Saturday, October 15, 2011

Doa Orang Teraniaya

semalam adalah hari Jumaat
hari yang sepatutnya memberikan keberkatan lebih dari hari lain
Jumaat juga sebagai penghulu segala hari ~ Saiyyidul Ayyam
segala kebaikan hari Jumaat boleh kita cari dalam zaman serba pantas ini

tapi daku bukan nak berkongsi tentang hari Jumaat
tapi Jumaat semalam daku telah berkonsi keperitan dan kesedihan sahabat2 yang daku sayangi
mereka dengan tegar telah berkongsi rahsia ulung cinta mereka terhadap seorang lelaki
daku rasa Jumaat semalam antara hari yang walang bagi mereka setelah tiada lagi keceriaan
keceriaan mereka hilang kerana seorang lelaki yang tidak pandai menilai dan menghargai 

buat sahabat2ku 
daku harap keperitan dan kesedihan kamu berdua terubat dengan sedikit kata semangat dariku
tiada apa yang mampu daku lakukan dari jauh
hanya titipan kata semangat dan doa buat pengubat kesakitan

Doa Orang Teraniaya

Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Alam Nasyrah." Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".

Doa orang yang teraniaya

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat puladapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.

ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya..


3 comments:

komen, jangan tak komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...