Tuesday, December 13, 2011

Injection kali kedua

Fuhh!!
baru boleh bernafas sikit
dari pagi tadi bz macam menteri
tula bahana kalau kerja 4 hari je seminggu
tambah2 daku kerja 3 hari je minggu ni
jumaat cuti
yeyayayaya!!

sape sedara mara yang rindu muka ni boleh jumpe kat rumah Pak Long ye
sempena meraikan sepupu bernikah mari kita ketawa berdekah3 (ape ni-.-)

tingtong sikit kepala ni sebab baru lepas kena inject
kat mane??jeng3
sebab ape??jeng3 lagi :p

kat mane mestila kat klinik
haha
ok maap2 kat tepi pinggul ni ha

sebabnye kaki kananku membesar bagai johan
dah macam orang sakit gout dah
angkara seekor lintah la ni
wuwuwuwu

sebab dah dua kali kena inject tahun ni so rase teruja nak cerita 
dah lame tak kena inject :D

kes injection pertama tahun ni jadi seminggu before raya puase tahun ni
angkara serangga ni!!

Kumbang Rove @ Charlie (nama nak hensem jek-.-)

jom share info ni :)

Nama Am : Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta : Coleoptera : Staphylinidae)
Spesies Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies Morfologi 

Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai “elitron”. Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.

Habitat Dan Tabiat Pemakanan

Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah – antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.

Kesan Pada Manusia

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

Nasihat Kepada Penduduk Yang Dijangkiti

Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

senang kata la
kumbang ni mendatangkan kesan lecur dan terbakar di kulit
contohnya kat muka daku ni-.-

teruk kan2-.-
hilang mood rayeku
tapi tiba2 ade feel macam Jack Sparrow
wuwuwu

so kes kali kedua adalah kerana seekor lintah!!
adakah darah manis nak bertunang menyebabkan perkara ini berlaku-.-
atau serangga di Sabak Bernam ni dengki ngan daku-.-

p/s ~ dah fobia dengan serangga kecil-.-

#picdaninfogooglesahaja

5 comments:

  1. perghh.kakda ke tu? teruk jugak eh

    ReplyDelete
  2. a'ah mizah..muka sebdirik la tu..wuwuwu
    dah macam pirate rye aritu-.-

    ReplyDelete
  3. ada...laen nmpk muka after kne ggt tu eh?

    ReplyDelete
  4. bawah mata kiri tu bengkak sikit..
    lgpon tak pakai spek len la..hehe;p

    nseb bek boleh cover ngan spek-.-

    ReplyDelete

komen, jangan tak komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...