Wednesday, December 19, 2012

Review Nikah/Resepsi : Pelamin DIY

harini nak review la sikit
lepas godek-godek gambar dalam FB
daku dah pening nak review apa sebab gambar sikit je
hehe
so main lompat-lompat la review ni kan :p

so daku nak decide nak review big project dalam majlis ni
pelamin DIY
love my dais so much!!!!
daku suka sangat pelamin ni
sangat-sangat!!
sayang nak tanggal semua bunga-bunga tu :p

moh tengok gambar pelamin DIY kami ni
hasil usahasama keluarga ni
sepupu sepapat dan semestinya orang kuat abah terchenta
hehe

gambar agak banyak sebab excited nak tunjuk
hehe
layankan je la ye ;)
mula-mula idea asal nak buat backdrop simple je macam mini pelamin dari
Azmah Ahmad Wedding Deco & Events ni
siap dah bayar deposit dah nak sewa rangka backdrop tu dengan B2B Mila owner AAWD

 

tapi abah terchenta sudah pun mms gambar panel yang sudah dalam pembikinan
maka backdrop tu cadangnye nak pakai untuk makan beradap
tapi kesulitan berlaku bila nak pickup rangka tu
so takde jodoh la nak pakai backdrop tu -.-"


proses pemasangan dah start masa raya haji lagi
hehe
sebab taknak kelam kabut kan ;)
panel dan platform tu abah guna plywood je
lebar sekeping plywood la kiranye
kalau dah minat bertukang tu kejap je la siapnye
terharu sungguh tengok abah semangat masa ni
mujur dapat cover air mata :p

Photo


Photo


lampu dah nyala yeay!!
abah touchup cat mana yang patut
cat pun lebihan cat rumah dulu


Photo


mula-mula nyala sebelah je lampu tu
maybe wiring agaknye
tapi esoknye abah dah berjaya betulkan :)


Photo


pakej pelamin bersama tv
ko hado??
hehe
masa ni semua adik-adik kecoh
seronok sangat ada pelamin bertelevisyen :p
bila tutup tv rumah sunyi je, so cepat-cepat daku angkat tv pasang atas pelamin tu
hehe


Photo


ni sehari sebelum kenduri
hari jumaat
pak long pun excited nak tolong
hehe
abah memang gigih la menyelit nak paku kain dan bunga ;)


Photo

jumaat tu memang macam pasrah je bila tengok bunga felt tu
macam sikit sangat
sekali teringat ada buat bunga crepe
bunga tu untuk gantung kat khemah asalnye
tapi khemah dah ada scallop
maka jadilah bunga untuk pelamin
lepas sepupu-sepapat try and error cucuk guna safety pin
lepas terketuk tangan masa nak paku
siap jugak pelamin tu ;)


semua barang pelamin adalah milik sendiri kecuali kerusi, payung dan kain bulu
tapi kain bulu pun mama ada beli buat tambahan untuk tutup bahagian depan
in case kain bulu Kina tak cukup
nasib baik beli sebab memang tak cukup nak tutup tepi platform
hehe
nampak tak bantal tu??
gigih daku buat dulu
berjaya buat 8 biji je sebab dah malas
hehe
4 biji lagi landing dalam bilik pengantin

cuma satu je yang kurang
lapik kaki -.-"
masa ambik kerusi tak teringat langsung



 estimate kos untuk pelamin ni dalam RM500 lebih
nak bagi kos betul-betul resit ntah kemana
barang-barang pulak semua beli merata-rata
pasu kaca kat KK Home Deco Sacc Mall S.Alam
bunga-bunga plastik kat Cowboy Kuantan
ade sikit bunga tambahan beli kat Mydin Mall Terengganu
kain felt dan kertas Kedai Rika Sg. Besar
tirai ombre, kain jersey backdrop dan kain bulu  beli kat Kamdar Manjung, Terengganu dan Kuantan
krismas ball untuk bunga felt beli kat JJ Bukit Tinggi
nampak tak merata-rata tu??
hehe

untuk bunga felt yang besar tu
daku memang tiru dari pelamin Rumah Kebaya Malaysia
dah mintak izin ye nak tiru
hehe
kebetulan masa pergi sana tak jumpa lak dengan owner
so mintak izin dengan designer je la :)

p/s ~ sekarang dalam proses nak siapkan order bunga felt tu untuk tunang member next month
siapa nak order boleh roger ye ;)


Monday, December 17, 2012

Sudah sebulan!

Assalamualaikum! ;D

wedding tickers

wah kejapnye masa berlalu
harini tepat sebulan jadi seorang isteri
masih banyak yang perlu dibaiki kan :)

Happy Monthsary sayang!! :)

so far semuanya berjalan lancar
rutin mingguan pun dah dipersetujui
jumaat petang gerak tidur kat Setiawan
sabtu tengahari lepas abg cyg balik kerja balik ke Sg. Besar
ahad petang pulak hantar balik ke Setiawan
fuh!
hope ada rezeki nak stay sama-sama
tak kisah la kalau kena jadi surirumah pun kan
hehe

mood review dah ada nih
insyaAllah esok daku cuba review mana yang ada gambar ye
terpaksa la skip ke majlis bertandang sebab yang tu banyak gambar orang tag kat FB ;)

p/s ~ sibuk kira waktu subur je sekarang :p


Tuesday, December 4, 2012

Sang suami

Assalamualaikum semua 
sangat la lembab update blog sekarang sebab streamyx dah potong
 line kat ofis pulak slow sangat
gambar pun tak banyak
hehe
nak review pun malas nanti ulang-ulang gambar mesti bosan
nak blogwalking pon susah
tak sempat lagi nak ucap tahniah kat B2B yang dah setel majlis :(
bagi yang dah setel tahniah ye!!
semoga kita menjadi isteri yang solehah, ibu yang mithali, anak yang berwawasan
eh, semangat lain macam pulak lepas kahwin :p

so harini cuma nak kenalkan wajah kesayangan hamba ni
gambar ni pun dari FB tag dari BFF
tapi memang gambar favret la
sebab posing sama je :p
nampak sangat kayu -.-"



ini lah imam solatku
tapi sempat jadi makmum kejap je masa cuti haritu
sekarang jadi makmum masa weekend je :(

awal-awal ni apa yang baru tentang sang suami adalah 
rajin sangat basuh baju
rajin masak
excited lengkapkan barang dapur dan rumah
gila petai & budu

hoho
rasanye semua B2B november sedang mengenali suami masing-masing kan ;)
good luck semua!! :D

p/s ~ masa untuk baby pulak kan :p



Saturday, November 24, 2012

I'm back!

teaser sikit :p
buat pengubat rindu
hee
 Alhamdulillah 
majlis 17 Nov 2012 berjalan lancar :)



p/s ~ gambar suami next entri la ye 
eh, dah jadi suami la :p


Saturday, November 17, 2012

Walimatulurus CikSusu

*STICKY POST*

Sempena sebulan lagi ke majlis yang penuh bermakna dalam hidup daku :)
Sukacita saya menjemput rakan-rakan blogger tersayang ke majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan daku dan pasangan yang bakal berlangsung pada ketentuan berikut :

MAJLIS SEBELAH PEREMPUAN

Hari : Sabtu
Tarikh : 17 November 2012
Waktu : Nikah | 9.00 pg & Resepsi | 12.00 tghri ~ 5.00 ptg
Tempat : Lot 924F, Kg. Surau Hj. Mat Zin, 21400 Marang,
Terengganu.
Koordinat GPS : N5 14.400 E103 06.417

MAJLIS SEBELAH LELAKI

Hari : Ahad
Tarikh : 25 November 2012
Waktu : 12.00 tghri ~ 5.00 ptg
Tempat : No. 310, Blok 16, Felda Sebertak, 28300 Triang, Pahang

" Ya Allah Ya Tuhan Kami, seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku. Titipkan kemesraan antara kami agar kebahagian kekal abadi. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari kehidupan sebagaimana yang Engkau kehendaki. "

Ikhlas dari ;
Fadhilah Syuhada & keluarga
Hasru Ezam & keluarga

p/s ~ # sila tinggalkan alamat di ruangan komen untuk penghantaran kad :)

Wednesday, November 7, 2012

Thursday, November 1, 2012

Selamat datang November :)

yeay!! dah November :p
tetiba hari ni rasa excited 
maka blog pun terupdate 
hehe


nampak tak 3 bulat tu
3 perkara akan berlaku :)
sebenarnye 4 termasuk hari ni 
hehe

hari ni 1 Nov genap dua tahun berkhidmat secara tetap
sebelum ni kerja paling lama pun 3 bulan pastu cari kerja lain 
hoho
nampaknya kesetiaan terserlah di company sekarang
cantik sikit dalam resume kan kerja dah dua tahun ni :p

well,
17 Nov inshaAllah majlis nikah dan resepsi
persiapan alhamdulillah masih teratur dan on track
cuma takde mood nak update
hee
tunggu review je la ek
sekarang mood nak menghitung hari je ;)

25 Nov pula majlis bertandang
masa ni dah seminggu jadi suami isteri kan :p
haha
seronok tau tiap malam berangan sambil countdown
angau jap rasanye :p

26 Nov lagi special sebab birthday abg cyg
wah masa tu birthday suami la kan ;)
alhamdulillah dapat celebrate sama-sama
tahun ni dapat hadiah special la
dapat isteri kan
hehe
kalau tak suka hadiah tu sila tidur luar! :p

bulan November pun ramai kawan-kawan yang kenduri kan
so, goodluck untuk semua dan 
Selamat Pengantin Baru in advance!! :D

p/s ~ debaran kian terasa ;)

Wednesday, October 31, 2012

Wednesday, October 24, 2012

Wordless Wednesday!!

dulu ada masuk giveaway dari zfcraftcorner (ZFCC)
alhamdulillah menang ;)
maka isnin lepas dah dapat hadiahnye 


guestbook yang comel!! ;)

p/s ~ mood melayang-melayang je sekarang -.-"

Wednesday, October 17, 2012

Tuesday, October 16, 2012

Jahit manik baju melayu

  antara projek yang sedang berjalan
manik pengikat kasih ;)
ececeh
hehe



sibuk je siapkan baju abg cyg
baju daku masih di awang-awangan
dah dapat tapi rasa nak alter sikit
pastu rasa macam malas je nak jahit manik sendiri
tempah je la :p
takut tak terbuat je
semalam dah la mimpi nikah pakai baju tak siap
nightmare betul ;(

sekarang nak fokuskan siapkan bahan-bahan pelamin diy
abah dah siapkan platform
siap dengan panel lagi
beyond expectation betul
tak sabar nak tengok balik raya haji ni! :D
terharu tengok gambar paltform yang abah mms semalam
kadang-kadag rasa menyusahkan abah pulak ;(

p/s ~ oh my esok dah 17 October!

Sunday, October 14, 2012

Bunga telur bertandang dah siap


ingat tak bunga ni ;)
dah siap dah last week 
hehe
sebelum balik Pahang last week pulun cantum 50 pcs jumaat malam tu
habis cramp kaki bontot semua bersila mengadap bunga ni
sebenarnya ada lagi lebih dalam 40++
tapi MIL cakap dah cukup dah 
hee
lega-lega



selamat sampai rumah MIL
bye-bye sayang
jumpe time majlis bertandang ye ;)

p/s ~ bunga telur gantung dulu pun still ada baki tak bercantum
boleh la jual nanti :p

Baju bridesmaid dan pengapit

dah setel yeay!
dua orang dah bagi by hand yakni Yati sebab satu ofis,
Nad bagi masa angkat barang nak balik sepang,
Milia dan Ros akan di pos esok sekali dengan kad jemputan,
Fyruz next week inshaAllah by hand ;)

asalnye nak beli sama je sebab belum decide siapa jadi pengapit
last-last yang warna dusty purple ni tak cukup meter pulak 
kena la ambil warna maroon yang paling kena dengan tema 
sebab tu terus tau siapa jadi pengapit sebab ada orang suka baju maroon tu :p
mujur ada yang suka
hehe

so inilah baju bridesmaid dan pengapit
kain cotton sulam benang 
biar la harga menjadi rahsia
hehe
tapi daku rasa happy sebab dapat belanja kain ni
hope dapat la berbakti kepada mereka selepas majlis
hehe
pakai g ofis ke, kenduri ke :p

bridesmaid

pengapit
pemilihan bridesmaid ni pening jugak
sebab daku rasa nak letak semua kawan-kawan tersayang
dengan adik angkat la semua nak masuk list
haha
tapi last-last bagi kepada mereka yang selalu menabur bakti dan budi
hehe

Yati ofismate daku
Nad ex-ofismate dan ex-housemate
Milia bff masa form 6
Ros bff UiTM
Fyruz bff sekolah menengah

so semua kira wakil fasa kehidupan la kan :p
kecuali sekolah rendah dan tadika sebab dah jarang contact

p/s ~ mama cakap nanti baju bridesmaid overshadow baju famili banyak sulam :p 







Friday, October 12, 2012

Kedai tilam murah di Terengganu

dua minggu lepas balik Terengganu 
berjaya jugak beli tilam untuk bilik pengantin
mula-mula mama offer master bedroom sebab luas, complete toilet perabot semua
daku ok je aslnye tapi tolak offer tu sebab tersedar bilik tu tema biru!
tiles dan dinding semua biru
tak masuk tema
jadi bilik sendiri je masuk tema sebab dinding soft pink tapi tiles coklat
hee

so sebab nak guna bilik sendiri kena la beli tilam baru
tilam sekarang ni tilam sementara je
tilam span yang makin lama makin nipis tu
mama plan nak angkut tilam dari Pahang je lepas abah pencen
tapi nampaknya dapat tilam baru la pulak ;)

eh, melalut pulak
ok2
mari-mari berkenalan dengan kedai jual tilam murah ni ;)


gambar senget sebab kereta gegar
kalau tengok memang tak macam kedai kan??
hehe
memang bukan kedai pun sebab ni macam stor je 
tapi proses jual beli tilam boleh dilakukan ok 
tilam dorg letak tingkat atas
bila panjat tangga je seram jugak sebab takut lantai roboh
haha

tilam kat sini murah sebab dorg jual ikut harga borong
menurut auntie kedai ni kebanyakan kedai perabot area KT semua order tilam dengan kedai ni
even customer beli satu je tetap dapat harga borong
best kan ;)

cuma daku tak pasti dorg ada tilam superbrand macam SweetDream ke Vono ke
sebab tilam daku jenama GoodSleep je
hehe
tapi jenama tak penting 
yang penting daku dapat tilam foam saiz queen berketebalan 8 inci dengan harga RM380 je ;)
mula-mula auntie kedai tu cakap caj RM10 untuk delivery
tapi beliau tak caj pun masa abah bayar ;)


p/s ~ dapat tilam murah terus hilang sedih Cik Putih cedera langgar tiang rumah :p

Borang nikah Part 2

Alhamdulillah
proses borang nikah berjalan lancar
sebenarnya ada drama sikit tapi dah malas nak tulis :p
daku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada B2B yang komen dalam entri Part 1 haritu
sebab buat daku alert dengan HIV test
terima kasih gak buat Shizan mintak tolong confirm balik maklumat dalam entry tu :p
terima kasih jugak Cik Awin sebab push suruh call semua KK satu Sabak Bernam
hehe
daku konfiden je takde masalah dengan test tu rupa-rupanya satu Malaysia ada masalah
haha
daku dah tanya KK tapi maybe yang bagi maklumat pun tak update agaknye -.-"
walaupun 2, 3 minggu kebelakangan ni serabut sikit dek kerana HIV test tu
tapi semua dah setel akhirnya :)
result pun dah dapat khamis lepas
alhamdulillah negatif ;)



jadi isnin hari tu kami pun cuti lagi sebab nak hantar borang nikah belah lelaki
yang ni pun ade isu jugak sebab nak pengantin hantar sendiri
boleh hantar wakil masa ambil je
agak menyusahkan tapi sebenarnye puas hati bila hantar sendiri
kebarangkalian kena sabotaj adalah kurang
hehe
aiseh, cuti memang habis la tahun ni
kenduri nanti kena ambik cuti tanpa gaji la jawabnye --"

sekarang borang nikah belah lelaki ada pada abah
abah daku cakap nak hantar raya haji nanti :)
yeay! boleh la hantar sekali :p

p/s ~ mujur tok kadi ganti dah dapat
lega sangat!

Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday!!



Subhanallah
semalam dapat tengok dan snap gambar fenomena halo matahari
cantik sangat
tapi tak boleh tengok lama-lama, silau :)
sebelum ni daku pernah share pasal fenomena moon ring
adik beradik lettew! ;D

Monday, October 1, 2012

Bantal untuk pelamin

dah 1 Oktober dah --"
masa makin suntuk ni
tapi macam-macam nak buat kan
haishh..
sambil-sambil buat bunga telur bertandang
daku siapkan bantal bulat ni


comel kan
daku punye tak la secomel ini sebab
lepas siap jadi petak pulak
haha
tapi seronok buat bantal ni
rasa nak buat banyak kali sampai jadi bulat 
almaklumlah amatur pegang mesin jahit ;D


bantal yang tak berapa bulat ni ada 5 warna
setiap warna ada dua 
total ada 10 biji bantal 
satu bantal guna setengah meter kain 

isi dalamnye fiber
lilit tepi guna tali jut untuk bunga telur gantung bertandang
tengah-tengah bantal jahit butang bungkus guna perca kain sama

niatnya nak guna untuk pelamin nanti
letak kat sudut ke kan
tak pun dalam bilik ;p
hehe
lepas majlis letak kat rumah pulak ;)

hope jadi la pelamin rekaan sendiri tu ye 
hehe

p/s ~ Cik Putih cedera lagi --" memang Tragedi Oktober la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...