Saturday, February 23, 2013

Review Nikah/Resepsi : Baju Nikah

Assalamualaikum
sambung review lagi ;)

baju nikah ada sedikit drama sebenarnya
tapi dah lepas pun kan ;)
barang yang lepas jangan dikenang kan, kan 

untuk nikah temanya grey + yellow + cream 
tapi tak tau la cream selit tang mana
haha

jom usha baju daku


baju nikah adalah berupa dress dengan kain belah tepi
tak tau nak describe camne :p
asalnya nak letak banyak sangat manik plus lace semua
tapi akhirnya cuma rasa nak simple je
sebab rasa dah habis banyak duit dah
haha
cuma letak lace kat veil je la


daku cuma buat crumble kat hujung lengan
dan kat belahan kain tu
and i love it very much!!
macam pakai gelang tau manik crumble kat hujung lengan tu ;)
tapi kat belahan kain tak berapa nampak sebab terberat ke dalam -.-"
patut buat kat kaki kain kot kan
hehe

owh daku ada buat bunga poodle yang besar untuk lekat kat tepi pinggang
tapi tangan lagi besar dari bunga 
bunga telah dianaktirikan


veil pulak beli kain chiffon kat jakel
buat halfmoon
jahit lace setengah meter 
dan tambah manik
kiri kanan hujung lace buat crumble sama macam hujung lengan dan belahan kain

shawl pulak lebihan kain dress 
potong dan jahit tepi saje

baju nikah lelaki jugak yang senang
baju melayu


daku tambah manik je
gigih daku jahit manik pengikat kasih ni :p
sampin pulak beli kat pasar payang 

ok tu je la, nak tengok Running Man ;)

Friday, February 22, 2013

Review Nikah/Resepsi : MUA

Assalamualaikum semua
dah lama tertunda review
meh la daku sambung balik
hewhew :p

nak review MUA resepsi
sangat puas hati!!
bagi B2B Terengganu terutamanya boleh cari Anis dari Fizanis's Bridal
tak sempat nak lenguh bontot pun mekap dengan beliau ni
sempoi je mekap sambil borak-borak 
sambil beliau jawab call
haha
tapi mekap tetap superb ;)

inilah beliau in action 
time ni tengah pakai lipstick rasanye


actually dah ramai guna khidmat beliau
macam Puan Mila terus ambil pakej lengkap
senang kan ;)

p/s ~ makeup dua kali nikah/resepsi dan sesi outdoor esoknye cuma RM250 ;)


Monday, February 11, 2013

Live dari rumah mertua

Assalamualaikum
sihat ke semua??
blog daku ni dah dilanda sindrom malas
hehe
so malam ni update la sikit

sekarang depan tv dekat dapur rumah mertua
tengah layan tv9 
channel adalah mengikut taste orang yang pegang remote kat ruang tamu
haha
nasibla kan dua tv tapi satu astro jek

aktiviti rutin macam ni la
tengok tv bersama mertua, akak ipar dan anak-anak sedara ;D
lepas makan malam adalah aktiviti bebas 
suami daku pon bebas la keluar dating dengan kawan beliau
owh, petang tadi aktiviti menggoreng rempeyek
berpeluh-peluh la jugak kan musim-musim hujan ni ;)

cuti CNY ni memang banyak kenduri kan
bersambung-sambung dari minggu lepas
selamat pengantin baru kepada kawan-kawan yang dah selamat menjadi isteri ;)

last week sempat hadir kenduri member sekolah kat Maran
setengah jam je dari rumah
dua-dua pengantin ex-classmate
tahniah Hani + Elmie!!


oit, daku duduk ye bukannye makin bantut -.-"

sabtu baru ni shoot balik terengganu bertiga dengan suami dan mama
sempat jugak sampai kenduri bffku Milia
beliau sewa pelamin daku tapi ada modified sikit-sikit
hehe
rasa macam nak sanding lagi sekali je tengok pelamin sendiri ;p


gambar vibrate pulak dah-.-"

tak dapat cari gambar full dalam fb beliau
hehe
ni masa nikah


ni pulak masa beliau sanding
nak sanding jugak rasanye!
hehe


ok otak dah cramp tak tahu nak tulis apa
ingatkan entry tak bergambar rupanye ada gak gambar kan ;p

p/s ~ esok sarapan nasi impit kuah kacang & rendang ayam hutan special dari dapur mertua..hehe

Wednesday, February 6, 2013

Tutorial : Bunga Felt Besar

Assalamualaikum semua
maaf lewat lagi buat tutorial
sepatutnya publish selasa, tapi selasa MC pulak
batuk dah seminggu maka tonsil membengkak dengan jayanya
balik rumah makan roti telan ubat terus berdengkur sampai petang
malam pun tidur awal penangan ubat batuk
spekulasi pun timbul kat ofis kononnye ade orang baru -.-"
amin3..hehe

so hari ni jom kita tengok cara buat bunga felt yang besar ni
daku guna bunga felt besar untuk Pelamin DIY ni


ok ni adalah apa yang kita cuba buat hari ni ;)
sekuntum mawar bunga felt besar merah


Bahan-bahan :
1) Kain felt
(prefer yang lembut, kalau takde, yang keras pon boleh)
2) Gunting
3) Glue gam
4) Dawai bunga saiz 18 atau 20 (salah satu)
5) Pita pelilit bunga (warna ikut suka)
6) Bebola udang krismas (warna ikut suka)
7) Template (dalam gambar seterusnya)



Cara-cara : 
1) Potong kain felt ikut bentuk segiempat sama.
Daku takde ukuran tepat sebab takde pembaris.
Cuma ikut panjang dawai je.
Kebetulan sama pulak dengan petak tikar getah tu :p
So, saiz boleh adjust ikut keinginan masing-masing :)
Macam dalam gambar ni ada dua keping kain la.
Maksudnya untuk dua kelopak.


2) Lepas tu, potong petak tadi ikut template.
Template ni daku reka je.
Boleh lukis atas kertas pastu tekap je kat kain felt.
Template pink tu pon guna felt tapi yang nipis punye.


3) Potong ikut template sampai dapat 8 keping semuanya.


4) Gam dawai di belakang setiap kelopak.
Gam dari hujung ke hujung kelopak.
Tips : Buat garisan gam yang tebal dulu baru letak dawai.
Kalau rasa susah nak buat garis lurus freehand, garis dulu atas felt guna pen.
Pastikan betul kering baru ke next step.


5) Buat bentuk 'S' untuk 5 kelopak bawah. 


6) Cantum 5 kelopak 'S' tadi.
Lilit dawai guna dawai pelilit bunga sampai kemas.


7) Selitkan 3 kelopak last yang tinggal antara celah 5 kelopak 'S'.
Lilit dawai sampai kemas.
Lepas tu bentukkan 3 kelopak tu jadi bentuk 'S'.
Kembangkan dan adjust.


8) Step ni lupa nak snap gambar. Step letak bebola krismas tu.
Samada nak ikat guna dawai atau gam je terus kat tengah.
Ikut selera masing-masing k ;)

Jom cuci mata tengok bunga tempahan member baru-baru ni
Esok daku share pasal pelamin tunang DIY beliau ek..
 
 
 
So dah tau kan serba sedikit cara nak buat
maaf ye kalau ada yang kurang clear dan faham
sebarang soalan boleh tanya nanti daku update terus ok ;)

Monday, February 4, 2013

Refreshing post

Assalamualaikum
dah masuk Februari 2013 pun kan
baru dapat mood dan kesempatan nak buat coretan
maaf sangat-sangat sebab review tertunda, tutorial pun tertunda
tapi sesiapa yang PM kat FB insyaAllah daku dapat reply dengan pantasnye ;)
siap bertutorial lagi kan 
hehe

cuma kat blog ni berat sangat la nak update
walaupun dah beli berukband
tapi bila balik kerja je badan dah letih
nampak tilam bantal je la kan

InshaAllah untuk pembuka 2013 ni walaupun dah lewat sangat
hee
daku up kan tutorial bunga felt ye sayang-sayang sekalian
mohon doa daku rajin malam ni :p

owh tak lupa pada follower baru dan silent reader baru
tQ sudi singgah blog bersawang ni 
tunggu daku terjah kamu-kamu pasni ye

baby pulak still in the making
hope dimurahkan rezeki ;)

p/s ~ dah 26 tahun pada17 Januari lepas bersamaan 2 bulan menjadi isteri..
kena lebih matured ni ;D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...