Monday, February 3, 2014

Bunga Telur Project : Bunga Pahar Eksklusif

Assalamualaikum
bunga telur project berjalan seperti biasa
setiap hari fikir nak siapkan design yang mana
sampai rasa semua nak buat, last-last satu pun tak jalan
normal la kan sejak zaman nak kawen dulu gitu la :p

sekarang tengah nak siapkan dan banyakkan sample sebelum tumpang display kat bridal kawan
ok sebelum tu nak terangkan kenapa bunga telur/pahar ni digelar eksklusif
hal ini kerana, ada material yang digunakan adalah lain dari yang lain dan berkualiti
selain itu, kekemasan setiap bunga diambil kira,
plus kreativiti
serta saiz bunga pahar ni pun lebih besar
bila letak kat pahar, satu pahar muat dalam 20-25 bunga je berbanding bunga telur biasa
memang eksklusif la untuk diberi kepada orang-orang istimewa masa majlis bahagia tu nanti

jadi wekeend lepas daku berjaya siapkan satu contoh bunga pahar stokin hydrangea
faymes bunga ni kan,
kata K.Shaja, ramai customer beliau minat betul bunga ni
memang repeat order


daku buat warna pastel pink dan pink belacan
stokin pink belacan sangat la susah nak jumpe
jenuh la nak cari kalau orang order
hehe
ade je mencelup stokin nanti

ok, yang lain-lain macam entri lepas
ada bunga dip daisy dan bunga pahar gantung kristal


sudi-sudikanlah panjangkan hasil seni daku ni ye ;)

siapa yang berminat PM daku laju-laju di FB
or 
WhatsApp saje ke 019.976.2917

p/s ~ rasa nak cuti tanpa gaji nak buat bunga banyak-banyak :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...