Monday, March 19, 2012

The Lorax dan weekend with famili

montag guys!! eh girls..:D
wuhuu
bersiaran dari rumah 
baru dapat menguasai laptop setelah adik-adik yang berdua tu dah pergi sekolah
kesian laptop yang uzur ni..
asyik kena hentam keyboard main lawan-lawan Goku vs. Ninja vs. Naruto dan sebagainya
sampai ada tambahan pulak bawah bookmark bar -.-"
nak buang camne ntah..

 

oii malasnye nak balik
harini ambil cuti suka-suka hati je
hehe
ala, bos dah cuti seminggu
bagi la daku cuti sehari :p
itu pun ade je yang mesej hal kerja..ceh

sabtu lepas hari bersama keluarga
lepak kuantan cari baju famili untuk wedding nanti
satu hal setel ;)
pastu belanja makan-makan kat tanjung lumpur
gambar makanan malas la tepek 
nanti terliur lak :p
yela dengan siakap 3 rasanya
pari bakar la
tomyam la
sotong celup tepung pulak
kerang rebus lagi
sayur campur 

haha
lapar tak?? :p
makan besar sempena bulan kelahiran mama dan adikku ateh
mama 24 Mac ni, ateh 18 Mac semalam :)
Happy Birthday orang kesayangan!!
mula-mula nak tapau kek tapi birthday boy asyik nak naik kete daku jek
camne nak nak singgah kedai kek..
huhu

pastu lepas maghrib pergi usha tiket wayang
nak lepaskan hajat budak loyar buruk ni
tak pernah tengok wayang
tiap kali daku balik tu je la requestnye selain donat big apple

jumaat sebut nak tengok John Carter
sabtu dah tukar nak tengok Seefood
last-last beli tiket The Lorax

 

The Lorax mengisahkan sebuah bandar bernama Thneedville
bandar ni bandar buatan sampaikan pokok-pokok pun daripada belon dan lampu macam pokok kat I-City la 
so takde pokok takde la oksigen kan
maka fresh air dijual dalam botol oleh syarikat si O'hare ni
botol tu sebijik macam botol air mineral yang besar tu

O'hare kontot
“The Lorax adalah sebuah filem animasi yang mengangkat plot cerita mengenai alam sekitar dan kepentingan hidupan hijau dalam dunia. Bayangkan, sejak zaman dulu pada 1971 lagi, Dr Seuss sudahpun memikirkan soal ini iaitu manusia terlalu tamak dan lupa diri hingga sanggup mengabaikan kehidupan lain termasuk pokok dan tumbuh-tumbuhan semata-mata untuk kepentingan sendiri.

“Audrey pula seorang gadis yang misteri dan berbeza kerana minatnya lain daripada orang lain hingga membuatkan Ted (lakonan Zac Efron) bersungguh-sungguh untuk mendapatkan perhatiannya. Saya meneliti watak dan karakter Audrey, ternyata ia memberikan saya perspektif yang berlainan sebagai seorang pelakon" ~ Taylor Swift

jadi hero adalah seorang budak bernama Ted (Zac Efron)
yang minat kat seorang gadis bernama Audrey (Taylor Swift)
so impian Audrey nak lihat pokok sebenar
jadi si Ted pun nak jadi hero kan kena la cari pokok tu dengan bantuan Grammy Norma beliau
Grammy Norma cakap kena cari The Once-ler
dari The Once-ler, Ted dapat tau siapa pemusnah pokok-pokok 
The Once-ler masa muda :D
The Lorax
 The Lorax ni la penjaga pokok Truffula tu
memorable quote dari The Lorax
'I am the Lorax, I speak for the trees '
daku suka sangat pokok Truffula tu
sangat comel dan fluffy
geram owh!
macam batang pokok kelapa dengan cotton candy

ok malas dah nak tulis sinopsis panjang-panjang
kalau nak puas hati sila tengok sendiri sebab baca kat sini tak sama :p
movie ni memang best
lagu-lagu pun best-best sebab movie ni boleh dikira filem muzikal
dan kelakar sangat
sesuai la bawak budak-budak ni :D

daku bagi 10 bintang sebab :
- 1st time bawak adik-adik tengok movie, 'tertengok' movie yang ada moral
- 3 ekor humming fish sangat comel dan banyak function..hehe..boleh berkokok tau :D
- Bar-ba-loots sangat la comey..brown bear yang suka makan mashmallow
- lagu-lagu dalam ni best-best!! keluar pawagam pun still humming lagu :p

owh tak tau la The Lorax ni sampai bila
kalau ada lagi sila la pergi tengok :D

"Unless someone like you cares a whole awful lot, nothing's going to get better. It's not."



p/s ~ tak nak balik -.-"

#sumbersini memorable quotessini

9 comments:

  1. hai, come over and take a look!

    ** DIY Project, sesuai untuk bride to be!! :)

    FREE PRINTABLES... JUST FOR YOU!

    http://everybodylies3.blogspot.com/2012/03/diy-how-to-make-paper-bow_19.html

    ReplyDelete
  2. huuu... satu sinopsis yang panjang... macam mana nak remove benda tu kat tab... senang saja... cari jer kat uninstall / remowe software tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..panjang lagi kalau rajin ni :p
      tak sempat cari dah hilang sendiri ;)hehe
      tQ izni;D

      Delete
  3. CM takde laptop nak share dgn adik dan ank buah lepas laptop yg baru beli tu kene kidnap..so now online kat opis je..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai..cian laptop CM..takde jodoh lak ngan CM..huhu
      kte kat umah dah ada laptop abah, pastu tambah lg dua laptop kte n adik..
      mana tak gila dorg main..sorg satu kan..hayoo

      Delete
  4. salam perkenalan dr saya, B2B dari kedah...

    sila jenguk my blog & join contest sy! :)

    http://pikapikah.blogspot.com/2012/03/my-first-contest-jom-join.html

    ReplyDelete
  5. alamak macam best je the lorax ni??? hari tu g tengok john carter..smpai tertido2..haha

    *tempah kat zack gak ke? bila pergi? lain kali bleh jumpa! wink ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. munna, best giler rasa xnak kelip2 mata tau tengok cite tu..
      la yeke..naseb bek adik tak jadi tgok john carter..mula2 dok sebut john carter je..haha

      a'ah ngan zack gak;) xtau la ble nk g..tngu fitting nti la kot..haha

      Delete

komen, jangan tak komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...