oihh..
musim-musim hujan ni malas betul nak update
ah salahkan hujan pulak
walhal takde story best kan
lagipu sibuk survey OP
memang sampai lebam la
habis balik kerja terus on laptop yang baru nak rehat google cari potential OP
buat comparison table bagai
chat, emel, diskas-diskas
dan semalam dah dapat finalize!!
ok yang tu simpan dulu :D
nanti-nanti cerita
sekarang daku tengah survey prune extract pulak
kebaikan prune pun banyak kan, antaranya :
~ Anti Oksidan yang tinggi (2 kali ganda berbanding berries)
~ Vitamin A dan Kerotin baik untuk kesihatan dan kecantikan mata
~ Vitamin A dan Kerotin membantu menentang jerawat dan menghasilkan kulit yang lembut
~ magnesium membantu memberikan ketenangan kepada otot, menghilangkan tanda-tanda asma dan kesakitan migrain
~ fiber tinggi membantu mengurangkan berat badan dengan memberikan rasa kenyang yang lebih panjang
kan nak cantik kena la melabur sikit :D
tapi kena survey yang ok dan harga yang mampu milik
ceh macam nak beli rumah :p
|
Brand's Innershine Prune Essence |
siapa yang pernah minum ni??
daku pernah tapi sekotak je
haha
time ade promosi beli la nak try
sedap :D
harga : +- RM 24
kapasiti : 42 g x 6 botol = 6 hari
sebulan : RM 24 x 5 kotak = RM 120
|
MIKI Prune Extract |
siapa pernah minum MIKI Prune Extract
owh sebelum tu mari kita berkenalan dengan MIKI mouse ni
MIKI prune extract ni macam Innershine Prune Essence tu tapi lebih pekat
daku bayang macam ubat batuk cap ibu dan anak
sebab cara consume pun lebih kurang
boleh telan begitu sahaja
atau bancuh dengan air
MIKI ni keluaran jepun tapi buah prun dari california
|
3 kotak kecil dalam packaging kotak besar |
harga : RM 130 sebotol / RM 330 sekotak besar
kapasiti : 280 gm x 3 botol
tak sebotol tahan lama mana
tapi kalau ikut logik mesti tahan lebih sebulan sebab pekat :p
nak berkenalan lebih boleh tengok
sini
kebanyakan chineese yang minum ;)
so kawan-kawan yang ada pengalaman sila la share
daku tengah cari satu produk yang boleh diamalkan tanpa merabakkan poket :p
produk lain pun sila share ok ;)
p/s ~ kelab nutrisi dah stop sebab costly dan sekarang dah minum air 3 liter sehari ;D
#InnershineGoogleJe.MIKI
here