Wednesday, July 24, 2013

Review Nikah/Resepsi : Bilik Pengantin

Assalamualaikum
bila mood nak menulis tu datang, mula la nak update blog
kalau takde mood, ke laut la blog ni

menyambung review wedding yang dah terbantut
sebagai kenangan dan tatapan kawan-kawan
daku persembahkan bilik pengantin daku
memang tak sempat nak mendeko-deko eric leong semua
simple je macam bilik tidur biasa
yang penting daku suka sangat dengan cadar tuh!
plus bantal-bantal bolat
masuk tema kan bilik ni :p

tambahan deko cuma pada tirai depan pintu, tirai pun sangkut dengan dawai je :p
melendut je ke bawah..haha

 

side table letak la pasu dengan pot pouri yang takde bau pon
dengan lampu tidur yang daku DIY lampshadenye
untuk tutorial klik je Tutorial Ruffle Lampshade ni k ;)
dekat dinding tepek gambar kanvas beli kat Mydin
 
  
 
 

pastu macam biasa la mesti posing dalam bilik kannn
manje-manje la sikit
hehe
 
 
 
 


ok la, itu aje
bye.

p/s ~ projectbaking malam ni adalah creampuff puff!!
esok nak bagi suami mam :)

Tuesday, July 23, 2013

Project Baking : Kek Karamel

Assalamualaikum
ehem
maaf la bulan Ramadhan je sibuk la nak tepek gambar makanan
ya ampun!
hehe
ok sekarang dah ade hobi baru
masak memasak dan baking membaking
hobi develop lepas kawen la sebab semua alat cukup kan
kalau takde alat-alat terus tak jadi pape kan ;)
saje la cuba-cuba resepi kan
bakat terpendam katenye..hehe

ok meh tengok apa projeknye
daku buat Kek Karamel ni Khamis minggu lepas
tak tau la kenapa rasa nak makan sangat Kek Karamel ni
padahal daku paling tak minat Puding Karamel 
tapi sebab ada kek, makanye terliur la pulak
projek ni usahasama dengan housemate daku, Yana
seronok ade geng ni


first time buat sangat la berdebar-debar
lagi-lagi bab nak buat meringue
nightmare tau meringue ni sebab sensitif
dulu pernah tengok cerita jepun tajuk Bambino lakonan Jun Matsumoto
best tau cerita ni, pasal Jun nak jadi chef
ade satu scene meringue Jun tak jadi kena buang je dalam tong sampah
start hari tu mula la goggle pasal meringue
dah lama nak buat tapi tak konfiden
sampai la datang fenomena Pavlova semua
dah geram dah nak ber-meringue
tapi rupanye jodoh dengan meringue masa buat Kek Karamel ni :p

opss terbebel sudah
jom la daku tepek resepi
kalau step by stepnye boleh la rujuk blog favret daku Masam Manis
inspired gila tengok hasil kerja Kak Ita 
salute sangat

KEK KARAMEL
resepi : Munirah Baharum
rujukan : Azlita Masam Manis


a) Gula Hangus 
2 sudu besar gula pasir 
Sediakan loyang 8 inc. 
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. 
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang. 
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. 
Ketepikan 

b) Bahan Karamel
1/2 tin susu cair 
70g gula castor 
1/2 sudu teh esen vanilla 
3 biji kuning telur 

Kacau susu dan gula hingga gula larut. 
Kacau telur dan esen perlahan. 
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. 
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. 
Ketepikan. 
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur. 
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

c) Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor 
3 biji telur kuning 
135ml air 
45ml minyak masak Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih. 
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

d) Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum 
1 sudu teh baking powder Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak 
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. 
Ketepikan.

e) Merinque 
6 biji putih telur (nota : daripada 3 biji telur sebelumnya - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning)
70g gula castor 
1 sudu teh krim of tar2 

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering 
Pukul putih telur hingga berbuih 
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku, kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh 
Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam adunan tepung (Adunan Kek 1 & 2) tadi. 
Gaul rata secara kaup balik 
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai. 
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.


Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink. 
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula. 
Akhir sekali dengan satu sudu. 
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven tukar pada suhu 160C. 
Gunakan api bawah sahaja. 

Kaedah Steam Bath 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi. 
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi 
Letakkan pada rak bawah dalam oven. 
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak. 
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama. 
Selepas masak  biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang. 
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. 
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk. 


Puas hati walaupun Kek Karamel daku belum perfect
puding agak lembik, maybe kena bakar lama sikit
Kak Ita yang hebat pun 7 kali baru perfect
daku haruslah 14 kali kot 
hehe
tapi rasanye yang manis-manis buah memang tempting!
cuba la ye ;)

p/s ~ nak pergi kelas bakeri tak sempat lagi. haish
p/s/s ~ mintak halal ye Kak Ita kopipes resepi. hehew





Thursday, July 18, 2013

Update sempena Ramadan Mubarak 2013

Assalamualaikum 
dah lama tak mencoret kat blog busyuk-busyuk ni 
biasa la vitamin M tu sentiasa bertambah je kan ;D
daku sekarang masih PJJ dengan cik abg cyg
asal petang jumaat je pecut ke Klang
bulan puasa ni balik awal pukul 4 petang memang heaven la
jemu gak life camni, harap-harap ada la rezeki dok sekali pas raya ni ;)

well, dah hari ke-9 kita berpuasa kan
salam Ramadhan semua!!
tertinggal keretapi pulak -.-"


so amacam puasa kali ni
dah upgrade apa yang patut??
sama-sama la kita ye baiki lubang-lubang yang kosong dalam hati
perlahan tapi istiqamah 

tahun ni berpuasa dengan Herbalife
Alhamdulillah energy konsisten sampai ke petang;)

macam tahun-tahun sudah, sehari sebelum puasa ada makan-makan kat ofis
sama la tahun ni
tahun ni menu lain la pulak kann
apekah menunye?


dari rumah bujang daku
menunya durian crepe dan puding kastad koktail je
bertungkus lumus dengan housemate merangkap ofismate, Yana
lain-lain menu ade kuew teow goreng, nugget, buah-buah dan almond london lagi
hehe


owh ni kuih raya 1st batch baru siap semalam
almond chocolate chip
sedap woo
untuk penggemar coklat ;)

projek biskut raya tahun ni daku share dengan Yana
sebabnye datang vitamin R nak buat biskut ni adalah kerana daku ade seketul oven dan seketul mixer
jadinye rugilah kalau tak guna sedangkan kelengkapan dah ada kan
sambil-sambil asah bakat buat biskut raya ni ;)
tapi yang order tetap ada cuma kurang la dari tahun lepas
kerepek-kerepek masih beli
sabak bernam kan syurga kerepek ;)

p/s ~ terima kasih untuk beberapa follower baru dan readers yang sudi singgah ;)
lebiu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...