Monday, October 31, 2011

Cik Putih dh sembuh!!

at last Cik Putihku dh sembuh tapi terbang gak la duit RM450 (duit denda)+ RM350 cmtu (servis) = RM800..

atoyai..fenin la..
huhu..
tapi rindu Cik Putih=.=

Wednesday, October 19, 2011

post from samsung galaxy tab

Hehe,sje.gatal.online gune member pnye smsung galaxy tab,cambesh jek,kukui

Saturday, October 15, 2011

Doa Orang Teraniaya

semalam adalah hari Jumaat
hari yang sepatutnya memberikan keberkatan lebih dari hari lain
Jumaat juga sebagai penghulu segala hari ~ Saiyyidul Ayyam
segala kebaikan hari Jumaat boleh kita cari dalam zaman serba pantas ini

tapi daku bukan nak berkongsi tentang hari Jumaat
tapi Jumaat semalam daku telah berkonsi keperitan dan kesedihan sahabat2 yang daku sayangi
mereka dengan tegar telah berkongsi rahsia ulung cinta mereka terhadap seorang lelaki
daku rasa Jumaat semalam antara hari yang walang bagi mereka setelah tiada lagi keceriaan
keceriaan mereka hilang kerana seorang lelaki yang tidak pandai menilai dan menghargai 

buat sahabat2ku 
daku harap keperitan dan kesedihan kamu berdua terubat dengan sedikit kata semangat dariku
tiada apa yang mampu daku lakukan dari jauh
hanya titipan kata semangat dan doa buat pengubat kesakitan

Doa Orang Teraniaya

Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Alam Nasyrah." Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".

Doa orang yang teraniaya

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat puladapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.

ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya..


Friday, October 14, 2011

Pesan Rasulullah S.A.W

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.


pic ehsan google

Thursday, October 13, 2011

"SPANX Pre-Order by Kerry Blogshop"

Kelam. Bunyi cengkerik menemani malam. Hanya cahaya lampu jalan yang membantu penglihatan mereka berdua. Rito dan Dino, dua ejen khas sedang menunggu peluang. Sudah hampir dua minggu mereka berhibernasi dalam kondo usang. Tiada bayaran dikenakan. Misi mereka - skodeng Cik Julita Gojes. Sesekali kelihatan beberapa buah kereta ke kondo mewah di seberang jalan. Masih terngiang-ngiang suara Bos Besar di telinga Rito.

"Misi kamu berdua mudah je..skodeng Cik Julita Gojes..aku nak tau segala rahsia kecantikan dier" jelas Miss Miranda a.k.a Bos Besar mereka.

"Gulpp..err..saya tak penah skodeng orang ni Bos..mak saya cakap nanti mata tumbuh ketumbit" ujar Rito.

Dino membulatkan mata. "Weh, berani ko bantah cakap cakap Bos Besar. Dier dah la besar. Kalo dier hembus pon kite boleh terbang tau!!" bisik Dino. 

"Mmmaaafkan saya Miss Miranda." terketar Rito sambil menelan liur. 

"Ermm." mujur mood Bos Besar baik je. Dier cuma menderam halus.

Kerana bosan menunggu, Dino sempat membuta. Rito hanya mendengus. Dek kebosanan mundar-mandir dari tadi, Rito menjenguk ke luar. Tak disangka-sangka rupanya Cik Julita Gojes baru sampai ke kediaman mewahnya.

"Weh Dino, bangun2..Cik Juling dah sampai umah dier." cepat-cepat Rito kejutkan Dino.

"Juling??nape cam pelik je name.." dalam mamai Dino menggumam.

Lantas cepat-cepat mereka skodeng Cik Julita Gojes. Dengan teropong terbaik dibantu mata yang berkuasa dalam gelap, mereka terus menumpukan perhatian ke tingkap bilik Cik Julita Gojes.

"Fulamakatak Dino, cantiknye body dier..patutla Miss Mirinda suh kite skodeng Cik Juling ni..sambil2 dapat la cuci mata gak..hihi" Rito berfikiran nakal.

Duussyyumm!! "Adoiii!!!" "Hah, amek ko..mulut dah la busuk cakap rapat ngan aku watpe!! Eiii budak ni..Miss Miranda la!! Mirinda tu jenama air la ngok..lagi satu..Cik Julita la bukan Juling!! ada paham??" marah Dino. "okokok..huhu" akur Rito.

Bebola mata mereka terus ralit memerhati Cik Julita. Akhirnya rahsia dah terbongkar. Rito dan Dino senyum puas hati. Dah terbayang habuan besar milik mereka.

Sekembalinya mereka ke rumah agam Bos Besar...

"Ok. Ape rahsia dier??aku dah tak sabar ni." getus Miss Miranda.

"Ape la kurang sabo beno Miss Miranda ni..tak baik tau..nanti tuhan marah..isk2." tetibe Rito mengeluarkan statement dangkal.

"Weh cilanat..ko nak mampos!! mulot takde insurans!!" tegur Dino.

"Alamak..sori Miss Miranda. Tak sengaje. Ampunkan saya..huhuhu." terkucil2 Rito. Dino hanya geleng kepala. Dasar si kurus kurap tak reti bahasa.

"Sudah!! aku tak nak dengar pape yang takde kaitan. Cepat bagi maklumat aku." 

"Baik Miss. Ini maklumat kami dapat. Sila lihat slideshow yang saya sediakan." Dino yang educated sedikit telah berjaya mendapatkan maklumat lantas menyiapkan sedikit slide. Harapannya agar habuan dier lagi banyak dari Rito. 

Miss Miranda mula membaca slide tersebut. 




"Hampeh ko Rito!! sempat ko edit slide aku!!" degus Dino.
"Hehe..relax la bro..aku nak markah lebih gak" ujar Rito sambil tersengih.

"Sudah kamu berdua!! tak abes2 dengan bergaduh..hurm..maklumat ni sangat bagus..sekarang aku pon boleh jadi gojes!!! hahahaha..Miss Miranda Gojes...awww!!" Miss Miranda dah mula verangan.

"Tapi kat mana aku nak beli SPANX ni?? tak penah nmpak kt kedai pon??" 

" Bagi menjawab kemusykilan Miss Miranda, sila rujuk nota yang diberi " balas Dino dengan penuh profesional.

"Hurm..owh..wahhhh...impressivveeee...kagum2.." Miss Miranda kekaguman giler la dengan nota tersebut.

Dino yang pandai telah berjaya menjumpai satu blogshop yang menjual SPANX secara online dan harganye berpatutan. Blogshop tesebut adalah KERRY BLOGSHOP. Tanpa membuang masa Miss Miranda terus online. Maka ketemulah dier dengan blogshop tesebut. 


"Miss Miranda, nampaknye owner blogshop ade FB gak..ape kate Miss Miranda klik love yang hujung tu" Dino yang celik IT telah mengeluarkan cadangannye.
Miss Miranda pon klik lantas terpapar la FB KERRY BLOGSHOP.


"Wow..akhirnye impian aku dah tercapai..hahahaha..Miss Miranda akan jadi Gojes!!!" teruja sungguh Miss Miranda. "Now Dino, camne aku nak order SPANX ni??" kedunguan Miss Miranda terserlah. 

"Ehehehe..Miss Miranda jangan risau..boleh emel je kalo nak order kat kerryblogshop@yahoo.com" terang Dino sambil tersenyum.

"Owh..okok..faham dah..aku puas ati ngan keje kamu berdua..so ganjarannye Sardin jenama Cinta"

"Ala..Sardin Cinta ke..ingat dapat la Ayam Brand ke..kedekut la Miss Miranda ni" ngumpat Rito dalam ati. Dasar tak sedar diri.

"Erm..Miss Miranda, boleh saya tau sape yang nak pakai SPANX ni. Nak bagi hadiah kt wife Tuan Tukiman ek??" Dino bertanya.

"Eh, apehal lak. Bukan bday dier pon arini. Aku la nak pakai. Aku nak cantik dan slim macam Cik Julita Gojes tu..hihihi" Miss Miranda gelak gedik.

"Err..tapi boleh ke Miss Miranda pakai..kita kan lain spesies..walaupon Miss Miranda dari Parsi tapi kte tetap kucing..huhu.." ujar Dino.

"A'ah la..patut aku rase mcm musykil je tadi..kita skodeng manusia watpe..nape tak skodeng tikus ke hamster ke..ceh!!" Rito mengomel.

"Eh, yeke..err..kucing tak boleh pakai ke SPANX ni..huhu..melepassss!!" Miss Miranda tepuk dahi.

Rito dan Dino senyum dalam hati. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  cerita di atas adalah rekaan semata2. tiada berkaitan dengan yang hidup atau yang mati.
cerita adalah khas untuk Kerry's Blog Shop SPECIAL GIVE AWAY!;)

Monday, October 10, 2011

Fenomena Moon Ring

baiklah
sempena hari isnin [??]
hehe
jom share info sedikit ek pasal kejadian alam
asyik wat entry tak educated kan
moh le jadi educated people arini ek;)
ala..arini je
esok2 kte karutmarut lagi ek..

kawan2 tau tak pe dier fenomena moon ring
bulan pakai cincin??
cincin dari bulan??
amekaw..
haha
bukan la

bagi jelas kita tepek gambar 
cantik kan [subhanallah]
source : sini

fenomena moon ring or halo moon ni memang keajaiban alam kan
memang sah2 wujud sebab dah ramai orang capture gambar bulan ni
effect ni jadi sebab cahaya bunga matahari terpantul bila kena kristal2 yang ada sekeliling bulan tu
so jadi la seperti di atas..
daku malas nak explain lebih sebab nak suh kawan2 explore sendiri
haha
kasi rajen google ek kalo nak tau;p

dan sebenarnya..
semalam fenomena ni jadi 
kebetulan tarikh semalam yang cun
091011
macam ajaib la sebab ade fenomena ni kan
sape tak percaya boleh g blog kak MV nih
hewhewhew

patot la semalam bulan terang je
b4 tdo daku sempat jenguk kat tingkap [habit dah ni]
tengok terang semacam jek
rase nak kuar tapi segan lak sebab seme dah tdo..
hewhewhew

p/s ~ segan??hewhewhew [skang ske gelak camni]

Sunday, October 9, 2011

3rd GA RossRazif


aktiviti hari minggu
join contest by Kak Ross
mne tau ade luck dapat inner free kan;)

kawan2 jom join same..
klik SINI k :)

Friday, October 7, 2011

Jom Tambah Follower!!

salam jumaat 
sari berita penting
disebabkan blog daku ni kurang follower dan tak faymes
maka daku wat arini macam takde keje dan mula sibuk blogwoking
pastu terklik blog CikLuluCaldina yang comel ini

"Lulu nak buat 1 segmen.. Segmen yang ringkas namun besar maknanya... Semoga dengan segmen ni, akan dapat membantu menambah follower/kenalan dalam dunia blog ni"
~ciklulucaldina~



cik lulu ajak join..
so moh la kte..
peace;p
cepat2 tau!!

p/s~main2 la font arini=.='

Thursday, October 6, 2011

menikmati Magnum..aaauummm!!!

arini pas lunch sempat rembat Magnum..
hehe..
dah lame berhajat ni..
haipp!!!
bukan no ekoq na..
tau la no ekor jenama Magnum pon faymes [eh cmne tau ni;p]
aiskrim Magnum la!!
cedapnye especially yang Almond..
dengan salutan coklat Belgian dier..
rase tak puas..
aiskrim vanila lak lembut jek..
pandai betol dorg wat aiskrim kan..
actually dah lame tak makan Magnum ni..
paling last mase sekolah rendah kot..
sebab kan macam mahal sikit..
hehe..



gmbr dr gogel je;p

tapi kan..
kalo aiskrim mahal memang cedap kan??

hehe..
teringat lak Wall's Fruit Salad=.=


tengok packaging pon dah yummy kan??

p/s ~ entry macam nak masuk giveaway Wall's jek;p

Wednesday, October 5, 2011

Tuesday, October 4, 2011

Tips kurangkan rabun;)

sekarang daku tengah gigih nak kurangkan rabun mata ni..
huhu..
dah bertahun2 dah mata ade 4..
kadang2 je jadi dua bila pakai contact lense..
tapi mata daku ni alah ngan CL so xley nak melaram sket pong..

then abg cyg daku post kat wall fb suh amalkan Ayat 22 dari surah Qaf..
dier dapat info dari mne ntah..
but daku hafalkan jugak la sebab mmg ade pon ayat tu kan..
lagi pon 1 ayat je;p
pemalas beno le kalo xnak hafal..

eh, intro panjang sangat..
huhu..
ok2..
td try la google pasal kebaikan Ayat 22 Surah Qaf ni..
pastu jumpa la info ni :)

Amalan penjagaan kesihatan atau penjagaan mata menggunakan ayat suci Al Quran

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬ 


Maksudnya :

(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat). (22) 

so, jom la kawan2 yang bermata 4 kita hafal la ayat ni..
satu ayat je pon..
peace;p

Monday, October 3, 2011

penyakit M!!

sekarang daku tengah menderita penyakit M..
eh, kalo dihantui penyakit M pon cambest jek..
ah, dilawati penyakit M..
isk, ditemani penyakit M..
tidakkkk!!!!!!!!!!
g la maen jauh2 penyakit M!!!!
hate u!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...