Monday, August 27, 2012

Test blogger droid

Hye semua ;)
Kembali bekerja setelah seminggu cuti raya
Memang rasa lemau macam saki baki biskut raya
Hehe
Entri tak berfaedah sebab nak test blogger droid je :p

Sukses ;)

Thursday, August 16, 2012

Selamat menyambut bulan Syawal ;)

wah dah nak raya!
blog pun terabai je kan sebab puasa la kononnye :p

mood raya pun dah datang tapi still tak boleh nak lawan mood kahwin kan , kan
hehe
kat ofis pun dah siap gantung kad raya, kelongsong ketupat dan bendera Malaysia saiz kecik
jangan lupa ye bulan ni bulan Ogos 
merdeka raya la kita kan ;)

semalam berjaya buat 5 jenis kelongsong ketupat nasi
nak tengok??
best sangat dapat belajar dan buat 
rasa gian lepas dah pandai :D

dari kiri :  ketupat bawang,ketupat jantung, ketupat sintok, ketupat katak,ketupat sate  
ralit sangat buat sedar-sedar dah pukul 3 petang -.-'

siap bersila 
tula mahaguru kami
yang lelaki tu 
hehe
daku pandai basic je 
tapi lepas berguru semalam terus terer buat yang paling susah :p
ketupat jantung
fuhh
terbelit-belit tangan

Alhamdulillah tercapai dah cita-cita daku nak belajar anyam kelongsong ketupat ni ;)
tapi belum pandai bajet beras nak isi dalam kelongsing tu lagi
hehe

rasanye ni last update sebelum raya ;)
next week cuti seminggu 
makanya daku nak ucapkan Selamat Hari Raya 
maaf kalau ada tersilap tulis dan sebagainya
takecare ye semua ;)
hati-hati di jalan raya

p/s ~ kad raya Kak Long dah dapat , TQ kak ;)
kad kahwin Nuha pun dah dapat ;) insyaAllah sampai ;)

p/s/s ~ hope kurang la jem sabtu ni sebab cikgu cikgi dah start cuti ;)

Monday, August 13, 2012

Mock up bunga telur bertandang

Monday blues as usual.

haippp!
semangat-semangat!
nak raya dah kan :D
cepat sungguh masa berlalu kan dah nak raya dah
so how?
baju raya dah setel?
kasut?
duit raya?

hehe
tau dah mesti semua takde mood raya kan
mood kawen lagi hebat ;D

daku sempat la rembat jubah grey RM69 sepasang malam sabtu lepas
cukup la sepasang baju raya 
untuk hari pertama
hari lain pakai baju yang ade je ;)
konon-konon keluar malam tu nak cari barang buat bunga telur je
tapi last-last terjoin pulak orang shopping ;p
uish pekan sg. besar ni stay up sampai 10 malam bulan ramadhan ni
kalau hari biasa 7 malam pun dah tidur

dalam bulan ramadhan ni projek bunga telur bertandang dah berjalan
fasa pertama adalah 100 pcs bunga telur gantung
masih bunga stokin tapi size kecik
nak cepat dan mudah
abg cyg request 300 pcs
iyekan je la
sempat tak sempat belakang kira
try buat dulu kan ;)

moh kite tengok mock up bunga tersebut


ok tak??
hehe
bunga gantung ni kecik je tau
memang size yang comel je nanti boleh gantung dalam kereta ;)

ada lagi tambahan reben organza semalam nak bagi nampak gebu-gebu sikit ;D
pastu manik sesungut tukar gabungan puple dan putih
ikut tema la katekan :p

p/s ~ layan lagu raya jom!

Thursday, August 9, 2012

Draf akhir kad kahwin

Salam khamis ;)
woah! post terakhir pun khamis lepas
jadinye cukup seminggu la tak update kan
maafkan daku penunggu gua hehe
nak kata bz tak la sangat tapi daku nak salahkan line streamyx yang slow :p
blogwalking je mampu tu pun azab nak komen
loading je pastu retry pulak -.-'
ofis ke rumah ke sama dengan je

okeh now i'm back ade ke yang rindu ni??
TQ pada Cik Puan Nora sebab sudi singgah dan pesan suruh update
haha

bulan ramadhan ni progress memang agak slow tapi masih ada la sikit-sikit
weekend lepas plus cuti nuzul quran daku bertapa kat shah alam
konon nak shoping raya dan barang hantaran tapi malangnye gaji abg cyg pulak masuk lambat
maka berjaya beli mana sempat tercapai dek duit yang ada je la
 tapi yang tu tak kisah sangat

paling penting adalah kad kahwin
oit, dah separuh karangan baru masuk topik
haha
maap-maap
kad kahwin la paling crucial sebab daku target nak setelkan before raya
mudah nak bagi pada saudara mara dan kawan-kawan yang jumpe time raya nanti kan
jimat dah duit setem sebab kad kahwinku terlebih bajet sudah

ada jugak la drama cuak sebab daku selalu contact LH Creative ni
tapi mereka tak pernah contact balik
daku rasa telah di anaktirikan wuwuwu
sebab belum dapat draft walhal dah masuk 3 minggu
takut jugak tak sempat siap
sebab mula-mula designer cakap dorg tengah kejar nak siapkan yang bulan 8,9 punya
make sense la sebab daku kan bulan 11 tapi gatal tempah awal
haha
tapi dorg cakap dulu boleh siap bulan 7 maka memang tak mustahil la boleh siap awal kan
jadi tanpa kompromi daku pun selalu push dorg
akhirnya last week contact balik cakap draft dah siap tapi email dorg pulak problem
tak boleh attach
nak tak nak kena datang kedai
mujur weekend lepas memang plan nak g KL
so sabtu lepas setelah check dan betulkan apa yang patut
ahad tu dah dapat emel final draft
dah check banyak kali hope takde salah

now draft dah on the way printing
target siap 18 Ogos ni -.-'
memang betul-betul sebelum raya kan
dengan nak balik terengganu lagi
jem lagi
tapi takpe, ada la keje daku melipat kad dalam kete nanti kan
hehe

tapi apa-apa pun lega sebab dah setel dan ikut target time walaupun terbabas sikit :D
maka setelah membebel panjang lebar
daku tepek final draft ni kat sini sebagai rujukan dan kenangan hari tua

muka depan
envelop
inlay dua belah pihak
peta dua belah pihak

kosnye memang terlebih dah pun
 kes abg cyg sakit perut pada hari kejadian tak sempat dah nak survey lebih-lebih
tapi memang dah niat nak hot stamping dan emboss detail
tu yang tambah mahal tu -.-'

kos total :
RM 0.70 / pcs X 1000 keping = RM700
free 2 bunting

tapi LH Creative tetap ok cuma kena push sikit sebab dorg ni famous dan banyak job kan :p
p/s ~ jemputla datang kenduri daku ye :p

Thursday, August 2, 2012

Rezeki khamis

Alhamdulillah rezeki 13 Ramadhan untuk daku :)
alkisahnye jam 1 tengah hari pihak Stikerku.Com ada buat kuiz
hadiah dah tentulah stiker kan
1000 keping lagi :D

makanya daku pun beura-ura la nak join
tapi internet slow sangat plus laptop hang je kejenye
so masa nak join tu dah ramai la yang komen jawapan
jadi dengan tak berapa semangat komen jugak
siap dua kali komen sebab tergerak hati nak edit jawapan
tup-tup jawapan yang edit tu yang ikut skema jawapan Stikerku.Com :)



sangat la excited sampai berdebar-debar masa baca result
patut la berat hati je nak tempah stiker TQ tag ni
sebelum ni dah penah mintak quotation dengan dorg ni
masa tu dapat harga happy hour
tapi tak proceed sebab rasa macam berat hati je
mungkin hati dah tau hari ni nak dapat TQ tag free ;p

well, TQ tag ni dah ceriakan hariku
cewaahh
haha
sebab baru baik demam ni so semalam dan harini rasa sedikit moody
instinct daku hebat jugak kan?? :D

# update : hadiah adalah TQ tag bukan jenis stiker :p

hijau pun hijau la :p


p/s ~ tahniah jugak kawan-kawan yang dapat rezeki di bulan mulia ni ;)
p/s/s ~ dapat RM200 pulak untuk simpanan Tabung Haji :)

Wednesday, August 1, 2012

Wordless Wednesday!!


Alhamdulillah :)
harap dapat setel barang hantaran

p/s ~ harap semua dapat rezeki melimpah ruah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...