Friday, December 30, 2011

Jumaat Terakhir 2011

Wakamaru wamakarallah wallahu khairulmakirin

Kita merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah juga sebaik-baik perancang.

Jumaat terakhir 2011.


Thursday, December 29, 2011

LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA

k.l.i.k s.i.n.i


jom kawan2 join ni
Cik Lulu ni selalu anjurkan segmen2 menarik;)
so kali ni nak join segmen "LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA"
hurm..
nape ye Cik Lulu nak kena review blog ni
meh3 daku list sebab2nye
hewhew

sebabs/reasons:
1) Blog ni agak suam2 kuku jadi nak bagi panas menggelegak dengan kehadiran readers dan followers..hehe
2) Blog ni bersifat fleksibel - personal tapi tak eksklusif
maksudnya segalanya boleh dikongsi bersama
bukan daku syok sendiri je (kadang2 boleh la :p)
3) Blog ni mempunyai info yang pelbagai - ape yang baik daku share;)
4) Nama blog Cik Susu lebih kurang macam Cik Lulu kan2 :p
5) Haih..takde sebab sangat sebenarnye..hehe..kalau Cik Lulu review, 
maka semangat daku nak berblog makin mantap!! :p

Sekian...

p/s ~ hari-hari terakhir 2011 ni rase lembam je-.-

Motivasi Diri

"Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting."

 (Dr. Shukri Abdullah)

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday!!




antara hasil mekap MUA yang telah dibooking:)
hope ok je nanti.
B2B Terengganu nanti boleh tunggu review daku akhir bulan januari nanti eh;)

Tutorial : Bunga Ros Kertas



Bahan-bahan :
kertas warna-warni, gunting/cutter, soletep, gam (missing in action)
Cara-cara :
1) Potong kertas sebanyak 3 bahagian secara melintang. 
Pastikan sama besar. Sambung tiap bahagian dengan soletep. 
Suka hati nak mix kaler or kaler sama.



2) Mula menggulung dari bucu atas kertas.


3) Gulung-gulung-gulung dan gulung sampai agak panjang dalam 2 inci.
Nak kemas boleh gulung sambil lekatkan dengan gam.


4) Lipatkan kertas ke belakang.



5) Tangan kanan terus menggulung. Tangan kiri stay.
6) Terus gulung sampai tinggal sedikit lipatan.
7) Tangan kiri lipat kertas ke belakang.


8) Sama dengan step 5. 


9) Sama dengan step 6.
10) Sama dengan step 7

11) Sila la ulang step2 di atas sampai habis kertas ye. 
Sambil buat ejas2 bahagian kelopak. 
Tolak kelopak ke atas sebab kertas keras susah lentur.
Tolak bagi rapat dan kemas;) 
Kalau nak kemas boleh gam antara kelopak.

12) Taaadaaaa!!! :p

p/s ~ kalau tak jadi buat banyak kali sampai dapat skill..nanti baru senang nak folo tuto bunga telur reben organza even tutonye tak buat lagi :p



Tuesday, December 27, 2011

Bunga Ros Kertas

ni la hasilnya kalau takde keje
bukan takde keje cuma mood cuti masih melanda-.-
ampunkan daku big boss..huhu

comey tak?? cantik tak?? :p
haha..
agak comey tuk ruang candy buffet
hatta nak buat centrepiece pon boleh
tapi pastikan tema yang sesuai la kan
kalau wedding tema tradisional a big nonono ye;)

semua bunga telah dirembat oleh ofismate 
nak letak dalam kereta katenye..
hehe

p/s ~ tangan dok gatal nak diy je ni..good2..;)
















Apakah Istihadah?

selama daku akil baligh ni Alhamdulillah takde masalah berat berkaitan isu kewanitaan
cuma sejak 2 bulan kebelakangan ni daku mengalami istihadah
bulan lepas dan bulan ni period terlebih-lebih hari 
pastu kejap ade kejap takde dah macam chipsmore lak
so daku nak share info sikit la pasal istihadah ni
maybe ada segelintir dari kita ni kurang peka atau terlupa ;)
jom baca ramai2 :)
Pada umumnya, darah yang keluar dari rahim wanita dianggap darah haid kerana lazimnya mengalir mengikut putaran bulanan. Namun selain itu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan darah itu keluar tidak mengikut putarannya, maka ia dianggap darah istihadah.
Apakah itu darah istihadah? Istihadah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid dan juga bukan dalam tempoh nifas. Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, istihadah ialah darah yang keluar terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar dalam sebulan.
Daripada takrif yang dikemukakan di atas, terdapat dua keadaan istihadah iaitu:
Keadaan pertama: darah yang keluar tanpa henti-henti.
Keadaan kedua: darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci, apakah aku perlu meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak, itu adalah darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Manakala riwayat daripada Hamnah binti Jahsy, ketika datang kepada Rasulullah s.a.w., dia berkata: “Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami istihadah yang deras sekali.” (Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Bagaimana Mengenali Istihadah
Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah:
1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam.
2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari.
3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun.
4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.
Keadaan Wanita Mustahadah
Dr. Abdul Karim Zaidan membahagikan keadaan wanita mustahadah kepada empat seperti jadual di bawah (turut disertakan ialah cara-cara menentukan sama ada itu darah haid atau istihadah):

Keadaan
Haid
Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau Istihadah
Tamyiz (Membezakan)
Adat
Pertama
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah yang berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya darah yang berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap istihadah.
Kedua
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira menggunakan kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari, maka hari ke-8 adalah istihadah.
Ketiga
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat kebiasaan wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh mengikut kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang hampir sama dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat atau lain-lain pertimbangan.
Keempat
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan adat sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam tempoh biasa haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.
Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat:
1. Tamyiz diutamakan.
2. Adat lebih diutamakan.

Hukum-hukum Istihadah
Memandangkan istihadah bukan darah haid dan dianggap darah penyakit, maka hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mandi hanya perlu setelah tamat tempoh haid.
Bagi wanita yang berada dalam keadaan istihadah juga, mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Namun mereka perlu berwuduk bagi setiap kali solat yang hendak ditunaikan. Ini berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Perlu diingat bahawa wanita mustahadah perlu berwuduk untuk satu solat, bukan satu wuduk untuk dua solat. Ini bermakna, wanita mustahadah tidak boleh “menyimpan” wuduk bagi solat Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.
Selain itu, wanita mustahadah juga perlu membersihkan darah istihadah itu setiap kali sebelum berwuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Dalam konteks zaman kini, penahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru, darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah untuk satu solat.
Mungkin bagi wanita yang telah berumah tangga, mereka tertanya-tanya, apakah boleh mereka “bersama” suami? Menurut Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berkata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Namun hakikatnya, tiada sebarang larangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat dalam hal ini. Jadi, berdasarkan hukum wanita mustahadah dibolehkan solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat bahawa mereka boleh bersama suami.
Rujukan:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.

p/s ~ gembira sangat dapat tau member 1 bilik hostel uitm nak tunang sama tarikh ngan daku;) 
bday kami pon selang sehari je..hepi 4 u ida;) 

#artikeldariTelagaBiru

Giveaway first opening dippy Lyn’s collection

 jom kawan2 semua kita join GA by beeflyingtohoney
hadiah grand sangat la
i like!! :p

daku nak tag my semsas frens
&

"Pemenang utama untuk first opening dippy Lyn’s collection akan memenangi bunga dip pahar berharga lebih RM250"

p/s ~ berdua lebih baik..dah dua org je kt ofis ni-.-

Counting days

5 days to 2012
22 days to my bornday
28 days to engage

dear 2012
make me a person
dear january
be good to me 

come to me
 pronto!!
ich liebe dich Hasru Ezam Mat Razali ;)

p/s mood lembam, sawan dan cintan2..hehe

Friday, December 23, 2011

Shoutbox expiring ;(

no more free service
bak kata entri ni
 blogger Dhiera pesan kalau singgah sila la komen;)
same goes to me 
komen di alu-alukan :)

p/s ~ arini isytihar demam-.-



Thursday, December 22, 2011

Bunga Telur Reben Organza

semalam sempat buat ni sambil tengok tv
hehe :D
rase bagus sangat la konon
boleh la amek tempahan
kikih :p







p/s ~ belajar DIY dari sekarang!! :)

lots of lurve :P
Posted by Picasa

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday!!

sekitar majlis perkahwinan sepupu
Rokiah Ahmad;)

senyum simpul jek pengantin..
payung kuning jenama YINN :D
alala..tomey nye:)
famili paklong..tak cukup lagi ni..tak muat 10 orang adik beradik..
cucu paklong lagi..
famili daku..tak cukup dua orang..baru perasan:p
nenek kami!! ktorg panggil mokwe:D
bukan karaoke ni tau tapi bagi ucapan;p
ngumpat ;D
baru perasan kamera..hihi
lagi dan lagi
mama.daku.fatin
hero of the day..budak mata bulat!!
mata kuyu pulak ;D
bulat lagi terkujat kena cium..hiiee
dan lagi kena cubit pipi lak :D
fik karaoke sampai ujan-.-
lawan sape lagi mata bulat??
eh lagi?? tomey la kamu!
lesung pipit!
pengantin lama..
mokwe.abg din.paklong
bertandang Kg. Awah
famili paklong maklong sikit, famili daku wakil mama dan abah jek ;)
sedondon gittew :p

paklong.maklong
balik time!

ahli rombongan kenduri cik kiah ;p

farah si model rubber tree 
sape tak kenal rubeer tree angkat siku!
p/s ~ tak sabar nak tengok kemeriahan kenduri kawen sendiri ;p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...