cintan cintun
haha
tapi tetap baca yang jiwang-jiwang cuma tak kumpul la kan ;)
kumpul buku RAM ni rasa macam pakai kereta Subaru tau
rare! :p
melampau sangat ke?
haha
tak la sangat kan sebab beliau penulis thriller no. 1 negara ;)

daku juga berjaya mempengaruhi adik-adik layan buku RAM
so turning back bak kate orang putih :p
asal keluar buku baru mula la sms daku tanye dah beli ke belum

point 2 : sebab anda nak dan patut dapat buku Sunan Musafir edisi kulit Keras ni
jawapan : sebab daku dah kumpul semua siri trilogi yang best tu
so untuk sunan musafir ni daku dah Pre Order
insyaAllah esok nak bayar
tapi yang Pre Order tu bukan kulit Keras
jadi ibaratnye belum lengkap la kan ;)

lagi-lagi daku tak sempat nak terjah PWTC baru-baru ni sebab balik kampung & attend kursus kahwin :(
tak dapat jugak jumpe RAM
last Karnival Karangkraf pun tak sempat jumpe beliau -.-"
takde rezeki la tu kan namanye

hope kali ni ada rezeki
kalau takde pun saje-saje nak meriahkan contest ni :p
biar anak-anak daku akan datang tau ibu dorang ni gila novel thriller :p




Idea Doorgift

 hye hye semua
bulan Mei ni rasa macam serabut pulak
nak menulis pun sampai asyik tergendala je
minggu lepas balik kampung 
minggu baru ni attend kursus kahwin 
yeay! dah boleh kahwin la kan :p

pastu semalam cuti lagi pindahkan abg cyg ke lumut
eh, tolong pindahkan barang
apeda ayat
hee

ok tak yah nak mengarut sangat la
daku baru selesai fikir nak bagi doorgift untuk resepsi nanti
lepas banyak survey dan berfikir nak dekat 3 bulan ni
rasa macam dah tetap hati
guna je jar macam orang dah biase guna tu kan :)
tak yah la nak jadi trend setter buat lain dari yang lain
haha
kang tak jadi terus :p

so nak elaborate panjang-panjang pun malas sebab ramai dah tau function jar ni
macam-macam boleh letak kan ;)

ape ? nak contoh jugak ?
yela yela daku tepek gambar ye sayang

ni doorgift  Kina ;) cookies in jar.
daku fail attend wedding beliau sebab Cik Putih cedera
nak tumpang schoolmate yang lain pun agak jauh
so tak dapat la rase ;(

Cake in jar by Mysunshine Cupcakes
yang ni pun femes la sangat
daku simpan option ni untuk majlis cukur jambul anak nanti
haha
advance tak ?? :p
actually sebab ianya costly kan so juz untuk special occasion je la yang mampu :p



 Biskut cotek by Irenebakelove
yang ni sesuai untuk budak-budak kan
marshmallow pun selalu orang bagi 
biskut cotek ni ma daku yang panggil sebab ade secotek gula atas biskut tu :p
hehe

ok la, malas dah tepek gambar
berlambak je gambar kalau google tu kan ;)
eh nak lagi ?
ok yang ni last ye sayang..

hershey's kisses in nescafe jar by me :p
haha
tak mampu kan nak bagi orang so daku bagi diri sendiri jek :p

botol nescafe dan lain-lain  mason jar  tengah dalam proses pengumpulan
gila botol pulak dah kali ni -.-"

so ape yang daku nak isi dalam jar tu??
hehe
tunggu review lepas wedding la k ;)
maybe letak kuih telinga keling or penderam je kot
best kan! :D

lagi satu, daku tengah cari supplier air minuman botol yang murah-murah
sape tau sila share ye ;)

p/s ~ sape-sape ade idea doorgift gempak tapi jimat boleh share k ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...