Wednesday, April 17, 2013

Ulang bulan ke-5

 
17 Nov 2012 - 17 April 2013
dah 5 bulan rupanya
sekejap je masa berlalu
kan :)

pencapaian setakat ni 10 kg lemak tepu je
muehehe
masih berulang alik setiap weekend
cuma arahnya dah bertukar
dulu ke Lumut
sekarang ke Klang pulak

belum ada rezeki baby lagi
mungkin elok jugak sebab masih berjauhan
tapi sentiasa berusaha ;)

daku sekarang dah mula ambik tempahan gubahan hantaran dan juga mini pelamin
mula dari kecil - kecilan dulu ;)
juga terima tempahan bunga felt besar ni
bagi yang takde masa nak buat boleh PM daku untuk tempahan

 yang ni hantaran untuk majlis 4 Mei ni
belum habis touch up lagi yang dalam gambar ni




daku juga buat mini pelamin dan bilik tidur
hope semuanya berjalan lancar
nervous pulak kan buat pelamin orang
kalau pelamin sendiri boleh la nak try and error


sekarang belum ada masa lagi nak promote betul - betul kat blog ni
internet slow terbatas betul nak update blog
dah la bloglist ada yang hilang
haish
nanti la godek-godek semula

eh, hari rabu sepatutnya wordless kan
abaikan je la ye :p

Tuesday, April 16, 2013

Review Nikah/Resepsi : Meja Makan Beradap

Assalamualaikum :)
asyik tenggelam timbul je review kan
blog pun asyik terabai
tsk -.-"

untuk meja makan beradap ni diselenggara oleh sepupu daku dan suami beliau
memandangkan si suami bekerja di resort jadi takde masalah nak menghias meja makan
pulak tu dorg memang pandai masak
serah je la pada yang pakar :)

daku puas hati sebab dorg buat macam tahap katering dah gayenye
hehe
set pinggan mangkuk semua koleksi mama dan sedara mara
pinjam je la kan mana yang tak cukup tu :)

meja setup bawah porch je sebab nak jimat khemah
porch pon luas jadi elok la penuhkan ruang

eh, jom cuci mata tengok makanan
seronok jadi pengantin tapi bab makanan pengantin tak sempat nak bedal
padahal makanan semua best kan
huhuk

 
 
 
 
 
 
 

ni la sepupu yang incharge meja makan beradap
comey kan ;)

masa ni semua dok serbu makanan pengantin dah
hehe

Kek buttercream ombre daku asalnya kat depan meja makan beradap
masa nak potong angkat letak depan pelamin :)

hoih
lapar la tulis pasal makanan ni
lepas kawen ni berat naik 10kg -.-'
nightmarenye

meh nak tepek gambar latest
ni masa kenduri Awin last month
bulats~


p/s ~ dalam misi diet bersama cik abg hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...