Monday, December 16, 2013

Attend kelas by Kak Shajaratul

Assalamualaikum
selamat hari Isnin semua
dah minggu kedua bulan Disember dah
kejapnye masa berlalu
nak update blog pun tak sempat
nak snap gambar barang-barang yang nak disewakan pun tak sempat
niat ada tapi tak terlaksana je 

apa-apa pun di sebalik kemalasan dan kesibukan
daku sempat luangkan masa pergi kelas bunga dip, demo sirih junjung dan gubah duit mas kahwin 
makanye sabtu dan ahad daku pergi berguru dengan yang pakar
owh siapa B2B atau ex-B2B yang tak kenal Kak Shaja rugi la
hasil tangan dia semua cantik-cantik
meleleh air liur menengoknye
tengok dalam facebook pun dah kagum kan
daku dapat tengok live dan pegang memang tambah kagum
kemas je bunga-bungaan beliau
memang kena la dengan harganya

ni page beliau ye Shajaratul Design
ramai dah tau kan


hari Sabtu daku attend kelas ni la,
siap diskaun lagi yuran dapat RM150
daku pun agak bertuah sebab sepatutnya 5 orang tapi yang datang 2 orang je
daku dan seorang lagi, Kak Has
memang RM150 untuk sehari suntuk belajar bunga dip memang puas hati
Kak Shaja dah la peramah memang tak bosan langsung
dok gelak je


ni la hasil seharian
memang cun dari bunga telur dip daku yang tak jadi dulu tu
hehe

Photo: Jom ramai2 berkongsi ilmu....

Kelas PERCUMA untuk kepada yg ingin betul-betul belajar...

Untuk BOOKING tempat sila PM nama penuh anda , no telefon dan email address.( NO SMS/CALL  please )

Tempat TERHAD....1st come 1st serve. ( 30 seats only !! )

Ahad pulak kelas setengah hari je sebab cuma demo sirih junjung dan belajar gubah duit mas kahwin
percuma je
walaupun percuma tapi banyak tips-tips bisnes dari Kak Shaja
kelas percuma ni pun tak ramai
yang datang dalam 10 orang je sedangkan yang bagi nama 25 orang
hehe
bagus gak tak ramai senang absorb ilmu :)


dah dapat sekuntum bunga ros semalam
tahun depan adik daku kahwin bab duit mas kahwin dah setel la ;)
yang nampak bawah badan tu Kak Shaja ye
kecik molek je orangnya
sweet je
beliau tak suka publisiti, jadi daku bagi tengok tangan dan kaki je la ye :p

Photo: ADVANCE CLASS

Kepada yg ingin mendalami seni bunga dip dan stokin ... kita akan adakan kelas ( one to one ). Belajar sehingga pandai. Insyallah.

Hanya untuk 5 peserta shj 

SILA PM untuk maklumat lanjut. 
https://www.facebook.com/messages/ShajaratulDesign

bulan Januari next year daku dah booking nak attend advance class ni
hope takde aral melintang patah
sangat tak sabar!

InsyaAllah ada masa dan kesungguhan daku cuba try pergi sebanyak mungkin kelas
tapi dah pergi kelas kena la praktis nanti lupa kan
rugi pulak bayar mahal-mahal :)

p/s ~ lain rasanya bila jumpa orang yang berjaya, cakap semua ada isi dan motivasi

Sunday, December 1, 2013

Tempahan Bunga Felt

Assalamualaikum
Tempahan bunga felt besar untuk 2014 telah dibuka
Harga : RM 15 sekuntum
Saiz : +- 8 inci 

#Cara tempahan :
1) PM di FB daku @ WhatsApp/Msg : 019-9762917
*strictly no call until delivery time ye :)
2) Deposit RM50 setiap tempahan 
-deposit burn bila batalkan tempahan

#Penghantaran :
Free COD sekitar Klang, Shah Alam, area UPM (weekend sahaja)
B2B luar Selangor especially Pahang dan Terengganu bergantung kepada masa daku balik kampung la ye
tak boleh janji tapi boleh usaha :)
Pos laju kurang praktikal sebab kos tinggi

ok jom cuci mata tengok bunga felt besar ni
antara tempahan tahun ni la
ada gak yang tak snap gambar
plus lupa nak mintak gambar dengan customer
yang pada pelamin ni adalah yang latest la 
customer baru a.k.a kawan baru 
dua kali dah tempah
tQ Emma!! ;D

Emma ni owner Emma Anggun iaitu bridal di Telok Penglima Garang, Kuala Langat
boleh klik Emma Anggun dan add FB beliau k :)
dari pelamin, make up, spa semua ada
cantik-cantik tau!
ehem, komisen sikit :p






yang bawah ni 
kerja kahwin Zai dan Ije bulan Mei yang lepas
yang ni memang under daku semuanya







p/s ~ cepat-cepat ye tempah slot, nanti tak sempat nak berbunga besar :p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...