Assalamualaikum
selamat hari Isnin semua
dah minggu kedua bulan Disember dah
kejapnye masa berlalu
nak update blog pun tak sempat
nak snap gambar barang-barang yang nak disewakan pun tak sempat
niat ada tapi tak terlaksana je
apa-apa pun di sebalik kemalasan dan kesibukan
daku sempat luangkan masa pergi kelas bunga dip, demo sirih junjung dan gubah duit mas kahwin
makanye sabtu dan ahad daku pergi berguru dengan yang pakar
owh siapa B2B atau ex-B2B yang tak kenal Kak Shaja rugi la
hasil tangan dia semua cantik-cantik
meleleh air liur menengoknye
tengok dalam facebook pun dah kagum kan
daku dapat tengok live dan pegang memang tambah kagum
kemas je bunga-bungaan beliau
memang kena la dengan harganya
ramai dah tau kan
hari Sabtu daku attend kelas ni la,
siap diskaun lagi yuran dapat RM150
daku pun agak bertuah sebab sepatutnya 5 orang tapi yang datang 2 orang je
daku dan seorang lagi, Kak Has
memang RM150 untuk sehari suntuk belajar bunga dip memang puas hati
Kak Shaja dah la peramah memang tak bosan langsung
dok gelak je
ni la hasil seharian
hehe
Ahad pulak kelas setengah hari je sebab cuma demo sirih junjung dan belajar gubah duit mas kahwin
percuma je
walaupun percuma tapi banyak tips-tips bisnes dari Kak Shaja
kelas percuma ni pun tak ramai
yang datang dalam 10 orang je sedangkan yang bagi nama 25 orang
hehe
bagus gak tak ramai senang absorb ilmu :)
dah dapat sekuntum bunga ros semalam
tahun depan adik daku kahwin bab duit mas kahwin dah setel la ;)
yang nampak bawah badan tu Kak Shaja ye
kecik molek je orangnya
sweet je
beliau tak suka publisiti, jadi daku bagi tengok tangan dan kaki je la ye :p
bulan Januari next year daku dah booking nak attend advance class ni
hope takde aral melintang patah
sangat tak sabar!
InsyaAllah ada masa dan kesungguhan daku cuba try pergi sebanyak mungkin kelas
tapi dah pergi kelas kena la praktis nanti lupa kan
rugi pulak bayar mahal-mahal :)
p/s ~ lain rasanya bila jumpa orang yang berjaya, cakap semua ada isi dan motivasi